sayangku

Dah lama aku tidak singgah di sini. Dah lama jari jemariku tidak menari di papan kekunci. 

Kehidupan yang penuh dengan persoalan. Jika hari ini kita tertawa esok mungkin kita akan menangis. Jika hari ini kita menangis mungkin esok kita mampu ukirkan senyuman.

Dia insan yg  ku sayang. Insan yg ku cinta sepenuh jiwa ragaku. Mengenali dia adalah sesuatu yang indah bagiku. Pasang surut perhubungan ditempuh diharungi bersama.

Kadang kadang dia merajuk minta dipujuk. Aku hanya mampu ketawa nakal dalam 'whatsapp' yg aku balas kepadanya. Kami mengenali beberapa bulan kemudian perhubungan kami diikat dengan tali pertunangan. Hampir 10 bulan kami menyulam kasih dan mengharungi segala yg perlu dilalui.

Lagu "Bintang Hatiku" pernah aku nyanyikan lagu ini untukmu dgn suara sumbangku. Kau hanya gelak sahaja bila dengar suara aku yg sumbang ni. aku rasa sangat bahagia mendengar kau gelak.

Kini semuanya hanya kenangan bagiku. Kenangan yg tak mampu untuk dilupakan sepanjang hayatku. Bagaimana untuk ku lupakan insan yg telah masuk dalam hidupku. Aku tak tahu bagaimana untuk aku tidak fikir tentang kamu sygku.

Semuanya berlaku dgn terlalu pantas. Bagai berhenti nafasku apabila mendengar berita itu. 

'syg...syg....syg...syg..." hanya perkataan itu mampu ku ucap dengan deraian air mata. Rebah aku ketika itu. Aku rasakan sekeliling duniaku gelap. Berhari hari air mata ini tidak berhenti syg. 

Kini hanya gambar-gambar nya sahaja menjadi pengubat rinduku. Semoga kau tenang dgn kehidupan mu sygku, Bintang Hatiku........

Ya Allah aku mohon kekuatan daripada Mu. 



Comments

  1. Semoga Allah menyembuhkan luka mu yg lara, insyAllah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yg terbaik utk HambaNya. Doa pd Allah byk2.. Pelangi yg indah bakal menjelma tidak lama lagi ;-) La Tahzan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T