Tamar Jalis
Pernah tak kalian dengar nama seorang penulis novel Tamar Jalis. Beliau menulis novel berkaitan cerita tentang dua dunia yang berbeza. "Bercakap dengan Jin". Novel yang ditulis oleh beliau mempunyai banyak jilid. Dahulu, aku memang suka baca buku-bukunya. Aku mula membaca buku penulisan Tamar Jalis semasa aku berusia 12 tahun. Dahulu aku ada pakcik angkat di Perak. Di rumah pakcik ku terdapat beberapa jilid buku-buku penulisan Tamar Jalis. Hobi aku memang suka membaca. Pada mulanya aku rasa takut baca buku tersebut. Sebab penulisan beliau banyak menceritakan tentang dunia mistik. Novel itu mengisahkan atoknya yang sangat berpengalaman berhadapan dengan pelbagai situasi yang ganjil. JIka difikirkan secara logik memang tidak boleh diterima akal. Walaubagaimanapun kita kena kembali semula pada agama, bahawa dunia ni tidak sahaja ada dunia manusia tetapi ada juga dunia untuk makhluk Allah yang lain. Berdasarkan cerita-cerita di dalam novel ini, atok beliau bukan lah calang-c...