Posts

Showing posts with the label Bottom Of MY Heart

Engkau sangat mengerti....

Image
Pantai itu cerah Kehangatan mentari dapat dirasa Peluh makin mencurah Tapi bisa menjadi indah Kerana ia menenangkan Kerana ia membahagiakan Kerana ia menghiburkan Hebatnya kuasa tuhan Puas!!! Menangis sekuatnya Menjerit sepenuh hati Tanpa perlu menghiraukan orang mendegar Hanya aku dan Engkau Bahasa jiwa yang aku terjemah hanya Engkau mengerti Dan pasti hanya Engkau sahaja yang selalu mengerti Aku tak pandai untuk menipu Menipu sekeliling apatah lagi diriku Jika hitam yang ku katakan  Memang hitam lah yang ku maksudkan Kadang kala... ku rindukan saat dulu Saat pertama kali Engkau telah pertemukan aku dan dia Salam perkenalan disambut Membuahkan rasa sayang mendalam Kalau bisa ku pamerkan, pasti ku pamerkan Tapi manusia hanya merancang Engkau yang menentukan segala Janji yang telah dilafaz sekadar tinggal janji Sumpah setia berlalu dibawa bayu entah ke mana Hati yang dulu indah berbunga  kini telah mati kaku seperti patung bisu dingin sedinginnya Jika diizinkan Aku ma...

Kadang-kadang

Image
Kadang-kadang orang yang paling gembira itu adalah orang yang paling sedih sebenarnya..... kenapa??? Kerana dia sedang  menyembunyikan gelak tawanya tanpa orang lain mengetahuinya...... The saddest kind of sad is the sad that tries not to be sad.. You know, when Sad tries to bite its lip and not to cry and smile and go, " No..i'm happy for you" that's when it's really sad

Mimpi itu Indah ....

Image
Assalammualaikum..... Mimpi itu indah... Tak sempurna lah tidur kalau tak bermimpi... Mimpi ni adakalanya indah hingga kita tersenyum senyum dalam mimpi... Ada jugak mimpi yang menakutkan..... Kadang2 mimpi dalam tidur ni bleh pulak bersambung-sambung.... Kalau mimpi yang menggembirakan memang la diharap sangat akan bersambung... Tapi..kalau yang menakutkan tu...ish jangan la bersambung... Aku rasa antara mimpi yang paling menakutkan dalam mimpi aku.... Apabila aku bermimpi aku dipaksa kawen... Sadis betul mimpi tu...Bleh dikatakan aku memang ingat mimpi tu... Mimpi aku bermula begini.... ~~ Mak aku call suruh balik katanye 'emergency'. Aku pun balik ngan tergesa-gesa. Bila aku balik..aku tengok kat rumah..macam wat persiapan majlis kawen je. Memang penuh tanda tanya di kepala otak aku ni. 'Sape plk yang nak kawen' Semua orang tengah sibuk membuat persiapan. Kehadiran aku kat rumah tu seperti tak dilihat. Tapi, tetiba aku disergah... Mak aku ser...

sebuah Ketenangan...

Image
Sehari pas exam masa tu aku terus cabut... Yaaa tinggalkan USM ni. Aku rasa cam dikurung dalam tong yang diletak simen. Aku rasa keras kejung diri ni. Aku memang wajib blah dari sini sebelum aku jadi sewel tak tentu arah. Tak pasal2 ada gak yg kne admit kat Tanjung Rambutan kang. First time aku pergi rumah mak naik bas sorang2 sedangkan aku ni penakut gak nak naik bas sorang2. Yela selalu kalau kemana-mana mesti berteman, manje betul aku ni. Kali ni aku sorang2, memang pelik gak aku rasa biler jalan sorang2 ni, rasa cam makhluk asing dari PLuto..blurp blurp...blurp blurp...  Bile dah naik bas ke Kepala Batas baru aku call mak. Mak punye la risau bile aku bagitau yang aku naik bas nak pergi rumah. Dua tiga kali gak la mak call, takut aku terlajak. Aku pun cakap kat mak, "Mak..mak tak payah risau ye..kalau cek sesat ka..cek berenti la mana2..nanti mak jemput na.."  Sedangkan dalam hati aku pun cuak la gak, mata melilau ja tengok signboard Pokok Sena. Aku dah bagitau driver b...

seHati !!!!!! errr ???

Image
exam week !!! exam week !!! exam week !!! wala wey!! nama exam week but outdoor game still go on..aduss.. ape nak jadi ni. happening je memanjang.. heee aku bukan happening berseorangan tapi beramai-ramai..sama-sama ngan kawan-kawan aku. Dulu aku ni punye la pemalas nk excercise. Tp sejak2 balik dari rumah kawan aku pas pulun makan doyan (durian) banyak2 tetiba tertimbul kesedaran diri nak excercise.. Best giler dapat makan durian banyak2. Thanks to my fren Noor Fatihah n her family. Thank U makcik n pakcik..u are the best !!!! Konon-konon takut gemok la (padahal memang gemok sudaa). Lepas asar aktiviti bermula... apa lagi..cycling round satu USM. Masa 1st time cycling naik bukit cam nak tercabut kaki aku kayuh. Pastu berapa kali aku stop. Fuuhh memang tak larat. Sampai pucat2 muka aku pas naik bukit. Time paling best ialah turun bukit.. Wow!!!! memang best ...free kan gear anda n free kan diri anda ketika turun bukit, nganga mulut besar-besar dan makan la angin sepuas-puasnya....

penemuan ...

Aku terjumpa, i received sumthin dan membuatkan nya hujan kembali.... Ku ingatkan diriku telah mampu berdiri..rupanya aku masih lemah utk berdiri tegak.. Aku penah berazam bahawa hujan tidak akan hadir lg...siapalah aku untuk menghalangnya... Malam ini hujan kembali membasahi............... Ya Allah berikanla kekuatan kepadaku Aku pernah jatuh sebelum ini..janganla biarkan ku jatuh lagi.. Luka dahulu masih belum sembuh.... tutup la pandanganku dr melihat semua itu.... tutup la pandanganku dr menerima ape2 utk masa ni

cukup laaaa.....

Image
"Lantaran adanya wanita alam menjadi indah..lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna..Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan disebalik sesuatu kekuatan.. . Cukup la seorang yang sederhana... Diri ini terlalu takut jika mendapat seorang yg terlalu sempurna..kerana aku bukan la sempurna.. Aku tak mahu yang kaya-raya...cukup lah yang sederhana... Aku tak perlukan wajahmu setampan Nabi Yusuf..cukup la wajahmu dapat menenangkan diriku... Aku tak perlukan, kamu mengagungkan kedua orang tua ku..cukup la kamu menghormati dan menyayangi mereka... Aku tak mengharapkan yang sentiasa berjubah..cukuplah jika dirimu mampu mengimamkan ku dan aku menjadi makmum mu dan aku mengaminkan setiap doa yang kamu bacakan..... Aku tak mengharapkan seorang yang gagah perkasa..cukup la jika kamu dapat menjaga ku,keluargaku dan maruah ku..... Aku tak mengharapkan seseorang yang sempurna....cukup la jika kamu dapat membimbing ku dan melengk...

Sendirian ku....

Image
Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tak pasti, dia mungkin bukan jodoh kita....Kita bukan matahari buatnya..Kita juga bukan bulan yg akan sentiasa menyinari malamnya.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala sunyi... Kita hanya merancang tuhan yg menentukan segalanya. Perit sekali bila diri ditipu... Hancur rasanya bila dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk jiwa raga..Hati pula tertanya-tanya..mengapakah ia terjadi. Hanya insan yang pernah melaluinya bisa merasakan semua perasaan itu. Sehinggakan ada yang sanggup membalas dendam dan membunug diri kerana tak sanggup menanggung keperitan yang dilaluinya.... Seharusnya, kita mengerti..setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati.... Hidup ini masih dibayangi dan masih bersisa kesakitan. Pastinya, kita sukar untuk menerima kenyataan apabila harapan yang telah lama di bina hancur dalam sekelip mata. Suar...

Kertas...

Image
Dahulu aku punyai 2 helai kertas. Sehelai kertas berwarna putih dan sehelai lagi warna biru. Kertas putih ni nipis sikit berbanding ngan kertas biru. Kertas biru ni tebal dan keras. Aku sayang kedua-dua kertas ni. Sebelum aku jumpa kertas biru ni, aku hanya ada kertas putih. Aku amat menjaganya. Aku akan pastikan kertas putih ni tak berkedut dan tidak kotor. Tapi apabila aku dah jumpa kertas biru..aku rasa aku perlu menjaga kertas biru tu melebihi kertas putih. Kertas biru itu aku hiasi dengan warna-warna yang ceria. Aku selalu tampal bunga-bunga kecil bagi menghiasi kertas biru. Aku gembira sangat dapat menjaga kertas biru walaupun kadang2 jari-jari halus ku akan terluka tatkala aku menghiasinya.  Aku tak pernah kisah ngan luka-luka itu. Setakat luka kecil aku boleh ubatinya sendiri. Apa yang aku tau, aku rasa puas apabila melihat kertas biru ku cantik dengan hiasan benang emas yang telah cuba aku sulamkan. Aku tau sulaman ku tak berapa cantik dan kemas tapi aku akan berus...

Saling melengkapi...

Image
Assalammualaikum....... Kamu semua mesti tahu yg Siti Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi adam sewaktu tidur. Kenapa mesti dijadikan semasa waktu tidur? Ramai yang beranggapan bahawa lelaki sahaja yang memerlukan wanita....hakikatnya, wanita juga memerlukan lelaki dalam kehidupannya. Wanita tak semestinya memerlukan lelaki, tapi kita tak boleh menolak bahawa wanita dan lelaki saling memerlukan dan cinta itu adalah anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki dalam kehidupannya??? Ya !! apa keperluannya lelaki kepada seorang wanita yang bebas. Kenapa wanita itu perlu mempertaruhkan kebebasannya dan berada dalam tangan seorang lelaki?? Bukankah lagi seronok dapat berjalan dihujung minggu bersama kawan-kawan rapat, berkenyit-kenyitan kepada lelaki kacak yg saling x lokek ngan senyuman dan x lokek menghulurkan salam perkenalan.... Cinta tak datang dengan paksaan. Cinta juga tak datang diwaktu kita mahukannya. Jika kita mahukannya datang seperti air, ia datang seperti ...

Wake Up!!!! GET OVER BABY !!!!!!

Image
Merasai satu fasa perpisahan / clash / break up/ putus dengan orang yang kita sayang and teramat-amatlah sayang adalah satu fasa yang paling menyeksa zahir dan batin. Time tu kalau kita dok kat tepi longkang..silap-silap longkang tu lagi cantik dari muka kita. Kalau dok sebelah tong sampah tu...tong sampah lagi nampak happy dari kita... That's a fact..!!! Apatah lagi kalau kita ditinggalkan or putus kerana orang ketiga or ego masing-masing yang melangit....senang citer..hubungan terputus dalam keadaan yang tak berstyle!!! Bercakap memang senang daripada yang merasa. TALK IS CHEAP AND REALITY IS EXPENSIVE..Pada sape2 yang penah makan segenggam cili api...mesti tau camne horrible nye kepedasan tuu..hanya sape2 yang pernah menangis sampai kering air mata tahu macam mana rasanya....Lumrah, manusia memang makhluk yang lemah dan rapuh. It's not easy to forget someone..especially you was with her/him in a long time...it's very hard to accept that..BUT you can learn from ...

Saat ini

Saat hati teringat namamu, Tubir mata ini berkaca, Saat lidah menghembus namamu, Empangan itu pecah. Saat figura mu hadir dalam mimpi, Akal ini tak bisa berfikir, Saat jasadmu hadir dalam realiti, Minda ku kosong tak terisi. Saat aku minta kau pergi, kau hanya menyanggupi, Saat ku hilang tanpa khabar, Kau terus mendiamkan diri, Saat ku kirim khabar itu, Kau hanya membisu dan menyepi. Saat kita bersua lagi, Kau sudah berubah hati, Saatku tatap mata itu lagi, Kau sudah tak mengenalinya  lagi Sukar sungguh ingatan itu pergi, Terus menerus mengekori diri ini, Adakalanya aku hampir rebah menyembah bumi, Akhirnya aku merelai, Yang kau melangkah pergi, Melangkah jauh dari diri ini, Mencari kebahagiaan yang kau ingini.

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

Image
Hidup ini umpama belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan kehendak. Dan memang manusia diciptakan mempunyai keinginan dan kehendak yang tinggi. Tetapi tak semetinya setiap yang diinginkan pasti dikecapi, tidak setiap yang kita mahu pasti tercapai. Dan tidak mudah untuk kita menyedari apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang tidak menyedari, bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum : harus berjaya, harus bahagia dan harus yang lain-lain. Ramai orang yang berjaya tetapi lupa, kejayaannya itu pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Kegagalan...kejayaan adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah.... Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti rezeki, kedudukan, pasangan pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris kita miliki, meski kita bermati-matian berusaha untuk milikinya.... "Tiada suatu bencanapun yang menim...

Naluri wanita

Image
Benar kata orang, naluri wanita selalu benar. Apabila ingin melakukan sesuatu, wanita akan berfikir dua tiga kali dahulu sebelum membuat keputusan. Malah, wanita lebih suka mengikut kata hati dan naluri kewanitaannya apabila ingin membuat sesuatu keputusan.  Lelaki menganggap bahawa dia sudah menghapuskan segala bukti tentang aktiviti kecurangannya namun ternyata, wanita masih dapat menghidu segala tindakannya itu walaupun mungkin pada hakikatnya wanita tidak mempunyai sebarang bukti. Sekiranya wujud percanggahan dalam hubungan, wanita akan lebih cepat mengesan segala perubahan yang berlaku terhadap teman lelakinya. Melalui perubahan tersebut, wanita akan dapat menilai dan merasai sesuatu yang mungkin tidak baik akan berlaku atau sedang berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa wanita lebih berfikiran jauh apabila menyentuh isu masa depan bersama. Hal ini sedikit sebanyak telah memeningkan kepala lelaki malah, bagi lelaki yang belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai...

warkah untuk cinta

Image
Ke mana kan ku bawa bimbang hati ini ketika kehancuran merajai segenap fikiran, memaksa aku memeluk kenangan bersamanya, saat manis terasa pahit mencengkam di batin ini, aku terasa sepi hingga lilin mampu padam pada pertengahan malam, begitulah indahnya warkah mu buat ku yang keseorangan tanpa dirimu disisiku, hati cinta mengalunkan sebuah kerinduan yang tak mungkin berbalas, bimbang hatinya jika tak mampu mengatasi jiwanya yang meronta, lalu kau kirimkan aku warkah cinta untuk raga ini, biar sempurna apa yang tuhan ciptakan untuk ku walau hadirmu tak akan kunjung tiba, namun aku amat sesalkan aku akan sunyi tanpamu. “Cinta bangun cinta !”, Danis mengejutkannya dari lamunannya, “untuk apa lagi kau datang ke tempat ini, tidak cukupkah lagi derita yang ada di hati mu cinta sampai kau datang ke tempat yang banyak menyimpan kenangan kau , lebih baik kau lepaskan dia dari hatimu, perlu apa lagi kau ingat pada orang yang sudah tiada”. “Aku tak mampu danis, aku cuba untuk melupakannya...