sebuah Ketenangan...
Sehari pas exam masa tu aku terus cabut... Yaaa tinggalkan USM ni. Aku rasa cam dikurung dalam tong yang diletak simen. Aku rasa keras kejung diri ni. Aku memang wajib blah dari sini sebelum aku jadi sewel tak tentu arah. Tak pasal2 ada gak yg kne admit kat Tanjung Rambutan kang.
First time aku pergi rumah mak naik bas sorang2 sedangkan aku ni penakut gak nak naik bas sorang2. Yela selalu kalau kemana-mana mesti berteman, manje betul aku ni. Kali ni aku sorang2, memang pelik gak aku rasa biler jalan sorang2 ni, rasa cam makhluk asing dari PLuto..blurp blurp...blurp blurp...
Bile dah naik bas ke Kepala Batas baru aku call mak. Mak punye la risau bile aku bagitau yang aku naik bas nak pergi rumah. Dua tiga kali gak la mak call, takut aku terlajak. Aku pun cakap kat mak, "Mak..mak tak payah risau ye..kalau cek sesat ka..cek berenti la mana2..nanti mak jemput na.." Sedangkan dalam hati aku pun cuak la gak, mata melilau ja tengok signboard Pokok Sena. Aku dah bagitau driver bas tu yang aku nak brenti kat Pokok Sena, tapi die pun driver baru tak expert lagi ngan kawasan area sini. Aku gelak dalam hati je la sambil tenangkan hati aku sendiri, "takpe Cah..Kalau sesat pun bleh tanye orang, lagipun mak bleh amik mane2 nanti."
Finally, aku sampai gak ngan selamat...di Pokok Sena. Terima Kasih Mak sebab jemput Ecah. Ecah memang suka susah kan mak pun.
'Mak' yang aku maksudkan kat sini ialah mak angkat aku. Mak ngan ayah memang baik, tak pernah nak berkira ngan aku walau sesen pun. Memang macam mak dan anak. Ayah angkat aku pun dah cakap " Tak payah la nak segan2..kalau segan toksah mai la. Kalau nak makan ape2 masak je. Ape yang ada makan same2." Terima kasih mak ayah sebab anggap Ecah macam anak sendiri, layan Ecah macam anak Mak ayah sendiri.
Balik rumah, first time aku kupas kelapa uups orang sini panggil nyok..huhu aku tak tau la ejaan ni betul ke tak, Aku tarik sabut, belah kelapa . Yela...klu kat rumah aku selalu tengok kelapa dah parut tak pun santan je. Kat sini , haaa tarik la sabut tu. Aku guna ada satu alat tu nak carik-carikkan sabut tu. Aku lupa la nama die, masa tu ada tanye mak. Uish banyak makan semut la aku ni cepat lupa betul..
ni la alat die yang aku guna masa kupas kelapa tu
Aku suka pemandangan kat sini...depan rumah ada padang yang menghijau, belakang rumah ada sawah bendang terbentang. Aku suka tengok sawah yang hijau..lagi cantik bila padi menguning. Cantikkkk sangat...
Tenang aku rasa bila aku tengok semua tu. Membuatkan aku dapat berfikir dengan waras. Sesungguhnya sangat hebat ciptaan Allah dimuka bumi ini. Setiap yang dicipta pasti ada manfaat kepada hamba-hambanya. Membuatkan aku terfikir, "Memang benar orang cakap, ustazah aku cakap, Allah akan menguji seseorang berdasarkan kemampuan hambanya, Allah takkan menguji seseorang itu diluar kemampuannya."
Aku dah dapat jawapan untuk persoalan ku selama ini.. Aku sering mempertikaikan kenapa semua tu harus terjadi? kenapa? mengapa? . Berbulan-bulan persoalan tu bermain di benak fikiran. Aku lupa, DIA Maha Mengetahui Segalanya. Dia Maha Mengetahui yang tersurat dan tersirat.
Aku sering alpa denganNYA, aku sering melebihkan die dan terlupa kepadaMU. Siapa aku untuk mempersoalkan setiap apa yang terjadi? KAU layak menarik nikmat itu ketika KAU melihat hambamu ini makin melupakanMU. Terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan aku. aku hampir hilang kewarasan ku ketika KAU menguji ku, aku hampir hilang harapan ketika itu, aku jatuh menyungkur menyembah bumi.
KAU Maha Mengetahui, KAU Maha Kaya...
Kau anugerahkan aku seorang mak dan ayah kandungku yang sentiasa sabar ngan kerenah anaknya...sabar ngan kedegilan nya yang sentiasa membantah apa yang mereka cakap. Sanggup terima sikap anak nye yang buruk ni.
Ketika aku rebah..tangan mereka lah yang memaut ku. Cuba untuk terus memapah ku daripada terus tersungkur. Waktu tu mak berpesan, "Takpe..biar orang buat kite, kite jangan buat orang. Biar la die, tak kemana kalau bina kebahagiaan atas air mata orang. Biarkan die, die dah dapat kebahagiaan die. Along kene kuat."
sayangku
Dahulu bila aku free, aku resah aku akan bagitau die dulu. Itu dulu, berbulan-bulan dahulu. Hanya kenangan, sekadar kenangan hidup. Tapi sekarang ... Mak ngan ayah la tempat ku. Hatiku terasa lapang apabila mendengar suara sayang-sayangku. Hatiku rasa tenang dan damai....
Inilah ketenanganku..bersama orang yang sentiasa menyayangiku...
Comments
Post a Comment