Posts

Showing posts with the label Pedoman

puisi Dinding

Image
Dia duduk di hadapan dinding itu dan berfikir, bukan mengapa dinding itu wujud di situ, tetapi bagaimana untuk melepasinya, biar kehidupannya tidak terhenti di situ, dan dia mampu meneruskan perjalanannya. Tidaklah dia bertemu dinding itu dan berehat, tetapi duduk memerah keringat, berfikir dan usaha, untuk memecahkan atau memanjat. Dinding itu perlu dilepasi, agar gari-gari yang mengikat potensi terurai, biar raksasa dalam diri terus gagah melangkah, dan menjatuhkan jahiliyyah demi jahiliyyah. Sama ada dia mati dalam berusaha, atau dia akan hidup dalam keadaan berjaya. Dia tidak akan berhenti. Berfikir, untuk melangkah dan melepasi, agar perjalanannya tidak terhenti dek dinding ini, dan terus bergerak untuk ke destinasi. ~~Hilal Asyraf~~

Mana Mak..?????

Image
Inilah mak dan ayah yang amat amat aku sayang. Gambar ni di ambil masa 1st day raya. Selepas bersalam-salam dan kutip duit raya daripada pak ngah dan makcik-makcik yang tercinta. Di sini aku bukan nak cerita tentang mak dan ayah aku. Kat sini, aku nak share satu cerita ngan korang daripada satu cerita yang aku penah baca. Cerita yang berkisah kan tentang pengorbanan seorang wanita yang bernama MAK.............Cerita di sini mungkin ada penambahan mengikut rentak ku sendiri.