Cara Sayiidina Umar Menangani bebelan Isteri

Golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam. Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu. Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu. Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta. Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara. Dari...