Berniqab tapi .......

Setiap orang ada cara hidup masing-masing. Setiap orang ada minat tersendiri. Setiap orang pasti tidak ada kesempurnaan kerana yg sempurna itu hanya Allah S.W.T.

Begitu juga aku, hanya seorang yang kerdil dan terlalu banyak kekurangan dan kehilafan. Dekat luar sana kalau kita tengok ramai je bergelar Islam tetapi masih menonggang botol arak. Nama je Islam tetapi masih pakai mini skirt dan keluar masuk pub.

Tapi kita ni siapa? Nak hukum mereka. Nak kata mereka ni penghuni neraka. Baik sangat ke diri ni. Baik sangat ke diri korang tu?

Aku??
Aku seorang budak perempuan yg lahir dalam keluarga sederhana. Aku suka ikut trend. Dari kecil lagi. Itu tak bermaksud aku akan pakai barang yg mahal-mahal. Tidak sama sekali. Zaman aku dulu ada satu waktu, famous dgn barangan Alien Workshop.

Kalau nak tahu, aku beli dompet gambaf Alien Workshop. Aku ada Belt brand Alien Workshop juga. Kalau diingat balik. Ada apa la dgn brand Alien Workshop ni. Gambar kepala makhluk asing. Tapi semua yg aku beli ni barangan ciplak. Harganya di bawah RM 10. Kawan kawan lelaki aku semuanya pakai yg original. Purse Alien Workshop Ori RM25. Belt Ori RM 28-RM30. Memang aku tak mampu.

Memandangkan kawan kawan aku ramai lelaki,maka seluar pendek dengan aku tak dapat dipisahkan. Bertudung? Tidak sama sekali. Dah pakai seluar pendek macam mana nak pakai tudung. Tiap-tiap petang main bola. Bawah flat aku memang ada padang. Klu tak main bola, kami main rondas. Gelanggang sepak takraw tu la jd tempat pusingan. 

Masa form 1 aku dapat tawaran kelas RKA. Tahu tu kelas apa? Rancangan Khas Agama. Yg membezakan  kelas kami dgn RK lain kelas kami belajar Bahasa Arab. Sebab tu dinamakan RKA. Kelas lain tak belajar. Klu kelas AGAMA belajar Pendidikan Islam mcm biasa. 

Perangai ON OFF aku dgn tudung berlanjutan sampai aku masuk U. Masa aku masuk U, aku boleh katekan kawan kawan aku semua baik2. Fully bertudung, sopan santun je diorang tu. 

Walaupun aku ON OFF bertudung tp aku masih jaga solat tau. Aku tak pernah tinggal. Sebenarnye aku dah lama pasang niat nk fully bertudung. Cuma Iman aku je tak berapa kuat dgn godaan syaitan yg selalu berbisik. " Buka je tudung, rambut kau kan cantik. Pakai tudung ni panas la. Leceh pun nk kena iron tudung semua."

"Sial betul syaitan syaitan ni. Kuat betul godaan die."

Klu baju takde lengan tanpa handsock tu aku selalu pakai. Ke sana  ke sini tanpa sarung apa2. 

Masa kat U dulu aku  aktif jugak. Masuk macam2 kelab. Kalau tak ada apa2 aktiviti petang memang aku jogging. Seluar jogging aku bukan tracksuit panjang. Aku suka tarik sluar aku sampai jd 3 suku. Dengan baju lengan pendek tudung ikat bawah. 

Nak diceritakan, ada suatu petang. Aku balik dr jogging. Aku lalu tepi pondok, pd masa tu ada sekumpulan student perempuan yg alim baik sopan bertudung labuh dan ad yg berniqab.

Aku lalu sambil tegur "HAI" dan lambai tangan kpd mereka. Time tu aku jogging ngan kawan aku Afta.

Lambaian aku dibalas dengan jelingan tajam. Sambil ada suara yg berkata. " Nama je perempuan Islam bertudung. Tapi pakai seluar 3 suku. Baju lengan pendek. Tak tutup aurat langsung. Buat malu kaum ja."

"Ciri ciri penghuni neraka ni!" 

Terkedu aku dengar suara tu. Teruk sangat ke aku ni. Berdesing telinga aku dengar percakapan mereka.

Aku sempat jerit. " Baik tak payah pakai tudung labuh kalau suka kutuk orang."
Afta terus tarik lengan aku blah dari situ.

"Sabar k. Jangan ikut darah panas ko sangat." Afta cuba tenangkan aku.

Sejak dari saat itu. Aku BENCI PEREMPUAN TUDUNG LABUH. AKU BENCI PEREMPUAN BERNIQAB. Diorang tu semua bajet baik bajet bagus. Bahasa ke laut. 

Selepas tu aku mula dgn perangai aku. Bagi aku, buat apa pakai tudung kalau bahasa tu kasar. Suka hina orang. Lebih baik tak payah pakai tudung tp pandai hormat org lain. 

Untuk perempuan yg tak kukuh iman dan baru nak berubah. Bila ada manusia yg hina dia. Bersepai terus rasa keinginan nak jadi baik. 

Afta pernah cakap ngan aku. "Kau lagi lawa pakai tudung berbanding tak pakai." Kembang kembang hidung aku dengar kawan aku puji.

"Ye, aku tengah belajar." Jawab aku pendek. Aku nak berubah. Aku nak berubah jd baik.

"Cah, kalau kau niat nak berubah ke arah kebaikan. Allah akan hadirkan kawan-kawan yg baik sekeliling kau."  Aku pandang die tanpa kata apa2. Mata aku je terkebil kebil.

Lama kelamaan baru aku percaya dgn kata-kata Afta. Seorang demi seorang kawan kawan yg baik hadir depan aku. Siap ad yg bg aku tudung lagi. 

Atik, die ajak aku join group usrah die. Aku ragu ragu nak join group tudung labuh ni. Aku takut...takut dihina depan depan lagi. Sakit tau rs dihina macam tu. Sebab aku tak pernah cakap kat orang mcm tu tau. Walaupun aku ni jahat.

1st time pergi, diorang ajak main netball. Howaaa of course la aku suka. Mula mula aku sampai tu. Janggal jgk rasa. Lagi lagi pakaian aku yg lain dr mereka. Tp kakak tu sambut salam aku dengan senyuman sambil peluk aku dan cium kedua dua pipi. Selepas tu mula la bahagi bahagikan  kumpulan.Tak nampak cam kelas usrah pun. Macam kelas main main je. Lepas main main tu. Kami duduk2 sambil minum lepaskan penat. Sambil minum ada seorang kakak mula bercakap. Kat situ bermulanya perkongsian. Mereka bertanya kpd aku. Selalu ke main netball? 

Aku cakap jarang. Sebab takde geng. Selalu jogging n main basikal je sendiri.

Masa pertemuan pertama tu. Kami share cerita ttg Alam. Kejadian Alam. Banyak menceritakan ttg kebesaran Allah. 

Masa pertemuan kedua. Keadaan masih tak formal. Kami bertemu di Bilik Kak Ida. Kami masak masakan tengahari sama sama. Kami masak tomyam je. Kami solat zohor sama sama. Lepas tu kami makan. Selepas makan baru bermulanya sesi sharing. 

Soalan pertama. " Siapa nak masuk syurga?"

Semua cakap NAK dgn semangat. Aku turut cakap NAK. Sape yg taknak masuk syurga kan.

Kak Ana tanya sorang2. Binatang apa yg paling kami suka. Ramai yg jawab kucing. Sampai part aku. Aku ckp aku suka anjing. Tapi sayang aku tak boleh pegang.

Tiba2 Kak Ana cakap. "Boleh pegang. Kalau kita masuk syurga. Dalam syurga tak ada yg haram. Semuanya halal. Arak pun halal."

Aku semakin teruja dengar semua tu. Saat tu aku terus tunduk sayu. Dalam hati aku berkata. "Layak ke aku nak masuk syurga Allah ? Aku ni jahil. Banyak yg aku tak tahu. Kalau aku tahu pun. Aku buat tak tahu je."

Masa tu aku dah teresak esak menangis. Kak Ana yg tengah bercerita pun berhenti. Semua pandang aku.

"Kita boleh berubah sedikit demi sedikit. Tak perlu drastik jika kita tak kuat." 

Mereka seolah olah memahami perasaan aku.

"Boleh kurangkan utk kita pakai seluar pendek di luar. Kalau baju lengan pendek. Biar la sampai siku. Jangan terlalu pendek drpd tu. Bolehkan?" Kak Ana bercakap sambil peluk bahu aku. Mereka ramai ramai peluk aku. 

"Kita sama sama belajar. Tak ada yg sempurna melainkan Allah. Kami pun masih banyak kekurangan. Kami cuma berkongsi ilmu apa yg kami tahu."

Tenang sikit hati aku time tu. Mulai saat tu. Perspektif aku berubah. Tak semua perempuan bertudung labuh n berniqab tu JAHAT mulut TAK PANDAI JAGA. Dalam 100 000 orang tu. Mungkin 5 orang tu je perangai macam tu. Yang lain baik dan beradab. 

Aku dah tak pakai dah seluar 3 suku ni. Sampai sekarang. Kalau nak pakai seluar pendek dalam rumah je. Aku dah mula pakai handsock perlahan lahan mulai saat itu. Kemudian aku beli cardigan utk disarungkan apabila aku pakai baju tak berlengan.

Apabila aku balik rumah. Aku tahu mak n ayah aku perasan perubahan aku apabila aku pakai cardigan. Mereka senyum je tanpa kata apa2. 

Memang betul, kalau kita berniat baik. InshaAllah Allah hadirkan orang orang yg baik bersama kita. 

Kita bukan siapa siapa utk judge org lain katakan mereka jahat, memalukan. Untuk menegur seseorang berbuat baik, perlukan cara yg betul dalam teguran. Di sini aku belajar sesuatu utk HATI. Di sini aku belajar utk berubah. DI sini aku belajar membina kekuatan.

Hidayah milik Allah. DIA berhak memilih siapa2 yg DIA mahu.

Comments

Popular posts from this blog

Where did U go ( i still luv u)

Lunch Time !!!!!!

Engkau sangat mengerti....