Frens...

Sedih pulak rasa....next week dh start exam. Pastu dh start cuti. Maknanya..ramai kawan-kawan aku yg tak ad lagi. Mereka semua dah 3rd year. This year is final year for them. Waaa sedih sedih...ramai kawan-kawan yang dah takde. Makin sunyi la jawabnyer. Haish...banyak betul kenangan ngan korang semua.

Korang ingat lagi tak masa kite planning last minute nak g vacation to Telok Batik. Memang kite wat keje gile kan masa tu. Planning hari Rabu then Sabtu terus nak pegi. Dah la buat keje gile pastu jumaat malam tu boleh pulak buat 1st trip to Parit Buntar. Pergh...hantar dulu 4 orang ke rumah Anim. Malam tu Diya yang drive. Memang cam naik roller coaster. Mant0p die drive.

Perjalanan ke Telok Batik dari Parit Buntar selama 3 jam. Yaa kami konvoi dua buah kereta jer. 1 wira and 1 kancil. Nasib baik kami bawa Mila..yang jadi penunjuk jalan kami. Kalau tak memang la kami ikut jalan jauh. Maklum la semuanya bukannye orang Perak. Kalau orang Perak pun mane la nak ingat. Dah lama tak jalan-jalan ke Telok Batik.

Fuh...memang syi0k..lain giler Telok Batik skang berbanding 10 tahun dulu. Bayang kanlah dah sampai dalam Telok Batik tu bleh pulak kami sesat. Pusing punyer pusing nak cari jalan masuk chalet. Terpaksalah kami tanya kat abang yg jge parking. Nasib baik kami bawa kete PLat Penang tau. So, abang tu p0n mesti tau yang kami ni tourist jer.

Lepas jer kami check in. Kami terus pegi rumah akak Mila utk Lunch. Rumah kakak Mila kat Manjung. Memang banyak giler perubahan berlaku kat daerah Manjung ni. Dulu lain sekarang lagi lain. Memang sedap family Mila masak, ada lauk ketam, udang memang s0dap hingga menjilat jari.

Hari pertama


Lepas lunch kat rumah Mila, kami balik chalet. Haaa lupa nak cakap, kami sewa chalet IMPIAN. Chalet ni memang betul2 tepi pantai. seronok...tapi kat area chalet ni banyak gak monyet. Ni la chalet yang kami duduk. Klasik kan.....




Jalan menuju ke chalet

Aktiviti pertama slepas sampai chalet. Kami solat dulu. Itu wajib yer. Lepas solat..haa kami apa lagi terus terjun laut. First time aku naik Banana Boat. Best Giler....   Tapi masa abang tu wat lap nak bg kami jatuh. Aku rasa cam nak lemas gak. Dah la die buat dua kali jatuh. Ish ish tak patut betul. Cian kami tau. 

Lepas naik banana boat kami mandi n main pasir. Time mandi tu..punye la mengade kami ni..siap pinjam life jacket kat abg Banana boat tu. Maklum la semuanye tak reti berenang. Nak sewa pelampung cam tak berbaloi jer.

Waa memang puas mandi laut di bawah terik matahari. Hmm malam ni nak makan kat mane pulak yer.. Perut dah lapar sebab main air petang tadi. Krruukk ...Kkrruukk

"Korang, malam ni abang Mila nak belanja makan. Bleh kan?" perhh Pucuk dicita ulam mendatang. Mila kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan. Kami ni memang pantang kalau ada orang belanja. Maklum la student la katakan. Kalau b0leh semua nak murah tak kire la bab apa pun..tp kalau dpt free lagi la kami tak lepaskan peluang. Yaa malam tu dinner kami telah ditaja oleh abang Mila. Menu apa? Kami tak tahu. Yang pastinya kami makan. Yahooooo

Inilah menu kami untuk malam ni....



Sementara tunggu makanan..kite bergambar dulu yer


Muka Orang dh lapar

Kami memang tak sangka abang Mila nak belanja kami makan kat Hotel Kristal. Terima Kasih Mila and Family. Jasamu akan ku kenang. Terima kasih daun keladi Mila, Lain kali belanja lagi. Kenyang tak terkata malam tu. Masuk dengan harapan pulang dengan kepuasan sebab kenyang sangat.

Kami plan nak pegi Lumut pulak lepas makan ni. Ramai antara kami tak pernah datang Lumut lagi. Aku memang penah duduj sini dulu. Tapi tu dah lama. Dulu Lumut biasa jer..skang ni Luar bIasa tau. Memang Cun pemandangan malam die.


Kami seramai 9 Orang 



Waktu tu aku memang dh rasa mamai. Aku dah ingat kat bantal jer. Dalam hati aku, sape la yang nak drive balik ni? Mata aku dah tak bleh nak nampak jalan dah. Waktu tu pun bleh dikatakan semuanya memang dah penat.

Hari Kedua

Pemandangan di waktu pagi memang indah. Kami terus berjalan tepi laut selepas solat subuh. Kami ingin melakukan salah satu perkara yang boleh mendapat pahala dengan melihatnya sahaja. Iaitu melihat laut. Subhanallah....memang sangat cantik laut di waktu pagi.


Atika menikmati pemandangan

Atika membaca Al-Quran sambil menghadap laut

Seronok- seronok juga tetapi kami tetap ingat apa yang perlu dilakukan. Pengisian yang sepatutnya utk diri kami. Semoga Ukhwah kami semua berkekalan dunia dan akhirat.

Hari ni...Hari terakhir kami di sini. Aktiviti yg tak bleh dilepaskan semestinya mandi laut. Lepas tu kami naik Banana Boat utk kali ketiga dan kali terakhir utk lawatan kali ni. kalau ada rezeki lain kali kami memang naik lagi. 


Haa Baru cukup 9

Di dalam Feri

"Mila, nanti camner kite nak g jalan-jalan Pulau? Macam mane nak sewa van pink tu?"  

" Korang...Mila lupa nak bagitau, abang Mila dah sewakan 1 van untk kite round island."
Ya Allah...semoga murah rezeki Mila sekeluarga. Banyak betul abang Mila bantu kami sepanjang perjalanan kami ni. Serius, jalan kat Pangkor ni memang menyeramkan...Bercerun, berbukit. Bahaya !!! kalau naik van ni..macam naik roller coaster dah. dah Tak payah g Genting Highlands tuh. Banyak tempat yang kami lawat. Semuanya cantik. Abang driver van ni pun...tak penat die bercerita ngan kami tentang sekitar Pangkor ni. masalah nyer...die tak berenti bercerita macam popcorn. Walau cam ne pun semua cerita abang ni memang bermanfaat. banyak yang kami tahu tentang kegiatan sosioekonomi penduduk Pangkor.




Anda tahu tak apa nama tempat ni? Ni lah Kota Belanda. Shantikkk KKan!!! unik....

Inilah Model Kota Belanda


Ok....Tempat seterusnya...ialah Tokong ap yer nama die. Aduss lupa la. Tapi tokong ni memang jadi tempat pelancongan. Ni la Tokong die....



Lepas jalan-jalan semua...kami semua singgah di rumah Mila untuk lunch. Adusss rumah Mila...Cian  Mila..huhu kami memang suka susahkan orang huhu......Family Mila memang best. Kami pun seronok sangat ngan layanan keluarga Mila. Kmai memang bg 5 star la. Mak Mila masak memang sedap. Huhuhu.....Rindu nak makan ketam Mak Mila masak.

Perjalanan pulang ke Jeti Lumut. Sekejap jer rasa. Macam baru jer sampai Pangkor dah kene balik pulak. Masa berjalan memang kite tak sedar. Sebab tu terciptanya pepatah mengatakan MASA ITU EMAS. 





Bergaya lagi dengan sun glass atas feri. Lepas tu muka jadi Hitam keliling mata putih. Ish ish ecah...ecah... atin atin..Bijak betul kamu dua orang ni.

Ini lah saat saat manis kami bersembilan di telok batik dan Pulau Pangkor. Trimas tu Mila and family. 

Comments

  1. sape je kwn ko yg xda 2?? asl dyowg 3rd year je ko 4th lak??

    ReplyDelete
  2. mila ngn azi...yg lain 4th year

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lunch Time !!!!!!

BE STRONG FAIZZUDDIN

Where did U go ( i still luv u)