Batu !!





Mereka tidak pernah menyembunyikan tangan-tangan

Setiap lontaran diiringi dengan laungan

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Setiap balingan walaupun tidak sampai

namun tetap satu tuju



Pada saat ini,

Lidah, hati dan setiap anggota mereka adalah peluru

Mereka dan batu adalah satu



Tangan-tangan yang bukan setakat menadah doa sepanjang hari

Ianya perlu disulami dengan usaha untuk pertiwi

Walaupun yang termampu hanya mengutip dan melontar batu,

mereka rela,sebelum tangan-tangan itu kaku,

berdarah dan diselimuti oleh batu-batu

serpihan bom syaitan Zionis

maka mereka dan batu kembali bersatu


Di sini kita juga kaku, membantu atau membatu?









nukilan : Mokai

Comments

Popular posts from this blog

Lunch Time !!!!!!

BE STRONG FAIZZUDDIN

Where did U go ( i still luv u)