Kerana Sahabat ahli syurga enggan masuk syurga




Sahabat.....bila terdengar perkataan sahabat ni, aku teringat sahabat lamaku. Sahabatku ketika kami bersama-sama di sekolah dahulu. Banyak perkara suka dan duka kami lalui bersama-sama. Teringat akan gurau senda kalian ketika di dorm dahulu. 

Siapa antara kamu belum ada sahabat???? Kalau kamu masih belum ada sahabat, carilah seorang sahabat yang benar-benar ikhlas berkawan dan bersahabat dengan kita. Tak rugi pun...bila ada sahabat yang baik ni. Waktu senang dan susah kita pun, dia pasti akan menolong. Samalah seperti kisah yang akan aku samapaikan di sini.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir menghadapNYA. Seorang adalah yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kpd Allah. Tapi kedua-duanya mati dalam keadaan yang beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat ini ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah. "Aku merelakan dia."

Kemudian Allah memerintahkan malaikat Zabaniyah membawa seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, "Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak."

Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkaj kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, " Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan."

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, " Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah." Orang itu berkata  " Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka." Malaikat Ridhwan menjawab, " Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayanimu."

Orang itu tetap berdegil dan berkata, " Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu dengan semua layananmu." Setelah itu kedengaran suara berkata, " Wahai Ridhwan, aku mahu mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya." Lalu malaikat Ridhwan bertanya, " Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin  ke neraka?"

Orang itu menjawab, " Aku tak mahu sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk keneraka. Dahulu, aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya."

Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, " Wahai hambaku, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabtmu itu masuk ke neraka keran dia telah berkenalan dengan mu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari sahaja. Maka bagaimankah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Ku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selam 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabtmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu."



----------------------

Apabila aku baca je firman Allah yang terakhir itu, aku terasa suatu getaran dalam badanku.. Dadaku sebak. Adakah sahabatku nanti mengenali ku diakhirat nanti? 

Moga Allah tempatkan kita semua dalam golongan yang beriman dan Dia sentiasa memberi rahmatNya. Tanpa rahmat dari Allah, tiada siapa pun layak ke syurgaNya.


Comments

Popular posts from this blog

Lunch Time !!!!!!

BE STRONG FAIZZUDDIN

Where did U go ( i still luv u)