warkah untuk cinta





Ke mana kan ku bawa bimbang hati ini ketika kehancuran merajai segenap fikiran, memaksa aku memeluk kenangan bersamanya, saat manis terasa pahit mencengkam di batin ini, aku terasa sepi hingga lilin mampu padam pada pertengahan malam, begitulah indahnya warkah mu buat ku yang keseorangan tanpa dirimu disisiku, hati cinta mengalunkan sebuah kerinduan yang tak mungkin berbalas, bimbang hatinya jika tak mampu mengatasi jiwanya yang meronta, lalu kau kirimkan aku warkah cinta untuk raga ini, biar sempurna apa yang tuhan ciptakan untuk ku walau hadirmu tak akan kunjung tiba, namun aku amat sesalkan aku akan sunyi tanpamu.




“Aku tak mampu danis, aku cuba untuk melupakannya tapi aku tak boleh, semakin aku melupakanya semakin aku ingat padanya, apa lagi kalau aku baca setiap warkah yang diberinya pada ku, membuat airmata ini begitu deras mengalir, tidak bisa berhenti, mungkin hanya kematian yang bisa membuat aku akan berhenti menangis”.

“Cinta, kau harus melepaskan dirinya pergi, tidak baik kau teruskan tangisan ini, biarkanlah dia pergi dari sisimu, doakanlah dirinya agar selalu bahagia dengan kehidupan barunya “, Danis memberi sokongan kepada temannya yang kehilangan lelaki yang dicintainya.
“Bila kita merenung bintang begitulah juga jika kita merenung cinta walaupun jauh untuk digapai namun ia tetap akan ada pada pandangan mata begitu juga dengan cinta kita walau Afiq Aiman tiada disamping cinta namun pandanglah bintang agar pandangan cinta kita tetap ada, cinta indah seperti bintang, bintang itu seperti Afiq yang sentiasa menerangi cinta walau dalam kegelapan”.

” Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah, begitu juga antara kita, walau Allah telah mengambil Afiq dari cinta, bukan bermakna cinta akan hilang segalanya, mungkin Allah sengaja mengambil sesuatu dari cinta dan akan memberi cinta sesuatu yang bernilai yang akan menjadikan kehidupan cinta lebih bermakna, begitu pandai kau menyusun kata hingga membuat aku tenggelam dalam melayani setiap manis dan indahnya kata-kata mu hingga aku terlupa kita hanya manusia biasa tidak bisa melawan takdir.

Di kedinginan malam ini, ku melerai rindu dalam hati agar terubat resah rindu yang menyentuh kalbu, mungkin kau tiada menyedari apa yang ku simpan di hati, mungkin kau tidak akan memahami segala yang terjadi, aku Ingin turuti jejak langkahmu walau ke mana saja kau pergi, tapi sekarang apa yang sudah kau tinggalkan buat aku, hanya warkah cinta buat ku, semakin aku megingati semakin tebal rindu ini rupanya aku hanya mengemis rindu dari hati kecilmu, apa aku dah buat pada hati ku ini. Tiba-tiba airmata ku mengalir lagi, siang dan malam bila aku teringat tentang dirimu, sikapmu dan gurauanmu membuat hati ku sakit dan tanpa sengaja airmata yangsetia ini akan mengalir lagi, aku tak mampu terima kenyataan yang dirimu telah meninggalkan aku.

Afiq Aiman wahai lelaki yang aku cintai, ketika ini hati aku terasa begitu sakit, bagilah cinta ubat untuk sembuh dari semua ini.

“Cinta ooo cinta !, awak nak ubat ke ”, seakan suara Afiq berbicara seketika dengan alunan yang syahdu membuat diri ku terhenti seketika, ya aku nak ubat boleh tak tolong bagi aku sekarang, hati cinta meronta agar Afiq datang kepadanya dan memberinya ubat yang dapat menyembuhkan luka dihatinya.

Cinta dengarlah kata-kata ini, dan anggaplah ia adalah ubat dari ku untuk mu, sayunya kata-kata mu ketika berbicara dan kau berkata “Bila senyum dan tangis menjadi satu rindu adalah jawapan pada segalanya, rindu adalah ingatan abadi yang tak pernah mati, biarpun jasad terpisah jauh namun kasihku tak akan pernah hilang, jadikanlah ia ubat dari segala derita yang kau tanggung, walaupun ia tidak sesempurna keinginan kita untuk kita mengecapinya dan yang menyedihkan aku, kau berlalu pergi seperti bayangan yang hilang ketika pagi menjelma.

Senyumanmu dan kasihmu menusuk dan membelai kalbu sejak detik pertemuan, tiada kata seindah bahasa dapatku huraikan tentang kesucian kasihmu, ia terlalu indah untukku dan ku ukirkan senyumanmu dihatiku sebagai penguat kasih kita dan keindahan hubungan kita adalah hiasan yang terindah didalam hidupku, begitulah janji mu kepada ku namun semua itu tinggal sebuah janji , perlu apa semua warkah ini jika kehadiran mu tiada di sisiku, lebih baik kau pergi bersama warkahmu di saat kau tinggalkan aku, begitu perit terasa bila membaca setiap warkah dari afiq untuk dirinya.

Cinta setidak-tidaknya hadirmu tidak pernah ku abaikan walau seketika kita pernah bergaduh namun cinta “engkaulah penyejuk hatiku, pembasuh jiwaku , engkau berikan cahaya di kegelapan, berat jika hidup tanpamu, senyap jika kau tak hadir di hidupku dan isi hatiku hanyalah kamu, relung jiwaku telah terpatri namamu, kau selalu menemani hela nafasku yang berat, kau bawa aku ke langit keindahan, kau tuntun aku ke dunia kebahagiaan, engkaulah cinta, cinta yang kurasakan. Air mata ini mengalir lagi bila saat ku membaca warkah ini, perlu apa semua ini, untuk apa kata-kata ini jika hadirmu tiada di sisiku lagi, warkah mu membuat hati ku bertambah luka, hati cinta merintih lagi, seakan dirinya tidak mampu lagi membaca setiap warkah cinta dari afiq untuk dirinya.

“Sakit hati aku ini danis, tolonglah aku danis, aku tidak boleh bernafas lagi, boleh tak kau tolong aku pergi dari sini, aku tidak boleh tinggal lama lagi disini, lebih lama aku disini membuat aku tidak dapat melupakan dirinya, tolonglah danis, cinta tidak dapat menahan kepedihan dihatinya.

Danis kasihan melihat cinta tidak menentu lagi, makin teruk nampaknya kawannya itu, sakit hati bila melihat cinta semakin kurus, badan tak terjaga, macam mana aku nak tolong ?, aku nak minta tolong pada siapa lagi, baik aku pergi jumpa dengan azizul, kawan baik afiq semoga dia ada cara untuk membantu cinta.

Cinta tersentak lagi bila membaca warkah pemberian lelaki yang dicintainya, sesak nafasnya terasa semakin susah untuk dirinya bernafas.

CINTA

ketika diri ini mengenali dirimu
diriku terpaut dengan keikhlasan dirimu
ketika hati merasai kasih sayangmu
diriku terpesona dengan kelembutan cintamu
ketika hati melihat cintamu
diriku dihanyutkan gelora rindu buatmu

CINTA

kasih sayangku hanya untukmu
CINTAKU MILIKMU
KASIHMU MILIKKU
apa yang ku ukirkan disini

adalah kasih sayangku yang tercipta untukmu
rinduku makin mekar dalam lembayung kasihmu
ku ungkapkan cintaku padamu
ku amat menyayangi dan merinduimu
untuk hari ini, esok dan selamanya

“Semuanya bohong, tiba-tiba cinta menjerit bila membaca warkah afiq untuknya lagi, semuanya bohong tiada satu pun yang betul , semuanya hipokrit, lalu cinta membuang semua warkah yang diberikan untuknya “, cinta tidak perlukan semua itu, buat apa aku setengah mati membacanya sedangkan dia telah pergi dari hidupku, lebih baik aku bakar semua warkahnya, cinta bagaikan orang yang telah hilang akal fikiran dan tidak dapat berfikir dengan waras.

“Cinta bawa mengucap cinta !“, azizul cuba menenangkan cinta agar tidak terbawa dengan perasaan, maklumlah cinta baru je kehilangan insan yang dicintainya. Bila melihat cinta begini timbul rasa kasihan melihatnya, “ apa yang dah kau lakukan ini cinta, kalau iapun kau menangis air mata darah pun afiq tetap tak akan kembali lagi, kau kena lupakan dirinya “, azizul cuba menasihati cinta agar tidak terus menerus mendera hati dan perasaannya.

“Jika kita kehilangan seseorang, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan “, begitu indah kata-kata azizul pada cinta agar dapat menerima ketentuan dan perancangan Allah untuknya, semoga apa yang dikatakannya dapat membuka pintu hati cinta, agar redha pada segalanya.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita, begitulah yang dirasakan oleh cinta, mungkin benar kata azizul aku harus merelakan dia pergi dari hidup ku, aku harus melupakan dirinya, tapi mampukan aku untuk melupakan dirinya.

Azizul seolah faham apa yang berada di fikiran cinta lalu tanpa berfikir panjang, dan berkata pada cinta, wahai cinta simpanlah warkah itu kerana ia amat bermakna dan jangan pernah lupakan dirinya sebab ia adalah cinta pertama namun kehilangan dirinya jangan membuat dirimu lupa untuk mengapai kehidupan baru dan mencipta kenangan baru untuk kau kecapi kehidupan ini, kehilangannya bukan bermakna dunia mu akan berakhir, kalau cinta sudi menerima tangan yang lain, aku sudi menjadi pelindung dirimu ketika suka dan duka, begitulah kata-kata azizul terhadap cinta, namun bagi dirinya dia tidak akan melepaskan tangannya untuk membiarkan cinta tewas dalam menghadapi ranjau kehidupan ini.

Maafkan aku wahai teman ku, seandainya kehadiran ku ini mengugat dirimu di hati cinta namun aku rela menjadi penganti dirimu , aku tidak rela melihat cinta menderita sepanjang kehidupannya, walau cinta tidak pernah hadir antara kami namun aku rela berkorban demi dirimu dan demi cinta.

Tapi aku tidak mampu membuangnya dari hati aku ini azizul, macam mana aku nak terima orang lain sedangkan aku masih cintakan dia, aku tidak ingin melukai hati sesiapapun, cinta begitu kasihan melihat azizul sanggup menerima dirinya, sedangkan cinta tahu, azizul menerimanya bukan kerana cinta tapi kerana kasihan.

Tuhan ku, berilah pedoman buat cinta, yang semakin hari semakin keliru, jangan biarkan dirinya tewas hingga memilih jalan yang salah, hanya padaMu aku berserah moga cinta sentiasa direstui, azizul memohon doa kepadaNYA agar dapat menolong cinta memberi hidayat agar tidak hilang dalam pedoman hanya kerana kehilangan cinta seorang lelaki.

Semua ini dugaan Allah!!! Allah menguji kerana Dia menyayangi kita, hidup ini umpama cuaca, hari ini di beri Nya kita terik mentari, esok mendung yang tiba pula, kalau tidak takde la peribahasa dulu2, ‘Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari,’ Redahlah dengan apa yang tiba, semuanya dengan izin Allah.tapi kenapa kita masih mengeluh…? Carilah kekuatan cinta, jangan terus layu bagai sayur dicelur lagi, jangan biar sesiapapun melukakan hati mu, jangan biar sesiapapun membuat kau menangis kesedihan, azizul mencuba lagi untuk menasihati cinta agar redha pada ketentuanNya.

Tuhanku, ketika hati sedang menangis hanya Engkau saja yang tahu betapa merananya diriku tak mungkin yang lain tahu, maafkan hamba mu ini kerana selama ini hambamu telah leka dalam mengejar cinta hingga terlupa cinta yang abadi masih berada disisiku.

Untuk kesekian akhirnya cinta melepaskan afiq dari hatinya, mungkin inilah warkah cinta terakhir yang dapat dikenangnya hingga ke akhir hayat, mungkin senyuman yang mampu aku berikan untukmu wahai insan yang ku cintai, warkah mu tetap ku simpan jadi kenangan terindah walau kehadiranmu bukan lagi menjadi pendamping diriku.

Cinta…

Pernah kutanya pada angin
Seperti apakah sebuah cinta…
Angin berkata, cinta bagaikan embun
Setiap pagi menyapa dengan sejuknya
Sekejap saja, namun hilang entah kemana

Cinta…

Suatu saat kubertanya pada air
Seperti apakah sebuah cinta
Air berkata, cinta bagaikan sungai
Alirannya tak henti sepanjang masa
Namun entah mengalir kemana

Cinta…

Pernah kujumpai seekor burung di udara
Kutanya tentang arti sebuah cinta
Ia mengatakan, cinta bagaikan memiliki sayap
Ada waktu dimana cinta harus hinggap
Namun suatu saat cinta akan terbang ke langit biru

Cinta…

Ketika kujumpa taman bunga yang indah
Kutanya pada mereka, apa arti sebuah cinta
Bunga berkata, cinta seperti bunga mawar
Sangat anggun dan indah dilihat
Namun akan terluka jika kita tergores durinya

Cinta…

Tiada satu hal yang dapat melukiskannya
Jika kita pernah merasakan indahnya cinta,
Bersyukurlah akan hal itu senantiasa
Jika kita pernah terluka oleh cinta, bersabarlah…
Karena akan ada cinta lain yang dengan akan menutupinya .

~~Cinta hatiku, tak pernah ku kesali untuk melepaskanmu kerana aku yakin aku akan berjumpa dengan dirimu

di dunia yang lain…. 

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

BE STRONG FAIZZUDDIN

Where did U go ( i still luv u)

Lunch Time !!!!!!