Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....
Hidup ini umpama belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan kehendak. Dan memang manusia diciptakan mempunyai keinginan dan kehendak yang tinggi. Tetapi tak semetinya setiap yang diinginkan pasti dikecapi, tidak setiap yang kita mahu pasti tercapai. Dan tidak mudah untuk kita menyedari apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi.
Ramai orang tidak menyedari, bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum : harus berjaya, harus bahagia dan harus yang lain-lain.
Ramai orang yang berjaya tetapi lupa, kejayaannya itu pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya.
Kegagalan...kejayaan adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah....
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti rezeki, kedudukan, pasangan pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris kita miliki, meski kita bermati-matian berusaha untuk milikinya....
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri yang melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri" (Al-Hadid; 22-23)
Kepada yang sedang gundah-gulana kerana gagal miliki apa yang diinginkan. Kepada yang bersedih hati kerana gagal dalam perhubungan setelah bertahun lamanya bersulam kasih akhirnya terputus begitu sahaja. Bersabarlah........
Kadang kala kita tidak sedar dan akan menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi. Kita terlalu mengharap bahawa kita pasti miliki nya. Apabila kita gagal, kita tidak dapat menerima akan ketentuan Nya. Seharusnya kita ingat bahawa Allah Maha mengetahui atas segala yang telah ditentukannya.
Wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
"......Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Wahai jiwa, janganlah kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput dan telah hilang darimu. Apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini, haruslah boleh memberikan harapan kepada kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup hanya di dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari kehidupan diakhirat kelak.....
Maka sudahlah.....jangalah kau tangisi apa yang bukan milikmu!!!
Comments
Post a Comment