Saling melengkapi...
Assalammualaikum.......
Kamu semua mesti tahu yg Siti Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi adam sewaktu tidur. Kenapa mesti dijadikan semasa waktu tidur? Ramai yang beranggapan bahawa lelaki sahaja yang memerlukan wanita....hakikatnya, wanita juga memerlukan lelaki dalam kehidupannya.
Wanita tak semestinya memerlukan lelaki, tapi kita tak boleh menolak bahawa wanita dan lelaki saling memerlukan dan cinta itu adalah anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki dalam kehidupannya???
Ya !! apa keperluannya lelaki kepada seorang wanita yang bebas. Kenapa wanita itu perlu mempertaruhkan kebebasannya dan berada dalam tangan seorang lelaki??
Bukankah lagi seronok dapat berjalan dihujung minggu bersama kawan-kawan rapat, berkenyit-kenyitan kepada lelaki kacak yg saling x lokek ngan senyuman dan x lokek menghulurkan salam perkenalan....
Cinta tak datang dengan paksaan. Cinta juga tak datang diwaktu kita mahukannya. Jika kita mahukannya datang seperti air, ia datang seperti api.
Tetapi jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yg baik akan didatangkan kepada kita jua. Lelaki yg baik itu tak turun dari langit.
Lelaki yg baik tu juga tak semestinya datang dengan kepala berserban, bersongkok haji, berjubah atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yg baik, Allah temukan kita dengan lelaki itu kerana DIA mahukan lelaki itu menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama, mendidik, membuka jalan agar dapat mendalami selok belok agama. Selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana sahaja serta dia dapat memberika kita zuriat yg halal lagi dirahmatinya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat ataupun cepat hanya Allah yg mengetahuinya.
Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita diibaratkan manusia kudung yg diberikan sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Sedalam mana pun kasih kita terhadapnya..pasti ada badai yg menduganya. Tidak semua yg dilalui kita pasti indah dan cantik-cantik belaka. Pasti ada kehodohan-kehodohan yg patut kita hadapi dan terimanya.
Apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita juga mempersilakan semua masalahnya berbaring di bahu kita.
Tak hairanlah kalau kita mendengar ada gadis yg merungut-rungut kerana tanggungjawab terhadap keperluan lelaki.
Ya!!! lelaki mendatangkan kebahagiaan...Tetapi lelaki juga yg mendatangkan kesengsaraan. Haruslah diingati bahawa setiap insan tidak sempurna. Jika kita bijak menatangnya..insyaallah semuanya pasti baik. Adatlah dalam sesuatu perhubungan, yg buruk itu pasti ada.
Mungkin keburukan itu datang daripada si dia atau pun keburukan itu datang daripada kita, kita haruslah cermay dalam mengimbangkannya dalam mengekalkan keharmoniannya.
bagi pasangan yg sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi terputus di tengah jalan. Jangan lah terlalu sedih. Cinta tidak semestinya memiliki tetapi cukuplah untuk melihat dia bahagia dengan kehidupannya.
Wanita, kita diciptakan dengan kemuliaan syahadah, kerana benih seorang lelaki. Kita tersenyawa, dikurniakan tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki kita ditiupkan roh, jiwa menjadi manusia dan mencari seorang lelaki untuk dicintai sebagaimana Allah menemukan ibu dengan ayah untuk berkasih sayang.
Allah menciptakan wanita daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tak terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tak juga terlalu lemah sehingga menyembah kaki.
Ciptaan Allah tu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki , bukan terbit daripada kepala untuk dijunjung, bukan dekat bahu utk dibebani, bkn dekat lengan utk dijulangi, bukan dekat jari utk disakiti, bukan dekat lutut utk ditindihi, bukan dekat kaki utk dipijak-pijak tetapi dekat pelusuk hati utk disayangi dan dicintai.
Seandainya lelaki itu burung yg terbang, kita adalah angin lembut yang menyapanya dan bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Fitrah seorang wanita bergantung kepada lelaki. Maka kita tak akan selamanya mahu menjadi angin yang hanya mampu menyapa.
Kita pasti mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama terbang rendah melihat keindahan kebun bunga dan kehijauan alam. Kemudian terbang tinggi ke langit biru yang luas terbentang, sehingga jalannya yg paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati...dan berkekalan ke syurga. Biarlah kita yg menjadi ketua bidadarinya di syurga nanti....

Comments
Post a Comment