Engkau sangat mengerti....
Pantai itu cerah
Kehangatan mentari dapat dirasa
Peluh makin mencurah
Tapi bisa menjadi indah
Kerana ia menenangkan
Kerana ia membahagiakan
Kerana ia menghiburkan
Hebatnya kuasa tuhan
Puas!!!
Menangis sekuatnya
Menjerit sepenuh hati
Tanpa perlu menghiraukan orang mendegar
Hanya aku dan Engkau
Bahasa jiwa yang aku terjemah hanya Engkau mengerti
Dan pasti hanya Engkau sahaja yang selalu mengerti
Aku tak pandai untuk menipu
Menipu sekeliling apatah lagi diriku
Jika hitam yang ku katakan
Memang hitam lah yang ku maksudkan
Kadang kala...
ku rindukan saat dulu
Saat pertama kali Engkau telah pertemukan aku dan dia
Salam perkenalan disambut
Membuahkan rasa sayang mendalam
Kalau bisa ku pamerkan, pasti ku pamerkan
Tapi manusia hanya merancang
Engkau yang menentukan segala
Janji yang telah dilafaz sekadar tinggal janji
Sumpah setia berlalu dibawa bayu entah ke mana
Hati yang dulu indah berbunga
kini telah mati
kaku seperti patung bisu
dingin sedinginnya
Jika diizinkan
Aku mahu rasa itu kembali
Aku mahu perasaan itu lagi
Aku mahu
Aku katakan aku ikhlas,ikhlas membiarkannya berlalu
hakikatnya aku tidak, tidak mengikhlaskan!!
Nampak cacat bukan?? Tiada kesempurnaan
Ajarkan aku ikhlas wahai Tuhan
Ikhlas dalam segalanya
Comments
Post a Comment