Kamu.....boleh aku bertanya..????
Desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista ini masih bersamaku.... Bukan hasratku bermain kata-kata tapi ianya adalah alunan hiba dalam jiwaku yang merindu kasih. Laksana Sang Pungguk yang melihat keindahan bulan tetapi tak tergapai untuk disentuh. Aku pilih untuk berkata bahasa pilu yang menggantikan puisi cinta yang seharusnya bermain di hati..... Jelasnya, ini adalah puisi hati. Kata hati ku yang duka pilu mengenang kenangan lalu. Teramat indah yang pernah ku lalui tika bersamamu. Kata-kata cinta dan janjimu kepadaku masih terbenam dalam benak ku... Merindukah aku??? Merindukah kamu???? Tiada yang dapat dinafikan lumrah insani untuk merindu. Ini bukanlah puisi cinta tetapi bait-bait hati yang telus jelas nyata yang mempunyai sesuatu disebaliknya.. Aku jujur...kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu betapa hiba dan hinanya aku... Kamu.....boleh aku bertanya? Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas nama ku...