Perbuatan meremehkan org muda bukan lah suatu yg asing dalam kehidupan... " Pelajar-pelajar suka ikutkan perasaan. Tapi ingat kalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga!!" kata seorang guru persatuan berucap di pentas. Guru itu memperlekehkan pandangan pelajarnya yang mengkritik pihak atasan. Semuanya dipukul rata sebagai pandangan tanpa sokongan ilmu dan mengikut perasaa. " Ghurur" kata sesetengah orang. Golongan muda/ orang muda/ remaja sering digambarkan golongan yg berpikiran singkat, tak berfikir panjang, mengikut persaan, belum mengenal erti kehidupan. Soal siapa yang makan garam dulu juga sering dipertikai dalam hal ini. Alasan ini juga sama yang telah digunakan oleh orang Musyrik semasa berkata tentang Ibrahim a.s. ketika berhala-berhala mereka dicela. Menjadi orang muda bukanlah suatu yang hina atau kekurangan. Potensi!!!!! Itulah nilainya. Nila kepada seorang anak muda. Potensi untuk impian dan harapan. Usia muda j...