Kasih Sayang Seorang Adik
Aku cuma ada seorang adik. Usianya 3 tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, aku telah mengambil 50 sen daripada poket seluar ayah untuk membeli sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu. Petang itu, pulang saja kami dari sekolah- ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. " Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kami berdua hanya membisu,tunduk sepi memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan demi hayunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk ber