LELAKI ITU DAN KISAHKU
Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya
Tidak ku tahu mengapa ku rindu padanya
Dan juga tidak ku tahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukai ku
Bukan sekali
Mungkin berkali-kali dia membuangku
Membuang dan menolakku bagai bola
Tuhan, adakah aku satu permainan?
Tidak, ku tahu aku punya nyawa
Aku tahu aku punya perasaan
Aku tahu aku punya hati
Aku tahu aku punya harga diri
Dan juga aku tahu apa erti sebuah kehidupan
Hidup ini, tidak perlu mempermainkan
Hidup ini, tidak perlu menyakitkan insan yg kamu mahu jaga
Kerana aku,
Tetap tegar berpegang pada janji itu
Janji yg disemat pada pertama kali ku mengenalimu
Janji yg mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku
Janji yg tetap ku berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu
Mengapa?
Aku tidak tahu juga
Tapi satu yg aku tahu
Aku sayang kamu
Aku sayang kamu
Amat menyayangi dirimu
Andai kata aku bukan untukmu..aku tetap mahu menjagamu dengan baik
Kerana aku sayang kamu
Comments
Post a Comment