La Tahzan~~~~

Luka disebabkan pedang..Jika dibalut akan kembali sembuh.. TETAPI jika luka  disebabkan kata-kata akan kekal diingatan sepanjang hayat...

Fikir itu dengan menggunakan akal..
Rasa itu melalui hati...

Senyumlah..jangan bersedih..
Allah bersama kita

Jadikanlah perbuatan kamu tu ikhlas kerana Allah semata mata..dan jangan mengharapkan dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih drpd orang lain jika org itu tidak mahu mengucapkannya.  Janganlah bersedih atau gelisah atau geram apabila perbuatan yang kamu curahkan kepada orang lain dibalas dengan celaan, tatkala "Tangan Putih" yang kamu hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan...kerana itu, apa yang kamu boleh harapkan hanyalah balasan pahala drpd Allah.

Selama kamu meyakini bahawa Allah selalu melihat..Allah selalu mengetahui segala usaha kamu, segala yang kamu fikirkan adalah untuk kebaikan orang disekeliling kamu dan insan yg kamu sayangi. Kamu yakin bahawa Allah tahu keutamaan yang kamu hulurkan itu, maka mengapa kamu harapkan balasan daripada manusia. Mengapa kamu takut sangkaan buruk daripada orang yg kamu syg itu...sdgkan itu untuk kebaikan bersama.

Saat kita menempuhi onak duri dunia...ya....mungkin kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan sedia keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu, mungkin sabar tak dikenali lagi. Dalam terharu air mata tumpah juga, mengalir deras membasuh kelukaan.

Kemudian ada sikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan  menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh daripada kesedaran dan sokongan....wajah mula tenang senyum mula terbentuk. Cerialah diri..cerialah jerit kata semangat di dalam hati. Suka duka sedih gembira silih berganti. Wahai hati..ingat lah diri kita ini tidak hidup abadi. Entah2 esok lusa mungkin akan mati.

Wahai Hamba Illahi......

Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tak pernah lelah bermain dengan  dunia agar dirimu lurus kembali jalanNya.

Ingatlah..Allah tak pernah melupakan hambaNya tetapi kita yang selalu melupakanNya...melupaka ayat-ayatNya...melupakan nikmat yang telah kita pinjam daripadaNya.

Kesedihan itu adalah fitrah..

Kadangkala kesedihan mampu buat kita kembali kepadaNya....dan kadangkala kesedihan membawa kita jauh daripadaNya. Semuanya berlaku adalah dengan izin Allah.

Kita lahir ke dunia ini adalah dengan keizinanNya...kita bertemu,berkasih sayang adalah dengan keizinannya. Kemudian kita berpisah dengan insan yang kita kasihi itu, adalah dengan kehendakNya. Tidak ada manusia yang ingin merasa sakit. Tidak ada manusia yang ingin terluka.

Kemudian, Allah temukan kita dengan insan yang tanpa diduga. Mungkin kita berbeza pendapat..berbeza cara, berbeza gaya. Tapi pasti masih ada persamaannya. DIA yg gerakkan hati kita untuk menerima insan itu..pasti DIA telah merencanakan sesuatu yg masih belum kita ketahui.

"Janganlah kamu bersikap lemah, janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yg paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yg beriman."  ( Surah Al-Imran:139)

Bersabarlah...
Bersabarlah hati untuk seketika..

Semakin banyak manisan yg kamu teguk sebelum nikah semakin tawar perkahwinan yang dilalui selepas itu.ALLAH akan berikan kemanisan selepas HALAL..♥


Comments

Popular posts from this blog

BE STRONG FAIZZUDDIN

Where did U go ( i still luv u)

Engkau sangat mengerti....