Posts

Aku

Assalammualaikum Kurang sopan betul aku ni. Post citer suda, puisi pun sudah tapi tak kenalkan diri aku pun. ish ish apa la nak jadi budak-budak zaman sekarang ni. Nak masuk rumah pun tak bagi salam main terjah jer. Aku la tuh orang nyer. aku ni bukan lah siapa-siapa. Hanya insan biasa yang serba kekurangan. Bukan lah insan yang hebat. Hanya insan kerdil ciptaan Allah. Aku memang suka menulis dari sekolah lagi. Kalau time sekolah rendah dulu subjek karangan ni memang favourite aku la. Aku ingat lagi nama Cikgu BM aku. Dia memang cikgu kesayangan aku dulu, nama dia Cikgu Hasnah. Cikgu ni memang best. Suara dia kuat kalau korang berdiri selang 3 clss pun dh boleh dengar suara die. picth suara dia memang tinggi. Kalau cikgu Hasnah masuk AF mesti boleh menang nyer. Tapi sayang dia x minat nyanyi. Aku kecik-kecik dulu memang nakal. Aku nama jer budak perempuan. tapi lasak, degil macam laki. Maklumla anak tentera. Anak ayah katakan. Walaupun ayah aku seorang tentera..tapi ayah aku t...

Kasih Ibu

Apabila terkenangkan ibunya,dada Aifa mula berombak dan manik-manik jernih mula jatuh berguguran.Hatinya pilu,sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam Aifa menghadap Ilahi,berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhada kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi,terutamanya dosa terhadap ibunya.Aifa sayu,airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi,mengalir laju membasahi pipi gebunya.Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya. ******************************* “Aifa,tolonglah fikirkan masa depan kamu nak,”rayu ibunya,Salmah dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Aifa sedar akan perbuatannya.Aifa merenung tajam wajah lesu ibunya.Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya. ”Apalah ibu ni,tak boleh ke Aifa hidup dalam kebebasan?Asyik nak me...

mUsim

Cinta adalah seperti musim yg berlaku, musim bunga, tengkjuh, kemarau dan luruh…saat musim bunga pabila baru bermulanya suatu percintaan, pertemuan, perkenalan..segalanya adalah indah, manis dirasa saat bersama. Ketika tengkujuh melanda dalam percintaan, pergaduhan, salah faham, cemburu dan pertengkaran berlaku, anggaplah semua itu adalah cubaan dalam perhubungan. Kemarau dalam percintaanberlaku jika persefahaman hilang, kemarau tidak semestinya akan membawa kepad perpisahan hubungan mahupun keretakan. Luruh….suatu yg perit dalam kehidupan seseorang yg bercinta, kerna ianya bukan apa yg dipinta dan diharapkan, gundah dihati hanya sendiri yg rasakan, kesakitan…..

Sukar Ditafsir

Cinta adalah sesuatu yg indah dan unik dr Illahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yg diberi dengan sebaik-baiknya utk melahirkan satu larian cinta yg indah. Seindah waktu ia diciptakan. Cinta itu aneh. Sukar utk ditafsirkan. Datangnya bkn dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih saying. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bg menyerikan lg keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan. Manusia kadang kala lupa, cinta dalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar kita rasakan rindu yg sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bg kita. Cinta..jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yg lain. alas an yg kdg2 sukar utk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yg lebh baik utk diberikan. Cinta antara dua jiwa telah diakatakan ...

CINTA TANPA KATA-KATA

CINTA TANPA KATA-KATA Hidup adalah warna-warni Jika datang cinta selalu menuntut pengorbanan Sejak manusia pertama Aku adalah pencinta biasa Yang dengan hati mencintaimu Mencinta dengan caraku Cinta yang mengharapkan setia Cinta tanpa kata-kata Cinta seperti embun dan pagi Cinta seperti bulan dan bintang Cinta seperti bara dan api Aku telah memilihmu untuk cintaku Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata Bukan cinta untuk saling berdusta Tapi cinta untuk meraih kebahagiaan Tapi kenapa kebahagiaan sukar diperolehi saat kesetiaan dicurahkan tetapi dibalas dengan kecurangan tidak ada yang boleh diungkapkan lagi Cinta tanpa kata-kata biarlah ia berlalu dihembus bayu Nuraniku hanya berharap suatu ketika kebahagiaan itu akan muncul utk diriku by : white_hunter18

lelaki ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku...

sakaratul maut

 Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak ketahui. tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh kurasakan. Nafasku amat  sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat oleh seseorang. "Mengucap sayang mengucap.... .Asyhaduallailahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu, insane  yang pernah mendodoikan aku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, insane  yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaan...