Posts

Wak luuuu!!!!

Image
Sape kate jadi cikgu senang???? WEy!! jadi cikgu susah laa.... " Ape yang susahnye??? korang masuk keje pagi balik sekolah pukul 2pm. Kan senang. Pastu dah bleh rehat2. Tak macam kitorang yang keje office ni. Masuk pagi balik kadang-kadang tak menentu lagi2 company swasta." Waaaa wak lu!!! cakap kencang. Sape cakap pukul 2pm dah balik dah rehat. Sekolah yang aku praktikal skang ni pun. Cikgu-cikgu semua wajib balik kol 2.15pm. Itu waktu paling awal perlu balik. Bukan nye yang paling lambat. Ni la... mentality certain person. Suka cakap keje orang lain senang. Keje die la paling susah n memenatkan..keje die la paling berat..keje die la paling serabut. Kadang-kadang bile kite cakap.. " aduuu penat la."  Adat la kadang2 kite cakap sorang2 mengeluh sendiri ngan diri kite. Waktu tu pengkritik yang tak diundang pun muncul.... "bla.blaa...blaaa..blaaa...bla bla bla bla bla bla"  kite mengeluh ngan 3 perkataan je tapi tetiba di balas ngan bepuluh-puluh da...

horrAAA My new experience

Lama dah tak update. Maklum la dah berjauhan dari UNi. Mane la ada wifi free area perumahan taman kan.. Haaa yang ni pun tetiba plak tangan ni bleh gatal-gatal klik kat connect line...Haiyyaaaa ada orang buka public wifi. Encik @ Puan kami menumpang sikit ye wifi anda. 8/2/ 2012 sesi baru untuk permulaan sem. Sesi dalam menghabiskan sisa-sisa gelaran seorang student. Coz after this maybe dah bertukar tittle. Pejam celik pejam celik, telentang telungkup dah nak habis rupanya sem . This is my final sem n we're in practical as teacher. Aku dah berjauhan dari Uni tercinta ku (poyos betul ayat). SKHA ( Sekolah Kebangsaan Hashim Awang ) dimana??? Mana lagi kalau bukan kepala batas..tu dia zon seberang Perai Utara, it's nearer with Sungai Petani. ------------------------------------------------------------------------- Hampir seminggu kami di sekolah ni. Cikgu-cikgu Pendidikan Khas sekolah ni memang best. Diorang memang sporting habis. Kelas Pendidikan Khas SKHA anta...

puisi Dinding

Image
Dia duduk di hadapan dinding itu dan berfikir, bukan mengapa dinding itu wujud di situ, tetapi bagaimana untuk melepasinya, biar kehidupannya tidak terhenti di situ, dan dia mampu meneruskan perjalanannya. Tidaklah dia bertemu dinding itu dan berehat, tetapi duduk memerah keringat, berfikir dan usaha, untuk memecahkan atau memanjat. Dinding itu perlu dilepasi, agar gari-gari yang mengikat potensi terurai, biar raksasa dalam diri terus gagah melangkah, dan menjatuhkan jahiliyyah demi jahiliyyah. Sama ada dia mati dalam berusaha, atau dia akan hidup dalam keadaan berjaya. Dia tidak akan berhenti. Berfikir, untuk melangkah dan melepasi, agar perjalanannya tidak terhenti dek dinding ini, dan terus bergerak untuk ke destinasi. ~~Hilal Asyraf~~

Lunch Time !!!!!!

Image
Hari ni lunch makan sampai pecah perut. Makan sampai tak larat nak bangun. Selalunye orang lunch amik masa sejam. Kami pulak lunch ambil masa selama 3 jam. Hari ni Ladies Day Lunch . saje je aku name kan Ladies Day sebab takde lelaki dalam group kami. Kami 4 orang semuanya perempuan. Lunch Pecah perut kali ni bertempat di SEoul Garden Mahkota Parade. Aku guna student card dapat la murah sikit. Cian my sis aku lupa nak ingatkan die suh bawa student card. Bleh la dapat less. hmmm nak wat camna takda rezeki die untuk less. Aktiviti bakar-membakar. Sampai terpercik-percik kat muka aku. Aduss jatuh sudah saham aku muka dah kene minyak. Pelik gak aku apasal aku sorang ja yang kene minyak. Nape yang 3 orang lagi tak kene minyak? Tak aci bet0l..... Aku kuar ngan kawan-kawan adik aku. Muka semua berseri-seri bile pergi makan. Bukan selalu dapat makan kat sini.Tetiba buang tabiat nak makan makanan Korea ni. This is my second time i having lunch in Seoul Garden. Bagi aku, makan kat ...

Mimpi itu Indah ....

Image
Assalammualaikum..... Mimpi itu indah... Tak sempurna lah tidur kalau tak bermimpi... Mimpi ni adakalanya indah hingga kita tersenyum senyum dalam mimpi... Ada jugak mimpi yang menakutkan..... Kadang2 mimpi dalam tidur ni bleh pulak bersambung-sambung.... Kalau mimpi yang menggembirakan memang la diharap sangat akan bersambung... Tapi..kalau yang menakutkan tu...ish jangan la bersambung... Aku rasa antara mimpi yang paling menakutkan dalam mimpi aku.... Apabila aku bermimpi aku dipaksa kawen... Sadis betul mimpi tu...Bleh dikatakan aku memang ingat mimpi tu... Mimpi aku bermula begini.... ~~ Mak aku call suruh balik katanye 'emergency'. Aku pun balik ngan tergesa-gesa. Bila aku balik..aku tengok kat rumah..macam wat persiapan majlis kawen je. Memang penuh tanda tanya di kepala otak aku ni. 'Sape plk yang nak kawen' Semua orang tengah sibuk membuat persiapan. Kehadiran aku kat rumah tu seperti tak dilihat. Tapi, tetiba aku disergah... Mak aku ser...

Ku Belajar............

Belajar diam dari banyak bicara Belajar sabar dari sebuah kemarahan Belajar kesusahan dari hidup kesenangan Belajar menangis dari suatu kebahagiaan Belajar keikhlasan dari suatu kepedihan Belajar tawakal dari suatu ujian Belajar redha dari suatu ketentuan

Kasih................

Image
Kasih pertama takkan kekal Kerana ia cuma penyubur perasaan Dan pencetus pengalaman Cinta terhebat takkan dimiliki Ia terlalu indah dan sempurna Tapi manusia tak begitu sempurna Takut kecewa lagi Lalu kita pilih yang sederhana Terima seadanya Dan tak mengharapkan paling indah Atau terlalu sempurna Inilah yang kekal Cinta dan sayang ke akhirnya..............