Posts

Pomen O.K.U ( part 2)

Siapa kata orang Melaka cakap kasar? Memang agak kasar pun mereka, tapi hakikatnya mereka tak bermaksud untuk menghina. Itulah mereka.  Begitu juga dengan pomen sorang ni. Pertama kali aku masuk untuk program interim, dia telah menguji kesabaran aku. Telingan aku paling pantang dengar perkataan carutan. Kalau dengar, memang berdesing je lepas tu darah pun mula naik ke kepala.  Mulut dia memang tak ada insuran. Suka hati tok nenek dia je nak bercakap. Suka hati mak bapak dia je nak maki orang.  Almaklumlah, aku ni mengajar student Pendidikan Khas, kategori masalah pembelajaran. Kalau dilihat luaran dan zahiriahnya. Mereka kelihatan normal dan tak ada cacat celanya. Tapi cubala test IQ. Memang terpancar kekurangan yang terselindung disebalik kehenseman mereka.  Mengusik pelajar lain memang menjadi hobi dia. Membuat pelajar lain marah memang menjadi tabiat azali yang tak boleh dibendung lagi.  Aku pernah baling buku tepat kena dada dia. Masa tu t...

Pomen O.K.U (part 1)

Image
Sebuah motor drpd rangka. Tayar entah kemana. Ekzos entah kemana. Memang takde rupa dah.  Diambil, dibaiki ini hasilnya. Bukan seorang pakar automotif yg mengambilnya. Bukan seorang yg TINGGI PELAJARAN. Hanya seorg pelajar OKU.  Kerana minat dia terhadap bidang enjin dan teknikal. Macam2 die buat. Paling comel bila die buatkan kereta mainan bermotor untuk adik sepupu die.  Siap offer.. "Kak..motor kat rumah taknak buat cmni? Opss silap. Cikgu." Bila motor ni di "parking" depan rumah. Ramai yg tanya. Motor siapa? Unikkan??? Seorang pelajar OKU boleh menghasilkan sebuah RANGKA menjadi SEBUAH MOTOR.. -------bersambung --------

kejohanan balapan & padang kebangsaan 2015

Image
Hari ini..22 Mei 2015 Jumaat. Masa meregangkan urat urat yang sangat tegang. Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas baru je habis semalam. Bermula 17 mei hari tu check in hotel Hingga semalam kami semua check out. Baru hari ni terasa penat melampau. Memang giler tak boleh buka mata. Walau bagaimanapun kami semua selaku coach sangat berpuas hati ngan pencapaian atlet kami. Pingat bukan ukuran. Semangat juang kamu yg cikgu sangat harapkan. Kamu dah pecah rekod kamu sendiri dah terbaik bagi cikgu. Cikgu yang lihat sepanjang kamu latihan. Cikgu yang ukur jarak setiap lompatan kamu. Kamu dah buat sehabis baik walaupun kamu tak perolehi emas. PERAK dah cukup bagi cikgu. Kamu semua dah buat yang terbaik. Kalau coach kamu marah tu bermakna mereka sangat sayang kan kamu. Mereka nak yang terbaik buat kamu. Cikgu pun sayangkan kamu semua. Cikgu akan rindu kamu semua yg nakal nakal ni. Ini adalah keputusan keseluruhan. Walaupun hanya dua emas. Tapi emas yg sangat...

Hanya Satu

Tiada yang sama. Tiada yang serupa. Satu dalam sejuta. Belum pernah kutemui persis kau.  Apabila aku sedih. Dia menghiburkan. Apabila aku buntu dia  mencari jalan penyelesaian. Apabila aku sendiri, dia menjadi teman setia. Menjadi pendengar setiap butir yg ku ucapkan, yg ku luahkan. Dia tak pernah minta apa-apa. Dia memberi terlalu banyak kepadaku. Masanya, telinganya , pendapatnya. Tak terbalas setiap pemberiannya. Hanya dengan pemberian kecil sahaja yg mampu aku berikan kepadanya.  Apa yg aku boleh katakan, dia boleh baca perasaan aku. Apabila aku ketawa ketawa dan ketawa di hadapan dia. Dia hanya pandang tepat mata aku dan berkata. " Apa yang kau cuba sorok daripada aku sebenarnya Sha?" Sambil  dia memandang tepat mata aku. "Tak ada apa apa. Aku nk sorok apa pula?" Aku bertanya pada dia.  Dia selalu berkata. Aku tak pandai nak tipu. Aku ketawa, aku gelak. Sebenarnya, aku cuba nak sorokkan  sesuatu daripada pandangan org lain. Ha...

Carilah Lelaki yg Mampu jadi imam

" Abang..hari tu ingat period dh habis. Ayang dh mandi, dh solat.Tapi hari ni keluar balik. Kiranya period balik ke bang?" "Maybe kot. Try search google.." " Saya dah search. Tapi macam tak paham sangatlah bang. Ermmm Kak Ina ckp dekat masjid belah malam ada kuliah muslimat. Ada ustazah ajar dan bagi penerangan tentang masalah agama. " "Buat apa? Cari je kat youtube. Berlambak kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk. Mana sempat nak hantar, nak ambil awak kat masjid." Si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan. Isu yg sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. ********************************** Asalnya kepada seorang wanita itu adalah pengikut. Ertinya dia berhajat mempunyai seorang pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya, dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai IMAM. Apa peranan IMAM dalam solat? Guide makmum kan? Ap...

Ibrah dari sebuah ujian

"Dunia penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." ( Hadis Riwayat Muslim) Kehidupan, kita takkan dapat lari drpd ujian. Hidup penuh ujian lebih2 lagi kita yg berada di zaman fitnah yg sangat dasyat. Teringat satu pesanan dr Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. " Allah memberi peringatan kpd hambaNya dengan ujian kecil spt membaling batu batu kecil. Biar rasa sakit sikit utk menguji sama ada hambaNya mengingatiNya dan berusaha memperbaikinya. Tapi jika hamba msih lalai dalam meñgingatiNya. Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok. Sbg panggilan utk menguji tahap keimanan kita." Mungkin ayat yg ditutur beliau lebih teratur  tapi  lebih kurang begitulah psananya. Hakikatnya..kita tak boleh lari drpd ujian. Hidup ini utk diuji.  Siapalah kita nak menolak ujian yg diberikan? Siapalah kita?? Tidakkah kita sedar kita hambaNya. Hidupnya kita ini atas belas ehsanNya shj.

aku....

Image