Tips Kecantikan
Kalau kita bercakap pasal kecantikan. Semua orang nak cantik. Ada ke orang kata, " Aku taknak cantik, biarlah aku berjerawat cm ni". Uiissh...kalau bercakap pasal jerawat. Benda tu memang sangat sensitif. Tengok je la diri kita sendiri..kalau tetiba ada satu jerawat naik kat muka.Aow Auw...punya la risau.
Skang ni kita nak cakap pasal kecantikan. Aku selalu gak baca dan tercari-cari cara nak mencantikkan kulit muka ni. Kalau anda pernah dengar tentang penggunaan masker buah. Masker buah ni memang bagus dan banyak sangat faedahnya.
Kalau kite tau and anda semua nak tau. Kandungan vitamin dalam buah ni boleh buat kulit kite cantik. Anda boleh guna buah buahan yg ada untuk membuatkan wajah anda kelihatan cantik dan menawan. Banyak buah-buahan yg kite boleh gunakan antaranya :--
STRAWBERRY
Kalau anda semua tau. Buah strawberry ni kan kaya dengan vitamin C, E dan K. Vitamin-vitamin ni memang bagus utk kesihatan kulit. Khasiatnya..dapat menegangkan dan menjadikan kulit kia lebih muda. Wow.....saya nk sntiasa muda.
Anda perlu hancurkan strawberry menggunakan sudu ker..senduk ker..tak kire la. Asalkan strawberry tu hancur.
Campurkan dengan satu sudu teh ( kecil) madu
Kemudian anda boleh sapukan pada muka anda
Biarkan selama 20 minit
Kemudian cuci dengan air suam atau air mawar
Boleh gunakan kapas utk menghilangkannya.
PISANG
Anda mesti biasa kan nampak buah pisang. anda tau tak yg pisang ni boleh digunakan jd mask. Pisang berfungsi memberi kelembapan pd kulit muka dan menjadikan kite kelihatan remaja kalau diamalkan lah.
Kita perlu hancurkan buah pisang dulu. Jangan guna pisang yg muda tau. Guna pisang yg color die kuning.
Tambahkan minyak zaitun atau madu pada buah pisang yg dh dihancurkan itu.
Setelah selesai, sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian bersihkan muka dengan air suam
Apple
Buah epal ni fungsinya utk mengurangkan minyak kat muka kite. Sesiapa yg mempunyai muka yg berminyak boleh la cuba. EEheem termasuk lah aku. nak cuba jugakla.
Hancurkan buah epal menggunakan blender
Jangan campurkan air ms blender tu
Kemudian sapukan pd muka dan biarkan selama 30 minit
Tomato
Buah ni mesti anda dh biasa dengarkan....Ok..tomato ni fungsinya utk menghaluskan kulit muka kite. Wow..sukanya.
Iris buah tomato
Gosokkan pada muka
Kemudian biarkan selama 10 minit dan anda boleh cuci
TIMUN
Anda mesti dah biasa dengan buah timun kan. Yela kite selalu jumpa dalam masakan dan makanan kite juga. Aduish..teringat kt nasi ayam tetiba rs lapar pulak. Timun ni juga berfungsi menghaluskan kulit
hancurkan timun
Campurkan dengan susu tepung dan juga sedikit air. Anda boleh juga menggunakan susu segar, kalau dah guna susu segar tak perlu tambah air.
Kemudian sapukan pd muka dan biarkan selama 30 minit.
Comments
Post a Comment