Duhai bakal imamku
Duhai bakal imamku,
Namamukah yang tertulis di Luh Mahfuz di sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurgaNya?
Dirimukah yang bakal melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai imamku..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini, jawab!
Kau akkan pernah dapat memberi jawapan kerana jawapannya bukan di tanganmu,
Jawapan itu di tanganNya bukan di tanganmu
Pada tangan tuhan kita Allah S.W.T
Duhai bakal zaujku
Jemputlah diriku apabila telah tiba saatnya
Sebelum sampai saat itu
Biarkanlah aku sendiri bersama Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadikanlah dirimu kumbang yang hebat..
dan....
doakan aku menjadi bunga yang mekar
mekar mewangi di taman syurga
oleh itu,
aku tinggalkan dirimu kepadaNya
kerana hanya Dia saja tempat sebaik-baik berlindung
Insyaallah
Ya Allah....
Bantulah aku menjaga hatiku
Daripada mengingati dia yang belum halal bagiku
Apabila saatnya telah tiba
Maka indahkanlah cinta kami dengan redhamu
Amin ya Rabbal Alami
Comments
Post a Comment