Bila Kamu Mati???
Mati itu tak mampu di jangka. Bila-bila masa saja diri boleh dipanggil pergi. Pagi, petang, siang, malam. Masa berjalan, memandu, tidur hatta semasa membuang air. Tua, muda, tak kenal usia. Bila-bila masa.
Alangkah indahnya bagi yang memahami seni dalam kematian. Halus dan tersembunyi.
Maka tidakkah orang yang memahami perkara ini akan menghargai hari yang sedang dilalui??
Maka, apakah yang sedang dilakukannya?
Bila kite terpilih dibangunkan sewaktu pagi apa yang diazamkannya untuk hari baru itu? Tidakkah jiwa rasa bersyukur kerana masih diberi peluang beramal dan bertaubat? Tidakkah kita merasakan satu kelapangan apabila dibangunkan pada waktu pagi?
Cuba kite pandang ke belakang, dan membayangkan jika salah satu dari tidur kite itu, kite tak dipilih untuk bangun dan mencapai hari ini. Apa agaknya yang akan berlaku?
Adakah kite dapat membayangkannya?
Bukankah mati itu bila-bila masa?
Tetapi kita masih hidup sampai hari ini. Melepasi hari-hari lalu.
Maka dengan apakah kite mengisi hari ini?
Perkara yang sia-sia?
Jika kite menyedari hakikat mati, kematian, pastinya hari ini tidak akan kite lepaskan.
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) Kemudia ia menghidupkan kamu, setelah itu IA mematikan kamu, kemudia IA menghidupkan kamu pula (pada akhirat) akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya ( Untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan) "Surah Al-Baqarah ayat 28."
----------------------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!
Comments
Post a Comment