Luahan Tanpa Pena
Bismillah...
Siapa yang tahu isi hati seseorang? Walaupun die kawan baik kite sehati sejiwa sejawa sekalipun tak mugkin kite akan tahu isi hatinya. Siapa yang boleh menyelami betapa dalamnya apa yang terbuku dalam hati seseorang? Apabila kite melihat seseorang itu senyum, adakah die benar-benar bahagia? Apabila seseorang menangis. Adakah die sedang bersedih? Adakah itu tafsir yang dapat kita huraikan? Hati, tidak ada sesiapa pun dapat meneka dengan pasti, bahkan diri kite sendiri. Kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa yang terzahir di luar belum tentu tergambar di dalam hati. Bukan munafik, kadang-kadang lebih baik disimpan sahaja.
Kadang-kadang orang yang terdekat mungkin akan merasakan tempias kecelaruan yang berlaku. Soalan yang ditanya juga boleh menimbulkan kemarahan insan terdekat. Maaf, mungkin pernah diberitahu tetapi maklumat itu tak dapat disimpan dengan rapi dalam kotak ingatan. Maaf sebab berlaku. Kadang-kala ia tidak sengaja sebab die masih belajar untuk memahami. Maaf kerana tak sengaja menimbulkan kemarahan.
Comments
Post a Comment