Posts

Luahan Tanpa Pena

Bismillah... Siapa yang tahu isi hati seseorang? Walaupun die kawan baik kite sehati sejiwa sejawa sekalipun tak mugkin kite akan tahu isi hatinya. Siapa yang boleh menyelami betapa dalamnya apa yang terbuku dalam hati seseorang? Apabila kite melihat seseorang itu senyum, adakah die benar-benar bahagia? Apabila seseorang menangis. Adakah die sedang bersedih? Adakah itu tafsir yang dapat kita huraikan? Hati, tidak ada sesiapa pun dapat meneka dengan pasti, bahkan diri kite sendiri. Kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati. Apa yang terzahir di luar belum tentu tergambar di dalam hati. Bukan munafik, kadang-kadang lebih baik disimpan sahaja. Kadang-kadang orang yang terdekat mungkin akan merasakan tempias kecelaruan yang berlaku. Soalan yang ditanya juga boleh menimbulkan kemarahan insan terdekat. Maaf, mungkin pernah diberitahu tetapi maklumat itu tak dapat disimpan dengan rapi dalam kotak ingatan. Maaf  sebab berlaku. Kadang-kala ia tidak sengaja se...

~~ Kembali ~

Dah lama jari-jemariku ini tak menaip di sini. Tak tahu apa yang hendak dikongsikan sebab semuanya telah tersurat di dairy. Giler rindu nak menaip tapi selalu kekeringan idea. Kecelaruan menguasai minda maka idea pun tak terbentuk ~~ahaks~~ Permulaan tahun baru masihi 2014. Pada Maal Hijrah yg lepas memang aku telah memulakan kehidupan yang baru dalam diary hidupku. Permulaan yang lebih menenangkan hati. Menyambut tahun baru masihi dengan hati yang lebih bersemangat aummm segagah harimau . Hati berbunga-bunga menyambut tahun baru. Semoga perasaan ini terus berkembang mekar~~ auucchh~ Sebelum ini aku pernah menjauhkan diri darinya, tapi kini die kembali. Gembiranya tak terkira. Tak boleh nak gambarkan macam mane. Hanya Allah je yang tau perasaan gembira aku ni. Tak sangka, sangat tak sangka die boleh muncul balik dalam hidupku. Lama giler lost contact, sebab aku sendiri yang jauhkan diri daripada die kerana 1 perkara hmm.. Seseorang yang aku pernah kawan dengannya dahu...

Hati !!!! oooo Hati !!!

Huwaaaaaaa menguap besar-besar jangan lupa tutup mulut. Lamanya jari-jemari yang runcing ni tak menaip di My Heart. Banyak benda yang berlalu tanpa coretan. Dulu punye la rajin. Sikit-sikit nak taip. Sikit-sikit nak citer pppffftttt. Seolah-olah dah hilang semangat nak menaip. Setiap kali jari ni nak menaip beku ayat-ayat dari kepala otak ni nak keluar. Dah tiup banyak kali pun tak keluar gak. Lastly, tutup je my pinky baby ni (my netbook) then sleep. Teringin nye nak mimpi putera kayangan. Fuuuhhhh mesti jadi sweet dream giler yang takkan pernah dilupakan. Berjanggut la ang Cah nak mimpi Putera Kayangan. " Ang ingat ang tu puteri raja? ada pulak putera kayangan tringin nak masuk dalam mimpi tu?" Nama pun dah mimpi. Mesti la nak yang indah-indah sampai boleh tersenyum dalam tidur waaa. Sweet. "Hati!!!!  OOooo Hati !!!! Dimana kamu Hati??" Haishh mane je la hati ni dah hilang. Mane ada hati ni hilang. Tak pernah pun hilang, juz merajuk je ngan apa yang j...

Cerita itu

Masa terus berlalu tanpa henti. Tak mungkin sesekali berputar kembali. Perjalanan diteruskan seperti biasa. Tak mungkin terhenti. Biar apa pun yang terjadi mesti diteruskan. Dah lama jari ni tak menaip di ruang ini. Ada perkongsian kah? mungkin ada, ia terlalu banyak tidak terbendung sehingga melimpah seperti lava gunung berapi. Setiap musim ada ceritanya. Setiap waktu ada kejadian. Kejadian demi kejadian terjadi terus menerus menggasak kepala otak aku yang kecil ni seperti hendak pecah. Kadang kala aku rasa seperti dah putus harapan. Aku cuba belajar, aku telah menerima seadanya, aku cuba mencuba dan terus mencuba sehingga aku sendiri jatuh tersungkur keletihan yang teramat. Apa yang perlu aku lakukan? Aku tak mampu lakukan nya sendiri. Bagaimana untuk aku belajar sendirian? Bagaimana untuk aku belajar, jika persoalan tiada jawapan? Bagaimana??  Bagaimana???? Bagaimana??? Aku tak mampu. Aku dah tak larat, aku terlalu penat. Apa yang mampu aku lakukan. Tutup daun pintu...

Gadget Oh Gadget...

Image
Zaman dunia yang serba canggih kini. Macam-macam ada. Semua nya ada, bak kata iklan Astro, MACAM MACAM ADA... Kalu kite lihat dunia sekarang ini. Pelbagai gadget boleh dilihat. Daripada gadget yang besar hingga gadget yang kecil, semuanya ada. Best ke ada gadget ni?  Mesti la best, banyak benda kite boleh belajar. Banyak perkara kite boleh buat.  Tahu tak ni menatang ape??? mesti semua orang tahu ni ap Kalau yang ni kenal tak??? Apekah benda ni? Ni kan telefon pintar atau omputih ckp "Smart Phone" Kite boleh buat ape dengan benda ni? Haaaa banyak benda boleh buat boleh jadi. Boleh call, msg, surf internet.. Macam-Macam Ada!!!!   Tapi janganlah disebabkan gadget2 ini, boleh menyebabkan sesuatu hubungan menjadi hambar. Pernahkah kamu melihat. Sebuah keluarga keluar makan, tapi meja tu sunyi je..tanpa suara, tanpa ada perbualan, tanpa ada sepatah kata. Apabila dilihat anak masing-masing sibuk membelek barang-barang pintar ni. Si anak lela...

terharunye cikgu ngan kata2 awk.....huhu~~~ very touchin

Image
Hari ni..o00ps bk  hari ni tapi 2 May hari tu ada MTQ. MTQ is Majlis Tilawah Al-Quran untuk semua pelajar Pendidikan Khas Daerah Tanjung   . Yeayyy!!! we're Tanjung area!!!  Pertama kali aku join program besar ni bukan sebagai Guru Praktikal. Rasa kelakar nye bile keluar portal, keluar surat pekeliling nama aku bleh naik. Fuuuhhhh tak caye betul " Siti Aishah Bt Ismail --- Pengurus Hafazan". Gabra betul dh time tu. Mana taknye, tak pernah jadi pengurus apa2 untuk program macam tu. Masa Praktikal dulu jadi jurugambar tak diiktiraf, penyorak, penyokong budak2..yang ni PENGURUS..waa diriku pun tak berapa terurus. Student aku yang nak bertanding aku plak la yang nervous. Uishh mane taknye, aku tak dapat nak tengok student yg aku train utk bercerita. Die dh la gagap...mesti makin gagap nanti jadinye. Alia....Alia....Alia...maafkan cikgu..cikgu kene bertugas, terpaksa cikgu tinggalkan awak dengan cikgu lain. Jangan nanges yek. Berdasarkan kata-kata cikgu yang hadi...

Aku cintai dirinya kerana-Mu

Ya Rabbi ...jika cintaku Kau ciptakan untuk dia.. Tabahkan hatinya Teguhkan imannya Sucikan cintanya Lembutkan rindunya Ya Rabbi jika hatiku Kau ciptakan untuk dia Penuhi hatinya dengan kasih-MU Terangi langkahnya dengan nur-MU Bisikan kepadanya kedamaian dalam kegelapan Temani dia dalam sunyi sebuah penantian Ya Rabbi, ku titipkan cintaku padaMU untuknya Sampaikan rinduku kepadanya Bimbinglah cintaku dan cintanya Satukan hidupku dan hidupnya dalamcinta-MU Kami ingin syurga-MU dengan kasih sayang