kisah KASIH, CINTA, SEDIH & KECEWA

KASIH duduk bersendirian di suatu sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain. Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali-kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk betentangan dengan KASIH asyik memerhatikan KASIH. CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti menghabiskan masanya di perpustakaan. CINTA dah lama meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tak mudah untuk menerima CINTA. CINTA terus memerhatikan wajah KASIH, menyayangi KASIH dalam diam. CINTA sedar KASIH seperti sedang menghadapi masalah besar ketika ini. Wajah KASIH tidak seceria seperti selalu,. KASIH bagai dirundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA memerhatikan sahaja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH. Nyata, KASIH tak selesa dan rimas dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kemarahan di mata KASIH kepada KECEWA. Tapi apakan daya, CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA dah lama meminati KASIH. disebabkan itu KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. KASIH membiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. SEDIH mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori mereka. Hari ini, CINTA dah nekad ingin meluahkan segalanya kepada KASIH. CINTA lekas mengejar mereka.

" KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sekejap?" KASIH mengangguk sambil tersenyum.

"Ye..ada apa-apa yang KASIH boleh tolong CINTA?" Waaa lembutnye suara KASIH. Tak hairanlah jika ramai yang meminati KASIH.

"KASIH..CINTA harap KASIH dapat mendengar apa yang CINTA ingin katakan ini. KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?? CINTA bermimpikah? CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan ini? KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA. Pasti KECEWA ganggu CINTA dan KASIH  nanti. CINTA mungkin takkan faham. KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH. KASIH minta maaf CINTA." KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..dengar dahulu apa yang CINTA ingin katakan pula. KASIH..boleh tak KASIH berikan CINTA peluang untuk buktikan kepada KASIH. CINTA tahu KECEWA pasti melakukan perkara yang tidak menyenangkan jika kita bersama. Tapi ..tolonglah berikan CINTA peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. CINTA dah lama meminati KASIH."

"Hmmm nantilah KASIH fikirkan dahulu. KASIH pergi dulu ya, SEDIH dah lama tunggu KASIH"

"Thanks KASIH. CINTA tunggu jawapan KASIH. Beri CINTA peluang ye KASIH. Berilah peluang untuk kita melupakan tentang orang lain ye...tolong ye KASIH."

CINTA memerhatikan KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan menerima CINTA kerana CINTA tak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA. KASIH juga dah tahu yang SEDIH sahabatnya itu meminati CINTA. Tak mungkin KASIH ingin lihat SEDIH sahabtanya berduka lara.

"CINTA..maafkan KASIH. KASIH tak mungkin menjadi yang tebaik untuk CINTA. KECEWA pasti tidak senang melihat kita bersama. Lagipun KASIH pasti CINTA tahu yang SEDIH meminati CINTA. SEDIH sentiasa mahu mendampingi CINTA. Tak mungkin kita akan bahagia. KASIH akan sentiasa rasa bersalah jika SEDIH melihat KASIH bersama CINTA. Maafkan KASIH ya CINTA.

Sepi berlalu di hati KASIH. KASIH seolah-olah menafikan perasaannya terhadap CINTA. Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya. GEMBIRA...GEMBIRA di mana? Kenapa GEMBIRA jauh di sana. KASIH tunggu GEMBIRA di sini.


Comments

Popular posts from this blog

BE STRONG FAIZZUDDIN

Where did U go ( i still luv u)

Engkau sangat mengerti....