Surat Untuk BINTANG
Apa khabar Bintang ?
Lama kita tidak bersua...
bukan ku tidak mengingatimu..
bahkan selalu sahaja...
menyebut dan mengenang
..jauh di sudut hati
Kamu sihat Bintang?
Lama tidak bertanya khabar..
Bukan ku tak sudi tapi menjaga
kadang kala aku fikir kamu tak suka
kerana kamu tak balas pertanyaanku
lalu ku intai dari jauh
melihat kesihatan mu..
Bagaimana hidup kamu Bintang?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu lepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
Ku hanya mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua
Kamu ingat aku Bintang?
masih ingat kah kamu kepada ku?
..tak mengapa..
kamu tak perlu menjawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar mu..
di kala malam yang pekat
Aku rindu kamu Bintang....
Aku rindu kamu...
Aku rindu...
Rindu....
Comments
Post a Comment