Posts

Showing posts from April, 2013

Aku cintai dirinya kerana-Mu

Ya Rabbi ...jika cintaku Kau ciptakan untuk dia.. Tabahkan hatinya Teguhkan imannya Sucikan cintanya Lembutkan rindunya Ya Rabbi jika hatiku Kau ciptakan untuk dia Penuhi hatinya dengan kasih-MU Terangi langkahnya dengan nur-MU Bisikan kepadanya kedamaian dalam kegelapan Temani dia dalam sunyi sebuah penantian Ya Rabbi, ku titipkan cintaku padaMU untuknya Sampaikan rinduku kepadanya Bimbinglah cintaku dan cintanya Satukan hidupku dan hidupnya dalamcinta-MU Kami ingin syurga-MU dengan kasih sayang

La Tahzan~~~~

Luka disebabkan pedang..Jika dibalut akan kembali sembuh.. TETAPI jika luka  disebabkan kata-kata akan kekal diingatan sepanjang hayat... Fikir itu dengan menggunakan akal.. Rasa itu melalui hati... Senyumlah..jangan bersedih.. Allah bersama kita Jadikanlah perbuatan kamu tu ikhlas kerana Allah semata mata..dan jangan mengharapkan dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih drpd orang lain jika org itu tidak mahu mengucapkannya.  Janganlah bersedih atau gelisah atau geram apabila perbuatan yang kamu curahkan kepada orang lain dibalas dengan celaan, tatkala "Tangan Putih" yang kamu hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan...kerana itu, apa yang kamu boleh harapkan hanyalah balasan pahala drpd Allah. Selama kamu meyakini bahawa Allah selalu melihat..Allah selalu mengetahui segala usaha kamu, segala yang kamu fikirkan adalah untuk kebaikan orang disekeliling kamu dan insan yg kamu sayangi. Kamu yakin bahawa Allah tahu keutamaan yang kamu hulurkan