Posts

Showing posts from June, 2016

Bawal versi Selendang

Image
Assalammualaikum guys....

Hari ni pergi sekolah dengan Kekaboo baru. Aku try main pusing-pusing di pagi hari bawal kekabu ni jadi selendang.
Kakak-kakak kat sekolah ramai tanya. "Macam mane ecah buat bawal jadi selendang. Tak pendek pula. Labuh depan belakang."

"Ecah main pusing-pusing je kak. Heee nanti Ecah tunjukkan."

Ni la die... bawal versi selendang. 

Perkara yang paling sakit, bila.....

Hari ini 24 Ramadhan. Ramadhan kian berlalu. Sedih rasanya. Sebak teramat sebab Ramadhan kali ini tak sama seperti tahun-tahun lepas.  Ramadhan berlalu dengan terlalu pantas. Ramadhan kali ini aku hanya beli biskut-biskut dan makanan untuk raya je. Baju raya? Hmmmm tak ada. Pakai je baju yg sedia ada dalam almari tu. Hati takde rasa nak raya. 
Kenapa? 
Entahla kenapa. Mungkin umur dah semakin meningkat. Dah takde rasa excited nak raya dah. 
Dah beberapa malam dah. Bila bangun je tidur, aku rasa nak nangis. 
Perkara yang paling sakit, bile kite rindukan orang yang telah tiada. Serius ...terlalu sakit . Rasa macam nak terkeluar semua organ dalam badan. 
Afta Haikal, dah beberapa malam kau masuk dalam mimpi aku. Dah beberapa malam juga aku rasa melayang je. Aku nampak kau. Aku nampak kau senyum. Senyuman tu jugak yang selalu buat aku senyum dulu, buat aku gelak. 
Dunia kita dah berbeza. Aku sentiasa doakan untuk kau Afta Haikal. Semoga kau sentiasa tenang di sana sahabatku.
Al-Fatihah

Ciri-ciri pakwe sweet masa kini♡♡♡♡

Ciri-ciri Pakwe Sweet Masa Kini
*********************************

Kalau pakwe kau orang belanja makan tempat sedap, belanja naik kereta limousin, belikan hadiah mahal masa hari lahir kau orang tu gua rasa tak sweet sangat.

Zaman sekarang pakwe mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi sendiri.

Kau orang perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan.

***

Antaranya;

1. Masa kau orang jumpa dia tak ada dia mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Dia tahu kalau dah pinjam kena bayar.

2. Bercinta tak lama. Sekadar nak berkenalan saja. Ini dah masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan.

3. Tidak merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Buat majlis mengikut kemampuan.

4. Tidak selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.

5. Tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Bukan kaki berhutang sana sini.…