Posts

Showing posts from May, 2011

Tamar Jalis

Image
Pernah tak kalian dengar nama seorang penulis novel Tamar Jalis. Beliau menulis novel berkaitan cerita tentang dua dunia yang berbeza. "Bercakap dengan Jin". Novel yang ditulis oleh beliau mempunyai banyak jilid. Dahulu, aku memang suka baca buku-bukunya. Aku mula membaca buku penulisan Tamar Jalis semasa aku berusia 12 tahun. Dahulu aku ada pakcik angkat di Perak. Di rumah pakcik ku terdapat beberapa jilid buku-buku penulisan Tamar Jalis.  Hobi aku memang suka membaca. Pada mulanya aku rasa takut baca buku tersebut. Sebab penulisan beliau banyak menceritakan tentang dunia mistik. Novel itu mengisahkan atoknya yang sangat berpengalaman berhadapan dengan pelbagai situasi yang ganjil. JIka difikirkan secara logik memang tidak boleh diterima akal. Walaubagaimanapun kita kena kembali semula pada agama, bahawa dunia ni tidak sahaja ada dunia manusia tetapi ada juga dunia untuk makhluk Allah yang lain. Berdasarkan cerita-cerita di dalam novel ini, atok beliau bukan lah calang-c

HappiNess

Image
How will you know you are in happy mood?? You will feel like to jump highest. Your heart...roses, like the spring season. Why I am happy, happier, happiest since yesterday. Wakaka... I was met sumone. That's very long time we didn't met. we would met once a year or twice a year. "if u wanna to know..i miss u so muches. but.. i dunno how's your feelings.." The crazy commit.. It is such a J0y to feel really happy Y0ur heart sIngs y0ur feet dance Y0ur minds sways in the wind The world is light y0u float on a breeze The world moves to the rhytm of your j0y every note is sung with the voice of contentment

First experience in MB

Image
Ku melihat keluar jendela. Kelihatan hujan renyai-renyai. Pergh memang sYi0k tidoq nih. Hari ni adalah hari kedua aku bekerja, sempena sem break yang panjang giler ni...dan selama 9 hari aku dah menjadi penanam anggur yang berjaya. Aku telah diterima bekerja di MB. Anda tahu tak MB tu aper....tu lah die Marry Brown, salah satu restoran fast food yang ada kat Malaysia ni. Aku memang tak pernah terpikir nak keje kat fast food. Tapi entah lah cam ner tetiba bleh terkeje kat situ. Memang jauh giler tersasar daripada apa yang aku planning. Before ni..aku and kawan-kawan aku yg lain plan nak apply sebagai cikgu sementara. Tapi aku ni punyela bijak bistari... bleh pulak tak bawa sijil. Haddoi...niat nak minta sebagai cikgu sementara memang kene buang jauh-jauh la. Lepas tu...aku ajak la adik aku untuk apply part time. Maklum la...bergerak ngan motor kan lagi senang. Aku ni mane la pandai nak bawa motor. So kalau nak kemana-mana naik motor..adik aku yg cumel tu la yang jadi mangsa untuk

Sem bReak~~~

Image
Alhamdulillah.. aku dah ada di muka bumi Negeri Bersejarah ni. Yah00..cuti sem dah bermula. Dah 9 hari aku di rumah..dah 9 hari aku menjadi penganggur terhormat. Terubat rasa rindu dengan si c0mel Gent0l n si bulat Us0p...    Gent0l cayang Usop bucuk Dua buah hati aku di rumah... Rindu betul dengan suara dan keletah diorang. Baru-baru ni aku balik rumah...si gent0l ni tak kenal aku. wuwuwu sedih rasa hati. Tiap kali nak dukung die, die nangis. waaa Gent0l dah tak kenal aku.  Takpe-Takpe..pagi ni kamu taknak ngan Along kan..takpe. Petang nanti kamu mesti nak ngan along nanti. Petang tu, aku naik kuda aku ke kedai (vroom vroom).  Budak dua orang tu dah bangun tido dah. Dah wangi wangi lagi..  Balik jer dari kedai tu aku terus duduk depan TV yaa sambil makan chocolate. Aku wat muka slumber jer. Aku tengok ada 4 mata sedang memandang aku tanpa berkedip. Tiba-tiba Usop datang dan terus duduk atas riba aku.  Yes!!! umpan dah mengena. Mangsa pertama dah serah diri. Aku pun terus su

Cikgu dan Murid

Image
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada  anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam.  Jika saya angkat kapur ini,maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini,  maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beber

Daripada Hawa untuk Adam

Image
Adam, Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa akan terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Adam, Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam, Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang me

Tetapkan hatimu..

Image
aPabila kau baik.... Orang mungkin akan menuduhmu menyembunyikan egomu, Biarlah begitu, tetaplah bersikap baik. Apabila kau jujur dan berterus terang... Orang mungkin akan menipumu, Biarlah begitu, tetaplah berlaku jujur dan berterus terang. Apabila kau berjaya... Mungkin kau akan mendapat teman-teman palsu dan musuh yang sejati, Biar begitu, tetaplah meraih kejayaanmu Kau telah membinanya selama bertahun-tahun.... Mungkin akan dihancurkan oleh seseorang yg kejam dalam semalam, Biarlah begitu, tetaplah terus membinanya Apabila kau menemukan ketenangan dan kebahagiaan... Mungkin ada yang dengki dan iri hati, Biar begitu, tetapkan hatimu..tetaplah berbahagia dan temukan kedamaian hati Kebaikan yg kau lakukan hari ini... Mungkin akan dilupakan orang keesokan harinya Biarkan begitu, tetaplah melakukan kebaikan Mungkin itu tak akan pernah cukup, Biar begitu, tetaplah berikan pada dunia yang terbaik Ketahuilah... itu adalah antara kau dan tuhanmu.. Bukan antara kau dengan mereka..

cinta sampai ke Syurga

Image
Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   Kata mak..   Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.    Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah.  Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..   "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."   Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekal

uraian ..cInta

Image
Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar Mengubah cuka menjadi anggur Mengubah sedih menjadi riang Mengubah amarah menjadi ramah Mengubah musibah menjadi muhibbah Itulah cinta….. Sekalipun cinta telah ku uraikan dan kujelaskan panjang lebar, Namun jika cinta kudatangi, Aku jadi malu pada keteranganku…. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan, Namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang.. Sementara pena begitu tergesa –gesa menuliskannya Dalam menguraikan cinta, Akal terbaring tak berdaya, Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur… Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pencinta Kata-kata pecah berkeping-keping, Begitu sampai kepada cinta Sesungguhnya aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu Jikalau agama itu hilang daripadamu, Maka hilanglah Cintaku padamu