Posts

Showing posts from 2010

Aku

Assalammualaikum Kurang sopan betul aku ni. Post citer suda, puisi pun sudah tapi tak kenalkan diri aku pun. ish ish apa la nak jadi budak-budak zaman sekarang ni. Nak masuk rumah pun tak bagi salam main terjah jer. Aku la tuh orang nyer. aku ni bukan lah siapa-siapa. Hanya insan biasa yang serba kekurangan. Bukan lah insan yang hebat. Hanya insan kerdil ciptaan Allah. Aku memang suka menulis dari sekolah lagi. Kalau time sekolah rendah dulu subjek karangan ni memang favourite aku la. Aku ingat lagi nama Cikgu BM aku. Dia memang cikgu kesayangan aku dulu, nama dia Cikgu Hasnah. Cikgu ni memang best. Suara dia kuat kalau korang berdiri selang 3 clss pun dh boleh dengar suara die. picth suara dia memang tinggi. Kalau cikgu Hasnah masuk AF mesti boleh menang nyer. Tapi sayang dia x minat nyanyi. Aku kecik-kecik dulu memang nakal. Aku nama jer budak perempuan. tapi lasak, degil macam laki. Maklumla anak tentera. Anak ayah katakan. Walaupun ayah aku seorang tentera..tapi ayah aku t

Kasih Ibu

Apabila terkenangkan ibunya,dada Aifa mula berombak dan manik-manik jernih mula jatuh berguguran.Hatinya pilu,sedih dan sesalan yang dirasakannya begitu berat umpama dirinya memikul satu batu besar yang bukan saja bisa melondehkan bahunya malah lebih dari itu.Dalam keheningan malam Aifa menghadap Ilahi,berdoa agar diampunkan dosa-dosanya terhada kedua ibu bapanya yang tercinta yang telah pergi menyahut seruan Ilahi,terutamanya dosa terhadap ibunya.Aifa sayu,airmatanya bagaikan tidak dapat disekat lagi,mengalir laju membasahi pipi gebunya.Peristiwa yang bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya menerpa lagi dalam ingatannya. ******************************* “Aifa,tolonglah fikirkan masa depan kamu nak,”rayu ibunya,Salmah dengan nada yang sayu.Dia begitu berharap agar Aifa sedar akan perbuatannya.Aifa merenung tajam wajah lesu ibunya.Matanya bagaikan bebola api yang kemerah-merahan,sungguh marah dirinya terhadap ibunya. ”Apalah ibu ni,tak boleh ke Aifa hidup dalam kebebasan?Asyik nak me

mUsim

Cinta adalah seperti musim yg berlaku, musim bunga, tengkjuh, kemarau dan luruh…saat musim bunga pabila baru bermulanya suatu percintaan, pertemuan, perkenalan..segalanya adalah indah, manis dirasa saat bersama. Ketika tengkujuh melanda dalam percintaan, pergaduhan, salah faham, cemburu dan pertengkaran berlaku, anggaplah semua itu adalah cubaan dalam perhubungan. Kemarau dalam percintaanberlaku jika persefahaman hilang, kemarau tidak semestinya akan membawa kepad perpisahan hubungan mahupun keretakan. Luruh….suatu yg perit dalam kehidupan seseorang yg bercinta, kerna ianya bukan apa yg dipinta dan diharapkan, gundah dihati hanya sendiri yg rasakan, kesakitan…..

Sukar Ditafsir

Cinta adalah sesuatu yg indah dan unik dr Illahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yg diberi dengan sebaik-baiknya utk melahirkan satu larian cinta yg indah. Seindah waktu ia diciptakan. Cinta itu aneh. Sukar utk ditafsirkan. Datangnya bkn dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih saying. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bg menyerikan lg keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan. Manusia kadang kala lupa, cinta dalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar kita rasakan rindu yg sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bg kita. Cinta..jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yg lain. alas an yg kdg2 sukar utk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yg lebh baik utk diberikan. Cinta antara dua jiwa telah diakatakan

CINTA TANPA KATA-KATA

CINTA TANPA KATA-KATA Hidup adalah warna-warni Jika datang cinta selalu menuntut pengorbanan Sejak manusia pertama Aku adalah pencinta biasa Yang dengan hati mencintaimu Mencinta dengan caraku Cinta yang mengharapkan setia Cinta tanpa kata-kata Cinta seperti embun dan pagi Cinta seperti bulan dan bintang Cinta seperti bara dan api Aku telah memilihmu untuk cintaku Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata Bukan cinta untuk saling berdusta Tapi cinta untuk meraih kebahagiaan Tapi kenapa kebahagiaan sukar diperolehi saat kesetiaan dicurahkan tetapi dibalas dengan kecurangan tidak ada yang boleh diungkapkan lagi Cinta tanpa kata-kata biarlah ia berlalu dihembus bayu Nuraniku hanya berharap suatu ketika kebahagiaan itu akan muncul utk diriku by : white_hunter18

lelaki ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku

sakaratul maut

 Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak ketahui. tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh kurasakan. Nafasku amat  sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat oleh seseorang. "Mengucap sayang mengucap.... .Asyhaduallailahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu, insane  yang pernah mendodoikan aku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, insane  yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya

MEMAAFKAN & MELUPAKAN

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula,penuh dengan persoalan dan sering tertanya-tanya mengapakah perkara ini harus terjadi. Hanya insan yg pernah dicurangi boleh merasai perasaan itu, boleh memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam dan membunuh diri serta melakukan perkara yang dilarang agama. Mengapakah ada insan yg sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan pasangannya setia dan tetap dengan perhubungan itu. Kenapa insan ini sanggup melakukannya?? Tidakkah insan ini mempunyai perasaan. Sedangkan insan ini mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Insan, mengertilah setiap apa yang terjadi pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Hikmah yang cukup indah yang boleh menyembuhkan luka dihati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah, bahawa Allah tidak akan memberikan dugaan dan ujian di luar kemampuan hambanya sendiri. Setelah dilukai, pasti susa

Cinta Tanpa Kata-Kata

Hidup adalah warna-warni Jika datang cinta selalu menuntut pengorbanan Sejak manusia pertama Aku adalah pencinta biasa Yang dengan hati mencintaimu Mencinta dengan caraku Cinta yang mengharapkan setia Cinta tanpa kata-kata Cinta seperti embun dan pagi Cinta seperti bulan dan bintang Cinta seperti bara dan api Aku telah memilihmu untuk cintaku Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata Bukan cinta untuk saling berdusta Tapi cinta untuk meraih kebahagiaan Tapi kenapa kebahagiaan sukar diperolehi saat kesetiaan dicurahkan tetapi dibalas dengan kecurangan tidak ada yang boleh diungkapkan lagi Cinta tanpa kata-kata biarlah ia berlalu dihembus bayu Nuraniku hanya berharap suatu ketika kebahagiaan itu akan muncul utk diriku

Sentuh Hatiku

Terima kasih atas pemberian MU Terima kasih atas apa yg telah terjadi KAU selalu menemaniku tanpa ku sedari KAU tak pernah biarkan aku sendirian menjalani hidup ini KAU selalu menyertaiku terima kasih kerna KAU telah menyentuh hatiku di kala aku lalai di pentas duniawi KAU telah memperingatiku KAU selalu memberi rancangan yg terbaik untukku walaupun aku selalu lupa pada MU tetapi KAU masih memberi peluang pada ku terima kasih Ya Allah KAU telah menyentuh hatiku dengan kasih sayangmu KAU telah mengubah hidupku menjadi yg baru bagai emas yg murni berkilauan KAU telah membentuk kekuatan hatiku perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan KAU tidak pernah lelah untuk memberi tidak pernah sedikitpun KAU meminta terima kasih kerna menyentuh hatiku terima kasih atas kasih sygMU sebuah kasih yg selalu memberi bagai air mengalir yang tidak pernah berhenti terima kasih Ya Allah by~~ white_hunter18

Kasih Sayang Seorang Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya 3 tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, aku telah mengambil 50 sen daripada poket seluar ayah untuk membeli sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu. Petang itu, pulang saja kami dari sekolah- ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. " Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.  Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kami berdua hanya membisu,tunduk sepi memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan demi hayunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk ber