Sukar Ditafsir

Cinta adalah sesuatu yg indah dan unik dr Illahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yg diberi dengan sebaik-baiknya utk melahirkan satu larian cinta yg indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar utk ditafsirkan. Datangnya bkn dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih saying. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bg menyerikan lg keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta dalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar kita rasakan rindu yg sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bg kita.

Cinta..jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yg lain. alas an yg kdg2 sukar utk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yg lebh baik utk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah diakatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memelihara akhlak yg mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadian. Selain daripada itu, ia juga dapat menghilangkan ketakutan, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi cinta juga merupakan godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota Kristal, indah dipenglihatan derita di perasaan……..

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T