Posts

Showing posts from 2016

Vroooom to Hatyai -Day 1-

Image
Vrooom vroom vroom.. dah lenguh dah kaki melangkah hari ni. Teet teet teet hp aku berbunyi. " Hmmm bukan bunyi mesej ni. Orang call pun bukan. Biar jela." Getus aku sendirian, dan kaki aku terus melangkah laju menujuk ke tuk tuk. Pertama kali aku ikut trip ke Thailand secara rasmi. Kami bertolak malam 27 Ogos. Berkumpul di BTPN. Jeng jeng jeng..meriah suasana budak2 ni naik bas. Pot pet pot pet. Melaka ke Thailand ambil masa yang sangat lama. Kami singgah di RnR Gurun. Fuuh dah cantik bhaaiii. Dulu kami pergi tempat duduknye berbumbungkan payung je. Hari ni...kemain lawa lagi. Kat sini kami berhenti untuk sarapan dan solat subuh. Vroom vrooom perjalanan diteruskan lagi ke changlun. Puff puff sejam kami menunggu arrivals ticket. Macam macamla jadi.. tiket salah nama la, no passport la. Adeh adeh.. Kami masuk  ke bumi gajah putih ni ikut pintu Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah lancar perjalanan sebab tak ramai orang. Kami meneruskan perjalanan ke Leather Shop

Haaa haaa pinky!!!!!!!!

Image
Baby..baby..baby jangan kau marah...lalalalala 🎵🎶🎼🎵🎶🎼 Jeng!!!jeng!! Jeng!! Besarnya kotak. Macam isi bom pun ada. Apa jela dalam ni. Penuh pulak solotip ni dililit keliling kotak. Gunting sini, ada lagi solotip. Gunting sana, ada lagi lapisan solotip. Adeh banyak nye solotip. Penatla camni. Koyak jela kotak ni. Aku pun lubangkan jela kotak tu dengan rakus.  Gulp gulp apa pasal pulak la banyak nau surat khabar nye. Jangan ada katak jela dalam ni. Adessssss. Satu dua tiga empat lima enam. Ada enam keping surat khabar dalam kotak ni. Meriah nye.  Disebalik surat khabar yang buruk tu tetiba ada bekas besi.  Kui kui kui giloz. Apa benda ni???? Laju je tangan aku angkat sambil aku menjerit. Haaaaaaa haaaaa eeeee pinky!!!! "Dah datang dah, dah datang dah penyakit giler die bila dapat benda pink." Kata adik aku.  " haaa apa tu? " sergah mak aku. Hamboii rupanya mak aku ngendap dari tadi disebalik pintu bilik. 

18th July

Image
18th July? Ada apa dengan 18th July?  Tanggal 18th July ini, lahirlah seorang bayi perempuan yang putih gebu-gebas ke atas dunia ini. Ceewah kuat perasan pulak aku. Tapi kan..aku kecik-kecik dulu memang putih.  Dah makin besar makin gelap gelita aku ni. Berlalunya tanggal 18th July itu maka semakin meningkatla umur aku.  Tahun ni yang paling kelakar. Ayah aku wish pada jam 11.58pm pada 18 July tu. Kebetulan ayah tengok kalender. Mak aku pulak, sampai kesudah die lupa. Takpe takpe. Tahun lepas mak ada jugak wish even dah malam.  As usual, ucapan-ucapan penuh di laman muka buku aku. Aku senyum je membaca satu persatu wish tersebut. Sambil membalas.. "Thank you thank you" atas setiap wish. Terima kasih kawan-kawan sebab sudi nak wish. Tahun ni jugak aku dapat kad bufday. Dah lama gak tak dapat. Kawan aku sorang tu lagi awal wish, 16 July kad tu sampai. Haishhh haishhhh terima kasih banyak-banyak la hangpa ingat bufday aku weh. Tahun ni ada beberapa

Bawal versi Selendang

Image
Assalammualaikum guys.... Hari ni pergi sekolah dengan Kekaboo baru. Aku try main pusing-pusing di pagi hari bawal kekabu ni jadi selendang. Kakak-kakak kat sekolah ramai tanya. "Macam mane ecah buat bawal jadi selendang. Tak pendek pula. Labuh depan belakang." "Ecah main pusing-pusing je kak. Heee nanti Ecah tunjukkan." Ni la die... bawal versi selendang. 

Perkara yang paling sakit, bila.....

Hari ini 24 Ramadhan. Ramadhan kian berlalu. Sedih rasanya. Sebak teramat sebab Ramadhan kali ini tak sama seperti tahun-tahun lepas.  Ramadhan berlalu dengan terlalu pantas. Ramadhan kali ini aku hanya beli biskut-biskut dan makanan untuk raya je. Baju raya? Hmmmm tak ada. Pakai je baju yg sedia ada dalam almari tu. Hati takde rasa nak raya.  Kenapa?  Entahla kenapa. Mungkin umur dah semakin meningkat. Dah takde rasa excited nak raya dah.  Dah beberapa malam dah. Bila bangun je tidur, aku rasa nak nangis.  Perkara yang paling sakit, bile kite rindukan orang yang telah tiada. Serius ...terlalu sakit . Rasa macam nak terkeluar semua organ dalam badan.  Afta Haikal, dah beberapa malam kau masuk dalam mimpi aku. Dah beberapa malam juga aku rasa melayang je. Aku nampak kau. Aku nampak kau senyum. Senyuman tu jugak yang selalu buat aku senyum dulu, buat aku gelak.  Dunia kita dah berbeza. Aku sentiasa doakan untuk kau Afta Haikal. Semoga kau sentiasa tenang di s

Ciri-ciri pakwe sweet masa kini♡♡♡♡

Ciri-ciri Pakwe Sweet Masa Kini ********************************* Kalau pakwe kau orang belanja makan tempat sedap, belanja naik kereta limousin, belikan hadiah mahal masa hari lahir kau orang tu gua rasa tak sweet sangat. Zaman sekarang pakwe mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi sendiri. Kau orang perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan. *** Antaranya; 1. Masa kau orang jumpa dia tak ada dia mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Dia tahu kalau dah pinjam kena bayar. 2. Bercinta tak lama. Sekadar nak berkenalan saja. Ini dah masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan. 3. Tidak merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Buat majlis mengikut kemampuan. 4. Tidak selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar. 5. Tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Bukan kaki