Vroooom to Hatyai -Day 1-

Vrooom vroom vroom.. dah lenguh dah kaki melangkah hari ni. Teet teet teet hp aku berbunyi.

" Hmmm bukan bunyi mesej ni. Orang call pun bukan. Biar jela." Getus aku sendirian, dan kaki aku terus melangkah laju menujuk ke tuk tuk.

Pertama kali aku ikut trip ke Thailand secara rasmi. Kami bertolak malam 27 Ogos. Berkumpul di BTPN.

Jeng jeng jeng..meriah suasana budak2 ni naik bas. Pot pet pot pet.

Melaka ke Thailand ambil masa yang sangat lama. Kami singgah di RnR Gurun. Fuuh dah cantik bhaaiii. Dulu kami pergi tempat duduknye berbumbungkan payung je. Hari ni...kemain lawa lagi. Kat sini kami berhenti untuk sarapan dan solat subuh.

Vroom vrooom perjalanan diteruskan lagi ke changlun.

Puff puff sejam kami menunggu arrivals ticket. Macam macamla jadi.. tiket salah nama la, no passport la. Adeh adeh..

Kami masuk  ke bumi gajah putih ni ikut pintu Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah lancar perjalanan sebab tak ramai orang.

Kami meneruskan perjalanan ke Leather Shop. Menurut tourist guide. Kat kedai ni akan dpt harga diskaun. Tapi aku tengok harganya puff puff puff. Tak murah pun. Aku ngan kak sil beli minyak angin dan cooling powder je kt sini.  Lepas dah beli 2 barang tu, utk pertama kalinya aku rasa makan sarang burung. Kami request yg panas. Sarang burung bersama kacang. Aku tanya, "apa khasiat sarang burung?"
Mereka kata," utk tambah tenaga.."


 Kami teruskan lagi perjalanan kami untuk memburu makanan. Tak terlepas juga dengan students aku tu. Bila anak bujang ber shopping. Perghhhhhhhhh
Selepas shopping, semua dah nampak nasi. Nasi. Huuuuuu lapar gile o0o. Seharian berjalan tak jamah nasi lagi. Utk makan tengahari kami makan di KAK SAH KITCHEN. Boleh tahan makanan kat sini. Boleh tahan sedap.

Selepas makan baru kami check-in. Waktu paling gembira. Waktu utk luruskan pinggang. Yabedaaaa beduuu.

Kalau nak tau?? Thailand, waktu die lambat sejam. Tapi tak jadi masalah pun.

Kami berkumpul balik jam 4.00 ikut waktu thailand. Aktiviti petang ni pula. Kami akan lawat tempat MADU ASLI. Owaaa howaaa. Kami sampai sampai, kami dijemput masuk 1 bilik. Disitu mereka memberikan penerangan khasiat khasiat pelbagai jenis madu dan lebah.

Dah kenyang rasa madu dan muka pun dah manis macam madu. Kami teruskan lagi perjalanan. Kali ni kami ke tempat syurga makanan. Eeah eeeeah apa lagi..kami ke FLOATING MARKET. Kt sini memang unik. Peniaga menjual di atas sampan. Kite akan berjalan di tebing tebing dan beli la makanan yg berkenan di hati.





Kami membeli air di dalam tembikar dfn harga 40 bath. Salad Shrimp papaya 20 Bath. Seaweed 20 Bath. Barbeque chicken 25 Bath, beef barbeque 30 Bath. Jumlah semuanya 155 Bath di kongsi berempat. Memang sedap semua makanan. Well done cook. Serius... sangat sedap. Tak pernah aku rasa makanan sesedap dan sesegar tu.

Selepas kami ke FLOATING MARKET. Kami bergerak utk makan malam. Aku dah rs terlalu kenyang waktu ni. Macam nk pecah dah perut. Kali ni aku jadi veggie. Dah tak larat nk makan nasi.

Haaaa sebelum terlupa. Kalau anda nk ke Thailand. Jangan lupa bawa adapter 2 pin. Semua hotel kt sini ada 2 pin je. Mati la hp tu kalau x di charge. N bawa la iron sendiri d sini. Sebab mereka tak sediakan iron utk setiap bilik. Mereka hanya mengambil upah menggosok baju dan dikenakan bayaran apabila menggosok. Nampak tak???? Disitu mereka menjaga ekonomi mereka.

Perjalanan aku tak berakhir selepas makan malam itu aja. Haaa kami plan nk keluar lagi baik tuk tuk. Lori sederhana yg dah siubahsuai menjadi kenderaan membawa penumpang yg boleh muat sehingga 12 orang. Kos dari Hatyai hotel Sentral ke NIGHT MARKET 20 bath pergi. 20 bath tu untuk harga sorang je.nanti 20 Bath utk harga balik.

Night Market ni memang tempat best untuk shopping. Kena pandai tawar. Ada yang kedekut. Aku belikan T-shirt utk students aku, I Love Hatyai kt NIGHT MARKET NI. utk saiz M aku dapat 120 Bath dan saiz L dapat harga 130 Bath. Ni harga dari 300 Bath, aku tekan harga sampai camtu. Senyum lebar penuh kepuasan dapat harga murah.


Dari NIGHT MARKET nk ke tuktuk kami. Kami kena berjalan kaki. On the way nak ke sana. Kami singgah di 7 eleven yg kami nampak. Jangan ingat 7e sini sama macam Malaysia. Hati-hati nak beli makanan di sini. Tak semuanya halal. Ada maggi perisa pork tau. Aummmm. 

Kat sini air air nya di jual dengan harga 200 Bath, 150 Bath. Agak murah air die. Aku beli 4 jenis air. Sebab air air tu nampak sangat sedap. Menggiurkan tekak aku. 


Dengan pembelian air-air itu. Maka berakhirlah perjalanan untuk hari pertama. Kite jumpa untuk hari esok. 

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir