Posts

Showing posts from 2015

Pomen O.K.U ( part 2)

Siapa kata orang Melaka cakap kasar? Memang agak kasar pun mereka, tapi hakikatnya mereka tak bermaksud untuk menghina. Itulah mereka.  Begitu juga dengan pomen sorang ni. Pertama kali aku masuk untuk program interim, dia telah menguji kesabaran aku. Telingan aku paling pantang dengar perkataan carutan. Kalau dengar, memang berdesing je lepas tu darah pun mula naik ke kepala.  Mulut dia memang tak ada insuran. Suka hati tok nenek dia je nak bercakap. Suka hati mak bapak dia je nak maki orang.  Almaklumlah, aku ni mengajar student Pendidikan Khas, kategori masalah pembelajaran. Kalau dilihat luaran dan zahiriahnya. Mereka kelihatan normal dan tak ada cacat celanya. Tapi cubala test IQ. Memang terpancar kekurangan yang terselindung disebalik kehenseman mereka.  Mengusik pelajar lain memang menjadi hobi dia. Membuat pelajar lain marah memang menjadi tabiat azali yang tak boleh dibendung lagi.  Aku pernah baling buku tepat kena dada dia. Masa tu tahap kesabaran memang da

Pomen O.K.U (part 1)

Image
Sebuah motor drpd rangka. Tayar entah kemana. Ekzos entah kemana. Memang takde rupa dah.  Diambil, dibaiki ini hasilnya. Bukan seorang pakar automotif yg mengambilnya. Bukan seorang yg TINGGI PELAJARAN. Hanya seorg pelajar OKU.  Kerana minat dia terhadap bidang enjin dan teknikal. Macam2 die buat. Paling comel bila die buatkan kereta mainan bermotor untuk adik sepupu die.  Siap offer.. "Kak..motor kat rumah taknak buat cmni? Opss silap. Cikgu." Bila motor ni di "parking" depan rumah. Ramai yg tanya. Motor siapa? Unikkan??? Seorang pelajar OKU boleh menghasilkan sebuah RANGKA menjadi SEBUAH MOTOR.. -------bersambung --------

kejohanan balapan & padang kebangsaan 2015

Image
Hari ini..22 Mei 2015 Jumaat. Masa meregangkan urat urat yang sangat tegang. Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas baru je habis semalam. Bermula 17 mei hari tu check in hotel Hingga semalam kami semua check out. Baru hari ni terasa penat melampau. Memang giler tak boleh buka mata. Walau bagaimanapun kami semua selaku coach sangat berpuas hati ngan pencapaian atlet kami. Pingat bukan ukuran. Semangat juang kamu yg cikgu sangat harapkan. Kamu dah pecah rekod kamu sendiri dah terbaik bagi cikgu. Cikgu yang lihat sepanjang kamu latihan. Cikgu yang ukur jarak setiap lompatan kamu. Kamu dah buat sehabis baik walaupun kamu tak perolehi emas. PERAK dah cukup bagi cikgu. Kamu semua dah buat yang terbaik. Kalau coach kamu marah tu bermakna mereka sangat sayang kan kamu. Mereka nak yang terbaik buat kamu. Cikgu pun sayangkan kamu semua. Cikgu akan rindu kamu semua yg nakal nakal ni. Ini adalah keputusan keseluruhan. Walaupun hanya dua emas. Tapi emas yg sangat

Hanya Satu

Tiada yang sama. Tiada yang serupa. Satu dalam sejuta. Belum pernah kutemui persis kau.  Apabila aku sedih. Dia menghiburkan. Apabila aku buntu dia  mencari jalan penyelesaian. Apabila aku sendiri, dia menjadi teman setia. Menjadi pendengar setiap butir yg ku ucapkan, yg ku luahkan. Dia tak pernah minta apa-apa. Dia memberi terlalu banyak kepadaku. Masanya, telinganya , pendapatnya. Tak terbalas setiap pemberiannya. Hanya dengan pemberian kecil sahaja yg mampu aku berikan kepadanya.  Apa yg aku boleh katakan, dia boleh baca perasaan aku. Apabila aku ketawa ketawa dan ketawa di hadapan dia. Dia hanya pandang tepat mata aku dan berkata. " Apa yang kau cuba sorok daripada aku sebenarnya Sha?" Sambil  dia memandang tepat mata aku. "Tak ada apa apa. Aku nk sorok apa pula?" Aku bertanya pada dia.  Dia selalu berkata. Aku tak pandai nak tipu. Aku ketawa, aku gelak. Sebenarnya, aku cuba nak sorokkan  sesuatu daripada pandangan org lain. Hakikatnya

Carilah Lelaki yg Mampu jadi imam

" Abang..hari tu ingat period dh habis. Ayang dh mandi, dh solat.Tapi hari ni keluar balik. Kiranya period balik ke bang?" "Maybe kot. Try search google.." " Saya dah search. Tapi macam tak paham sangatlah bang. Ermmm Kak Ina ckp dekat masjid belah malam ada kuliah muslimat. Ada ustazah ajar dan bagi penerangan tentang masalah agama. " "Buat apa? Cari je kat youtube. Berlambak kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk. Mana sempat nak hantar, nak ambil awak kat masjid." Si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan. Isu yg sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. ********************************** Asalnya kepada seorang wanita itu adalah pengikut. Ertinya dia berhajat mempunyai seorang pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya, dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai IMAM. Apa peranan IMAM dalam solat? Guide makmum kan? Ap

Ibrah dari sebuah ujian

"Dunia penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." ( Hadis Riwayat Muslim) Kehidupan, kita takkan dapat lari drpd ujian. Hidup penuh ujian lebih2 lagi kita yg berada di zaman fitnah yg sangat dasyat. Teringat satu pesanan dr Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. " Allah memberi peringatan kpd hambaNya dengan ujian kecil spt membaling batu batu kecil. Biar rasa sakit sikit utk menguji sama ada hambaNya mengingatiNya dan berusaha memperbaikinya. Tapi jika hamba msih lalai dalam meñgingatiNya. Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok. Sbg panggilan utk menguji tahap keimanan kita." Mungkin ayat yg ditutur beliau lebih teratur  tapi  lebih kurang begitulah psananya. Hakikatnya..kita tak boleh lari drpd ujian. Hidup ini utk diuji.  Siapalah kita nak menolak ujian yg diberikan? Siapalah kita?? Tidakkah kita sedar kita hambaNya. Hidupnya kita ini atas belas ehsanNya shj.

aku....

Image

Alien again!!!

Image
Kannnnnnnn... Jadi lagi...macam mane ni? Bangun bangun daripada tidur. Rasa mata sepet je semacam. Baru badan nak rasa lega sikit. Alih alih mata pulak bengkak cam alien.. Allergic apa pulak kali ni... yg lepas painkiller. Selepas mandi terus pergi klinik tadi balik. Jumpa doc. Pot pet pot pet doc ni. Ok doc locumn...hmmmmm. Mengeluh panjang aku jadinye. Aku tak berapa berminat sgt nak jumpa doc locumn ni. Bukan nak prejudis. Tapi memang tak berapa minat. Doc pun check ubat ubat yg aku pernah ambil. Blaa blaa blaaa blaaa... " Painkiller yg ni takde masalah. Awak pernah ambil yg jenis ni. Painkiller yg lagi satu ni. Baru hari ni dalam rekod. 1 more ubat saraf ni pun awak tak pernah ambil sebelum ni. So, ubat ni awak nak return kt klinik ni balik or u nak simpan?" Doc tanya kat aku " Better saya return. Saya simpan pun tak boleh makan. Tak guna jugak simpan." Sambil dalam kepala otak aku rewind balik. painkiller apa yg aku pernah allergic sebelum

Tersungkur akhirnya

Image
Takpe sikit je. Boleh tahan lagi. Amekaw!!!! Boleh tahan...boleh tahan. Lastly cramp half body. Kena jumpa doc juga akhirnya...ingatkan org besi. Tak payah jumpa doc dah. Tak payah makan ubat. Benda yg paling tak suka ditelan. Ubat  jawab nye. Tengok ubat pening satu badan.  Gagah gagahkan tapi akhirnya tersungkur jua. Terpaksa akur... bila kaki dan tangan semakin sejuk. Kelam kabut Semua bila tengok muka dah pucat.  Aku pulak dah nampak kipas tu makin lama makin dekat. Macam nak jatuh atas aku je... Selamat menjamu selera bersama painkillers. Kemain  kuat dosage die... Sabar....sabar...sabar...

Miss him

Aku rindukan dia. Aku rindukan dia. Dia adalah kawan aku, teman dan sahabat. Kami berkenalan secara tak sengaja. Aku tak pernah perasan kehadiran dia. Rupanya dialah yg selalu tolong aku ketika aku terjingkit-jingkit nak ambil buku di rak yg tinggi. Itulah masalah aku. Masalah ingat muka org. Lagi-lagi kalau org tu hadir dan berlalu macam tu sahaja. Memang aku takkan cam. Salam perkenalan dihulur apabila die meminjamkan  aku sebuah buku " La Tahzan". Kat dalam buku tu ada sehelai nota biru yg berbunyi. " Air matamu itu sangat berharga. Jangan bazirkan utk org yg tak menghargaimu". "La Tahzan. Mungkin buku ini dapat mengubati hatimu.  Andainye kau perlukan telinga untuk mendengar. Aku boleh menjadi pendengar untukmu. Ni nombor aku 019- 41*****." Aku pun tak perasan bila die meletakkan buku tu dihadapan aku. Mungkin sewaktu satu suara memberikan salam kepadaku. Buku yg menarik dipinjamkan kpd ku. Betul kata die. Mungkin buku ni dapat

sleep tight, sweet dream

Sleep tight? Sweet dream? Apa yg kau cakap ni cah? apa yg aku buat ni? Begitu laju jariku menaip perkataan perkataan itu. Setelah selesai dan tekan butang "send". Baru aku tersedar. Aku tak pernah wish camtu pada kawan kawan. Apa yang aku buat ni? Rasa bersalah taip cmtu. Lebih baik aku pergi sebelum harapan semakin tinggi. Aku tak patut buat begitu. Maaf.

tak ada perasaankah aku???

Tak de perasaankah aku? mungkin juga, tetapi mungkin juga salah kenyataan itu.  Perlukah aku tunjukkan perasaan aku kpd semua orang?  Aku bukan seperti itu. Mudah-mudah untuk bagi apa sahaja.  Mungkin lebih baik takde perasaan daripada ada, kemudian aku akan sedih dan menangis lagi.  Untuk apa semua itu. Aku kenal dengan ramai lelaki. Lelaki ramai yg bermanis kata untuk menambat hati. Lembut gigi dari gusi.  Jika untuk mencari BUAYAfren mungkin aku dah ketemu. Bukan susah, ramai je yg sggup.  Kalau untuk mencari teman hidup n temanku d dunia n kehidupan akhirat kelak. Masih adakah?  Setiap perjalanan telah tertulis. Aku akan ikut sahaja seperti yg telah direncanakan. 

youth ace 2015

Image
Love to learn.. love to hear. In Shaa Allah my next talk i will attend. Dah macam addicted plk, dari zaman study sampai dah usia cmni. Suka sangat attend2 cmni. Entahla..apa yg aku tau, aku suka. Mak n ayah pun tak kisah. Sebab mereka tau anak nye camne. In Shaa Allah setakat ni masih seperti ini. Seseorang pernah kata aku kolot n close minded. Ok tak mengapa la. Up to you to say i like that. Aku tak kisah. Kalau seseorang itu dikatakan moden denga  baju2 yg up to date. Fesyen2 trendy. Aku berfesyen ikut kemampuan aku. Masih cantik dan pastinya comel. Hakhakhak. Kalau seseorang Itu dikatakan kolot kerana berjalan kaku n kayu dengan BUAYA FREN mereka. Tak seperti pasangan bercinta lain yg berjalan beriringan berpegangan tangan dan berpeluk pinggang. Aku lebih rela digelar kolot begitu. Aku punya RAMAI kawan perempuan dan juga LELAKI tetapi aku tau bagaimana utk berkawan. Mudah-mudahan kali ni diberi kesempatan nk berjumpa dengan authors yg aku sayang. Ustazah Fatimah

my hello kitty

Image
pinnn!!! Pinnnn! Abg poslaju sampai depan pagar minta autograf sebelum ambil barang. "Siti Aishah?" Abg poslaju bertanya "Ye saya" aku jawab sambil tersenyum. Lepas je autograf palstik poslaju bertukar tangan. "Wow... dr orang yg aku sayang" aku berkata dlm hati sambil tersenyum. Pertama kali aku meminta Untuk dibelikan sesuatu. permintaan ku. " Saya nak naik sekolah...nak mnta pencil case bleh? Pencil case yg comel." Serius memang comel bagiku dengan adanye mini hello kitty. Maybe bagi anda itu biasa2 saja. Alaa pencil case je pun.  Nak gembira sangat macam dapat emas. Setiap orang berbeza. ☺ inilah pertama kali aku minta sesuatu drpd org yg aku sayang..niat bermain main tapi sebenarnye memang mengharap nak.  pink!!!!! My favourite. Thank you so much for the gift. Dah berapa lama dah guna pencil case ni. Dah lebih setahun pencil case ni menemaniku.  Hanya mampu mengukir senyuman dalam setiap hari-hariku. Setiap yg dah

Taman Seribu Bunga

Masih segar dalam ingatan. Pertama kali kaki aku menjejakkan kaki ini di taman ini, Taman Seribu Bunga. Taman yg meninggalkan seribu kenangan.  Masih segar, bagaimana kami mencari taman ini..walaupun aku org melaka,tapi aku tak begitu mahir kawasan2 disini.  Apabila ku melihat pokok itu..laju je airmata ni mengalir. Di pokok nilah kami buat prewedding photoshoot. Di rumah tradisional itu. Kau mengusik aku semasa bergambar.  Di pokok buluh itu..kita masing2 terpaku memandang sesama sendiri tanpa berkata apa2 beberapa minit. Aku menikmati pandangan mata org yg aku sayang. Akhirnya masing2 terkejut apabila ada ranting jatuh. Kita tergelak gelak bersama.  Indah..sangat indah. Semua itu hanya kenangan indah dalam hidupku. Aku hanya mampu tersenyum dalam kenangan dan mimpiku.

angan-anganku

Tidak ada yang sempurna melainkan yang Maha Esa. Aku hamba yg terlalu kerdil untuk meminta yg sempurna. Cukuplah jika aku dapat pelengkap diriku. Setiap orang punya angan-angan. Aku juga punya angan-anganku sendiri. Aku yg memang banyak terp3ngaruh ngan novel2 picisan. Angan-anganku terlalu tinggi. Aku memang suka berangan dari bangku sekolah lagi. Aku berangan nak yg begini dan begitu. Lagi-lagi soal kahwin. Aku tak pernah mahukanyg grand. aku angankan suatu majlis yg boleh membuatkan keluarga aku tersenyum bahagia. Masa sekolah aku suka berangan. Camne ye suami aku nanti. Aku teringin la nak solat sama-sama yg lepas nikah tu. Sebab sekali je kan nak buat. Tercapai tak? Lepas tu aku mesti gelak sorang-sorang. Tapi angan-anganku itu masih tetap dihati. Kalau boleh nak buat sama2 nanti. Waaa dah nak waktu maghrib dah. Ok la. Berhenti di sini dahulu

hmmmm

Aku pernah terima seseorang sebab aku taknak hampakan hatinye.. Aku tak pernah menetapkan apa2 syarat ketika menerima...aku terima sahaja walaupun kekurangan itu berat untuk diterima. Cukupla dengan apa yang terjadi. Cukupla hanya sekali dalam hidup. Bila kite terlalu sayangkan seseorang. Akhirnye org yang kite sayang itu pergi meninggalkan kite. Kali ini, andainye aku suka..aku syg kn seseorang biarla aku sdiri je tau. Biarla hati aku saje yg tau.