Miss him

Aku rindukan dia. Aku rindukan dia.

Dia adalah kawan aku, teman dan sahabat.

Kami berkenalan secara tak sengaja. Aku tak pernah perasan kehadiran dia. Rupanya dialah yg selalu tolong aku ketika aku terjingkit-jingkit nak ambil buku di rak yg tinggi.

Itulah masalah aku. Masalah ingat muka org. Lagi-lagi kalau org tu hadir dan berlalu macam tu sahaja. Memang aku takkan cam.

Salam perkenalan dihulur apabila die meminjamkan  aku sebuah buku " La Tahzan". Kat dalam buku tu ada sehelai nota biru yg berbunyi.

" Air matamu itu sangat berharga. Jangan bazirkan utk org yg tak menghargaimu".

"La Tahzan. Mungkin buku ini dapat mengubati hatimu.  Andainye kau perlukan telinga untuk mendengar. Aku boleh menjadi pendengar untukmu. Ni nombor aku 019- 41*****."

Aku pun tak perasan bila die meletakkan buku tu dihadapan aku. Mungkin sewaktu satu suara memberikan salam kepadaku.

Buku yg menarik dipinjamkan kpd ku. Betul kata die. Mungkin buku ni dapat membantuku. Mungkin dapat mengubati hatiku.

3 hari aku pinjam buku tu. Selepas dah habis aku pun pulangkan kpdnye. Die ni memang penunggu library agaknye. Aku minta die tunggu kat tasik biawak tu. Die kate untuk cuti ni seharian die ada kat Hamzah Sendut I. Sendut I pun Sendut I la labu. Tak baik pinjam barang org lama2.

Pertama kali aku tengok muka die secara tepat. Muka seorg lelaki yg aku tak pernah kenal. Aku tak pernah peduli. Alih-alih die boleh pinjamkan aku buku.

"Terima kasih pinjamkan buku ni. Boleh tahan best gak isi die". Aku mulakan kata-kata.

"Kalau best simpan la buku ni. Boleh baca lagi." Dia membalasnya.

Berkerut-kerut aku pandang die.

"Buku ni nampak cam baru je lagi. Pandai ye jaga buku." Aku cuba mulakan kata-kata untuk hilangkan kekeliruan aku.

"Memang baru pun. Aku baru baca 5 muka surat. Hmmm bolehkan guna aku hang ni?"

" Boleh je. No problem. Tapi nape kau bagi pinjam kat aku buku tu? Kau tak takut ke kalau aku amik terus buku ni? 1 more thing. Camne ko tau aku tengah nanges waktu tu? " Bertubi-tubi soalan aku tanya kat die.

Sambil senyum die menjawab.

" Aku dah lama perhatikan kau. Kau ingat tak masa kau menjerit kat library tu sebab kerusi yg kau panjat tu bergerak. Terkejut aku dibuatnye. Kemain kuat lagi kau jerit. Sampai librarian tu datang. Kau dengan muka merah padam terus minta maaf kt abg tu. Pasal yang kau menangis tu memang aku perhatikan kau. Kau nampak kau kusut semacam. Aku follow. Lepastu kau pergi bahagian tak ramai orang. Aku suspicious. Taknak apa-apa jadi kat kau. pastu aku dengar kau teresak esak. Confirm la kau tengah nangis. Takkan kau gembira"

"Kau ada ke kat situ? Tak nampak kau pun?" Aku bertanya kpd nye.

" Kau mane nak perasan org keliling kau. Kau ingat tak. Masa kau tunjit-tunjit kaki nak ambil buku. Aku tolong ambilkan buku utk kau? Kau mesti tak ingat kan. ? Lepas tu kau ada tercicir buku kat library. Kau cari-cari buku tu. Aku hulur kat kau. Kau perasan aku tak?" Beria -ia die bercerita.

Terkebil -kebil aku memandang die dan berkata. "Aku ingat. Memang ada sorg lelaki tolong ambilkan aku buku,sebab aku tak sampai. Aku ingat, ada org yg pass buku aku yg tercicir tu. Kau org yg same ke?macam lain je rupa."

"Aku org yg same la. Kau kenal aku tak? " Die bertanya.

" Hmm tak." Jawab aku pendek sambil gelengkan kepala.

" Nama aku Muhammad Afta Haikal B Abd Aziz. Kau, Siti Aishah Ismail kan?" Die memperkenalkan diri.

"Cop!!! Cmne kau boleh tau nama aku?" Aku bertanya dengan muka confuse.

Di library tu. Perpustakaan Hamzah Sendut I. Aku mula mengenali sahabatku ini. Umurnye 2 tahun lebih tua dari aku. Seorang yg sederhana.

Kami berkawan. Bertukar pendapat. Apa yg aku tahu die sangat menjaga pergaulan.

Die pernah cakap pada aku." Sha, kau suka belajarkan? Pergila belajar selagi kau mampu. Jangan berhenti belajar."

Die yg mengajak aku pergi kelas tafsir Dr. Danial dekat surau Minden tu. Aku pernah bertanya satu soalan kpd die.

" Aku pergi dgn kau sekali boleh? "

"Boleh, kalau kau lelaki. Tak pun klu kau dh jadi wife aku, boleh la naik motor sekali. Kau ajak kwn2 kau naik student cab sha." Sambil tersengih-sengih die berkata.

Kelu aku dengar apa yg sahabat aku ni ckp. " Yela, nanti aku ajak najah pergi."

Aku suka berkawan dengan die. Seorang yg sangat sederhana. Die ada ramai peminat tapi yg aku tau sampai sekarang die tak pernah ada awek.

Bila aku tanya pasal awek-awek ni. Dia akan jawab. " Aku memang suka kat seseorang. Bukan suka sahaja tapi aku dah sygkannya. Tapi aku taknak bile aku luahkan nanti aku hilang persahabatan dengan die. Lebih baik aku simpan dulu. Aku taknak couple. Aku nak kahwin terus dengan die."

Aku minta la die tunjuk siapa awek yg bertuah tu. yela, dalam ramai2 yg minat kat sahabat aku ni. Dia seorang yang dah ambil hati lelaki ni. Lama juga aku tunggu. Siapa la gadis yg bertuah tu.

Afta Haikal. Aku tak pernah dengar die mengeluh kesedihan. Die selalu bagi semangat kpdku.

Atok die pernah ceritakan padaku. Waktu itu Afta sewa kereta untuk bawa aku balik ke kampungnya. Itulah kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ku disana. Atok bercerita die seorang cucu yg baik. Seorang anak yg baik. Die seorang yg sangat sangat kuat.

Dia teman aku. Pendengar utk aku. Bermula dgn krisis aku dan bf aku hingga aku putus dgn bf aku. Setiap cerita die dengar dan simpan. Setiap nasihat die xde yg Buyes. Dia minta aku mengalah ngn bf aku. Cuba mcm ni dan macam ni.

Afta pernah beritahu aku. Gerak hati aku kuat. Tak semua orang ada kelebihan tu. 

Sahabatku ini kehilangan insan yg die sayang waktu tu die berada pada sem pertama pengajian. Atoknya cerita, waktu tu memang semangatnya hilang untuk belajar lagi. Abg Farith yg pujuk dan bagi semangat kt die. Impian ibu da abah nya nak tengok Afta dapat degree.

Kemudian abg Farith pun pergi menemui Illahi. Semua insan yg die sayang pergi menemui penciptanya.

Waktu tu aku turut menangis mendengar atok bercerita. Aku tak pasti waktu tu Afta kemana. Memang besar dugaan die. Dugaan aku ni sikit je. Aku hanya putus cinta. Tetapi die? Die kehilangan semua insan yg die sayang.

Aku kagum dgn sahabatku ini. Aku bertuah kerna punya sahabat sepertinya.

Dia selalu berpesan kat aku. Jangan jadi buta kerana CINTA. Nanti hati kite akan gelap.

Die juga pernah berkata. Kau ni baik sebenarnye. Cuma kau tak cukup kuat untuk terus melakukan kebaikan. Kau beruntung sekarang ni. Allah bagi kau kawan-kawan yg baik. Jadi kau tak perlu malu utk terus berbuat baik.

Memang betul. sepanjang aku belajar di USM ni. Kawan-kawan aku semuanya sangat baik. Menutup aurat dengan sepenuhnya. Tidak on off. Aku yg selalu on off. Seluar pendek menjadi kebiasaan aku. Bawa motor keliling taman dengan seluar pendek. Seolah-olah bangga menayangkan paha dan lutut aku ni.

Ayah pernah tegur tapi aku yg degil.

Aku pernah bercerita kpd Afta aku ni mcm mane org nye. Aku bukanlah perempuan yg terlalu baik. Afta selalu berpesan. Sementara org tua kau masih hidup. Gembirakan hati mereka sha. Mereka tegur kau suruh kau menutup aurat. Sebab mereka sygkan kau. Sementara mereka masih hidup mereka boleh tegur kau. Kalau mereka dah tiada? Siapa nak tegur kau lagi. Aku boleh tegur kau selagi aku menjadi sahabat kau.

Menangis aku mendengar kata-kata Afta. Aku tak dapat bayangkan andainye mak dan ayahku tiada lagi.


Tak lama je lagi sahabat aku ni nak habis study. Masa die konvo Aku bagi die coklat. Aku hias cantik2 dalam bakul. Aku tengok muka sahabatku ini. Die sangat gembira. Aku duduk bersama atok die. Gagah atok die datang untuk meraikan cucunya.

Sehari selepas majlis konvo tu. Aku keluar makan dgn die. Afta bertanya kepada aku.

" Sebelum ni kau pernah tanya. Siapa Awek yg aku suka tu. Kalau aku beritahu pun. Aku belum mampu lagi. Ekonomi aku tak stabil lagi. Ilmu aku pun belum cukup lagi untuk aku bimbing die. Kalau kau Sha. Sahabat kau beritahu yg die suka dan sayangkan kau lebih drpd sahabat. Kau akan putuskan persahabatan kau dengan die?" Afta bertanga kpdku.

Sambil menggelengkan kepala aku berkata. " Takkan nak putuskan sahabat semudah tu." 

Afta menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku menunggu patah kata yg hendak dikatakan.

" Sebenarnya awek yg aku pernah kate kt kau tu. Kau Sha. Aku suka kan kau. Aku sayangkan kau. Aku tau, aku belum mampu sekarang ni."

Aku rasakan tebal sangat muka aku masa tu. Aku tak mampu kata apa-apa.

"Aku dah anggap kau macam abg aku sendiri. Yg selalu bagi nasihat kat aku. Afta, tak perlu lah cakap pasal ni. Lagipun aku tak bersedia nak serius." 

Sejak itu. Sahabat ku itu tak pernah cakap lagi apa2 tentang hal ini. 

Selepas itu, kami tak berjumpa lagi. Kami hanya berhubung melalui FB. Aku pun dah tukar nombor dan tak pernah beritahunye yg aku dh tukar nombor. 

Sangat kerdil diri aku ni jika nak dibandingkan dengan die. Dia terlalu baik. 

Dia pernah berpesan pada aku. Waktu ni die belum meluahkan apa-apa kepada aku. 

" Kalau kau nak tahu lelaki tu memang syg kan kau atau tak. Lelaki tu rasa takut bila kehilangan kau. Dia cuba sedaya upaya dia untuk ambil hati kau dan jaga hati kau. Dia akan ambil berat pasal kau. 1 lagi, dia akan sabar walau bagaimanapun  sikap kau. Sebab apa? Sebab die memang sygkan kau. TETAPI jika lelaki tu tak kisah  kau pergi dari dia. Biarkan kau terus pergi. Bermakna dia tak bersungguh sayangkan kau. " 

Beberapa tahun dia bekerja di Malaysia. Kemudian, die bekerja di Ohio US. Fuuuuhh dasat sahabat aku ni. Sepanjang die berada di sana. Die tak pernah balik ke Malaysia. Dia sendirian sahaja di dunia ni. Atok dah pergi meninggalkannya menemui Penciptanya. Waktu itu Afta bekerja di Sarawak. Aku pun tak tau Atok dah meninggal. Dah seminggu Atok pergi baru die beritahu.

 Dia pernah cakap nak balik jumpa aku. Dia kata kat Malaysia ni hanya ada sahabat-sahabat die je. Tapi yang lepas dia balik juga ke Malaysia. Tapi die tak datang jumpa aku. Tergesa-gesa die balik semula ke sana. Tak mengapalah. Takde rezeki nak jumpa.

Pada suatu hari die messenger aku. Die beritahu die nak beRkahwin. Gembira gila aku dengar berita die nak kahwin. Aku ucapkan tahniah dan syukur. Akhirnya die dah bertemu dengan bidadarinya. 

Cantik memang sangat cantik. Isterinya bukan orang Malaysia. Orang Bosnia yg belajar di sana. Tak kisahlah dari mana isteri dia berasal. Yang pasti nya aku gembira bila tengok sahabatku gembira. 

Kadang-kadang kami buat video cam. Isteri die ada kat sebelah die. Isteri die dah la cantik, baik pula. Memang secocok mereka berdua. Nama isterinya panjang. Aku panggil Shaqila je. 

Ada suatu waktu aku teringatkan sahabatku ini. Aku rasa seperti ada sesuatu tak kena pada die. Aku PM di messenger. Tak ada baLasan. Dua hari selepas tu. Aku dapat balasan drpd Messenger Afta. Tapi bukan Afta yg membalasnya malah Shaqila. Shaqila beritahu Afta sakit. 

Sedihnya aku rasa waktu tu. Tiba-tiba Shaqila membuat satu permintaan. Dia minta untuk aku berkahwin dengan Afta. Dia kate, Afta akan lebih gembira dengan kehadiran aku. 

Mana mungkin aku buat camni. Aku bukan perempuan seperti itu. Tak mungkin aku  ambil suami orang. 

Shaqila terangkan semuanya daripada A to Z. Sebelum mereka berkahwin Afta dah ceritakan die punya sahabat perempuan iaitu aku. Mereka berkahwin sebab Afta nak bantu die. Sebab tu mereka berkahwin. 

Shaqila kate. Afta sygkan aku. Cuma die tak sanggup paksa aku utk terima die. kalau aku ni memang jodohnya pasti bertemu. Shaqila sampaikan kpdku, Afta berkata kpdnya. Menjadi satu anugerah. Aku masih terima die sebagai sahabat dan masih berhubung. 

Kau sungguh baik Afta. Kau kata, isteri kau pelajar di sana. Kau memang seorang pelindung. Kau sangat menjaga kehormatan seseorang. 

Shaqila memang sangat bertuah mendapat suami sebaik kau Afta.

Bagaimana untuk aku terima sahabatku ini. Dia terlalu baik dan terlalu sempurna di mata aku. Dia tak punya harta yang banyaK. Tapi dia punya HATI dan JIWA yg besar. Aku tak pernah jumpa lagi dengan mana-mana lelaki yg sebaik dia. 

Dia adalah sahabatku. Aku harap aku dapat bertemu dgn sahabatku ini diakhirat nanti. 

Ada pepatah yang mengatakan. Orang baik selalunye umur tak panjanG. 

Allah memetik bunga-bunga yg cantik utk dihias ditaman-tamannya. 

Aku rasa aku rindukan kau wahai sahabat. Semoga kau tenang disana sahabatku Muhammad Afta Haikal. 

Miss Him... 






Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir