Posts

Showing posts from October, 2010

Kasih Sayang Seorang Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya 3 tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, aku telah mengambil 50 sen daripada poket seluar ayah untuk membeli sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu. Petang itu, pulang saja kami dari sekolah- ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. " Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. 
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kami berdua hanya membisu,tunduk sepi memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan demi hayunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersua…

LELAKI ITU DAN KISAHKU

Lelaki itu, Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya Tidak ku tahu mengapa ku rindu padanya Dan juga tidak ku tahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukai ku Bukan sekali Mungkin berkali-kali dia membuangku Membuang dan menolakku bagai bola
Tuhan, adakah aku satu permainan? Tidak, ku tahu aku punya nyawa Aku tahu aku punya perasaan Aku tahu aku punya hati Aku tahu aku punya harga diri Dan juga aku tahu apa erti sebuah kehidupan
Hidup ini, tidak perlu mempermainkan Hidup ini, tidak perlu menyakitkan insan yg kamu mahu jaga Kerana aku, Tetap tegar berpegang pada janji itu Janji yg disemat pada pertama kali ku mengenalimu Janji yg mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku Janji yg tetap ku berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu
Mengapa? Aku tidak tahu juga Tapi satu yg aku tahu Aku sayang kamu Aku sayang kamu Amat menyayangi dirimu Andai kata aku bukan untukmu..aku tetap mahu menjagamu dengan baik
Kerana aku sayang kamu