Posts

Showing posts from February, 2011

HADIS RASULLAH SAW

Image
KISAH SULTAN AL-FATEH HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-

Kisah sultan Al- Fateh

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah. Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk

waSiat Al-Fateh

Wasiat Sultan Al Fateh ‘Ayahanda bakal mengahadap Allah SWT. Sedikitpun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi, sudah ada penggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam kerana itu adalah kewajipan raja2 Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan yang lain. Janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang sering melakukan dosa besar dalam jawatan penting. Hindari bid’ah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam. Ayahanda berwasiat k

Saudara

Saudara! Kau merdeka di alam baru, Saudara! kau merdeka dari belenggu itu, Kalau betul kau berpegang pada tuhanmu, Apa helah makhluk tidak berbekas kepadamu. Saudara! Kau musnah tentera zalim tak menentu, akan muncul alam ini satu fajar baru, Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu, Lihat, nun fajar baru menari-nari menujumu, Saudara!Darah badanku membeku mati, Tidak mengalir kerana ikatan abadi, Bertatah mendali di syurga abadi. Saudara! Kau tangisi atas pemergian saya, Tersiram khusyu di kuburan saya, Mereka nyalakan lilin dari reputan saya, Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya, Saudara! Jika ku tidur jumpa kekasih, Raudhah tuhanku telah tersedia dan isih, Burung-burungnya berkepak silih, Berada nian berada ditaman firdaus, Saudara! ikutilah jejakku ini, Puak demi puak angkatan baru susuli, Meskipun aku mati tapi masih suci, Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi, Ku membela nama tuhan dan agama, Entah dari kemenangan di merata dunia, Entah untuk mendapat balasan dan anbia