Posts

Showing posts from January, 2013

Pantun Malam harii....

Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba turutkan, Hilang emak hilang saudara, Kerana kasih hamba turutkan. Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya, Tembaga buruk di mata orang, Awak berkarang di hati saya. Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan, Kalau sungguh bagai di kata, Badan nyawa saya serahkan. Bunga Melati terapung-apung, Bunga rampai di dalam kelapa, Rindu di hati tidak tertanggung, Bila kita boleh berjumpa?

Wanitaku Sayang

Wanitaku sayang, jangan sesekali berasa lemah, Penceraianmu terkandung hikmah, Ia bukan tanda kau bersalah, Mehnah hidup perlukan muhasabah. Wanitaku sayang, Penceraian bukan selamanya keburukan, Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan, Allah adil memberikan penyelesaian, Teguklah ubatmu dengan ketabahan. Wanitaku sayang. Kajilah tokoh-tokoh wanita, Menjadi inspirasi tika kau berduka, Tiada hidup tanpa derita, Semuanya akan berbuah bahagia. Wanitaku sayang, Si solehah Atikah pernah berpisah, Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah, Begitu juga puteri Umar, Hafsah, Pernah diceraikan Rasulullah. Wanitaku sayang, Meskipun mereka insan ternama, Namun penceraian tetap menerpa, itu tanda engkau dan suamimu tidak hina, masing-masing ada sebabnya. Wanitaku sayang, Sebelum menjadi kesayangan Nabi, Khadijah pernah diceraikan suami, Sebelum menjadi kesayangan Uthman, Ruqayyah dan Kalthum pernah ditinggalkan. Wanitaku sayang,

Rindu nye

Image
Jadual harian memang tak busy. Maklumlah dah jadi penanam anggur terhormat banyak sangat masa terluang. Boleh jalan-jalan..cuci mata.. yippiie Setiap kali keluar jalan-jalan kalau nampak je kedai buku mesti ringan je kaki ni nak singgah. Kadang-kadang aku tak beli apa-apa buku kat kedai tu pun. Kemain bercinta duduk dalam tu macam beli buku. Hari ni aku keluar menguruskan urusan yang masih belum selesai. Lepas tu singgah ke popular. Niat di hati nak carik file clear holder tu. Kalau boleh nak carik yang ada 100 poket punye. Cari file je pun duduk dalam popular tu sejam lebih. Mana tak nye...dah cari-cari file, tak jumpa pun yang ada 100 poket. Paling banyak 60 poket je tapi harganya Masyaallah mahal...RM 19.50. Fail je kot mahal macam tu. Bile tak jumpa file, dengan muka tak malu terus je pergi kat rak-rak buku kat depan tu. Capai 1 buku then baca. Mula-mula baca sinopsis, pastu belek-belek bab by bab. Bile rasa ada yg menarik berhenti kejap kat bab tu baca ngan teliti sambil seny

bahagiakah Aku???

Bahagiakah aku pada saat ini??    Bahagiakah??? Kebanyakan manusia di atas muka bumi ini selalu dilamun keluh-kesah, kesempitan dan batinnya terseksa. Seolah-olah ada sesuatu yg masih tak lengkap dalam kehidupannya. Hidup bagaikan tiada rasa dan tiada perisa. Hambar dan kosong meskipun kemewahan dan kelazatan dunia mengililingi diri. Semua ini berlaku jika kita tak merasai nikmat iman di dalam hati. Wang!!! Kehidupan sekarang ni, wang, duit memang penting. Islam sememangnya menggalakkan kita mencari rezeki, tetapi kemewahan bukan lah matlamat hakiki. Betapa ramai orang yg mampu membeli rumah yg mewah, namun tak mampu membeli kebahagiaan di dalam nye. Betapa ramai orang yg mampu membeli tilam yg empuk dan mahal, namun tak dapat membeli lena semasa tidur. Ramai orang mampu membeli makanan yg enak, namun tak dapat beli selera semasa makan. Kemewahan harta bukanlah penentu kebahagiaan pada diri kite. Macam mane nak bahagia?? bagaimana?? Ketenangan jiwa menjadikan hidup