bahagiakah Aku???

Bahagiakah aku pada saat ini??    Bahagiakah???

Kebanyakan manusia di atas muka bumi ini selalu dilamun keluh-kesah, kesempitan dan batinnya terseksa. Seolah-olah ada sesuatu yg masih tak lengkap dalam kehidupannya. Hidup bagaikan tiada rasa dan tiada perisa. Hambar dan kosong meskipun kemewahan dan kelazatan dunia mengililingi diri. Semua ini berlaku jika kita tak merasai nikmat iman di dalam hati.

Wang!!!

Kehidupan sekarang ni, wang, duit memang penting.

Islam sememangnya menggalakkan kita mencari rezeki, tetapi kemewahan bukan lah matlamat hakiki.
Betapa ramai orang yg mampu membeli rumah yg mewah, namun tak mampu membeli kebahagiaan di dalam nye. Betapa ramai orang yg mampu membeli tilam yg empuk dan mahal, namun tak dapat membeli lena semasa tidur. Ramai orang mampu membeli makanan yg enak, namun tak dapat beli selera semasa makan. Kemewahan harta bukanlah penentu kebahagiaan pada diri kite.

Macam mane nak bahagia?? bagaimana??

Ketenangan jiwa menjadikan hidup kite bahagia. Ia bagai hembusan dari langit yg diturunkan ke dalam hati orang yg beriman agar jiwa mereka teguh.

Aku terpikir sendiri, generasi Y macam aku ni lebih suka kalau diberikan bukti-bukti saintifik untuk meneguhkan kenyataan. Walaubagai manapun aku sedar, aku beriman ini bukanlah kerana bukti saintifik tapi itu perintah Allah. Bukti saintifik hanye faktor sokongan. Kalau mengaharapkan bukti saintifik sepenuhnya, takut-takut akal manusia terlalu terbatas untuk mencapainya. Takut jadi fahaman lain plak nanti.

Persoalannya....bagaimana utk kite mencapai ketenangan jiwa???

Tak lain dan  tak bukan jawapannye... iman kpd Allah SWT dengan keimanan yg sebenar dan mendalam tanpa ragu-ragu.

Iman...bunyi nye macam biasa-biasa, tapi untuk menjadikan ia amalan yg mendarah daging, amat luar biasa susahnye.

Dengan adanya iman d hati, seseorang tak akan menjadi resah gelisah even die mempunyai 1000 masalah. Segala masalah akan dirasakannya terlalu kecil, kerana hatinye menyimpan suatu nilai yg besar, iaitu mutiara IMAN



Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T