Posts

Showing posts from April, 2011

Tatapan Cinta

Image
Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat anda  ketika saat  dia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali  menatap wajah mereka saat  mereka  sedang tidur. Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun boleh nampak biasa dan jauh berbeza  dia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun kalau dia dah tidur, tak akan nampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh kita pd waktu bayi

Kerana Sahabat ahli syurga enggan masuk syurga

Image
Sahabat.....bila terdengar perkataan sahabat ni, aku teringat sahabat lamaku. Sahabatku ketika kami bersama-sama di sekolah dahulu. Banyak perkara suka dan duka kami lalui bersama-sama. Teringat akan gurau senda kalian ketika di dorm dahulu.  Siapa antara kamu belum ada sahabat???? Kalau kamu masih belum ada sahabat, carilah seorang sahabat yang benar-benar ikhlas berkawan dan bersahabat dengan kita. Tak rugi pun...bila ada sahabat yang baik ni. Waktu senang dan susah kita pun, dia pasti akan menolong. Samalah seperti kisah yang akan aku samapaikan di sini. Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir menghadapNYA. Seorang adalah yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kpd Allah. Tapi kedua-duanya mati dalam keadaan yang beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat ini ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah. "Aku merelakan dia." Kemudian Allah memerint

Malaikat memberi Penghormatan kpd Mu'awiyah

Image
Anas bin Malik R.A berkata, " Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah S.A.W berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasullah dengan Kota Madinah ialah sebuah perjalanan. Maka dalam keadaan matahari yang redup itu, turunlah malaikat Jibrail ke bumi." Apabila melihat kedatangan Jibril, maka Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril, kenapa matahari ini terbit dalam keadaan redup?" Malaikat Jibrail menjawab, " Matahari hari ini nampak sangat redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap para malaikat." Rasulullah terkejut lalu bertanya, "Apa halnya terjadi sedemikian keadaan?" Kata Jibrail, "Ini adalah kerana Mu'awiyah meninggal dunia di Madinah, lalu Allah telah mengutuskan sebanyak 70 000 malaikat supaya membaca selawat untuk Mu'awiyah". Rasulullah yang kehairanan bertanya lagi, " Apakah sebabnya?" Maka Jibrail pun menjawab, ini ada

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Image
When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes. Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why? I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn't love her anymore. I just pitied her! With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten

Kita Nantikan Salahuddin Al-Ayubi

Image
Gaza terkulai luka parah menangis dan merintih dengan darah malam dan siang berganti dadamu disirami peluru-peluru syaitan membunuh dan terus membunuh melapah jasad manusia-manusia dengan lahap jadi cebisan daging-daging hancur Masih ingin lagikah bercerita tentang kemanusiaan bila anak-anak mongel kini hanya jasad kaku bergelimpangan di celah kemusnahan jiwa manusia dan dunia hanya menjadi gunung-gunung bisu konon ini untuk kesejahteraan kaum terhina dalam sejarah dunia darah di Gaza dibiar mengalir percuma tanpa harga Gaza pasti akan ulang bertanya di mana saudara-saudara sebangsa seagama masih nyenyak lena pada tilam empuk sambil memeluk kemewahan dunia yang meruah hingga maruah diri hilang bersama debu-debu di gurun tandus lalu bangsamu jadi bangsa yang dayus tangan diikat, hidung dicucuk kekayaan Gaza akan terus hidup hanya tubuh kami mati hancur dan lerai tapi jiwa kami masih terus subur tersimpan pada dada-dada burung syurga Gaza yang terluka Sabarlah menanti hadirnya

Batu !!

Image
Mereka tidak pernah menyembunyikan tangan-tangan Setiap lontaran diiringi dengan laungan Allahu Akbar! Allahu Akbar! Setiap balingan walaupun tidak sampai namun tetap satu tuju Pada saat ini, Lidah, hati dan setiap anggota mereka adalah peluru Mereka dan batu adalah satu Tangan-tangan yang bukan setakat menadah doa sepanjang hari Ianya perlu disulami dengan usaha untuk pertiwi Walaupun yang termampu hanya mengutip dan melontar batu, mereka rela,sebelum tangan-tangan itu kaku, berdarah dan diselimuti oleh batu-batu serpihan bom syaitan Zionis maka mereka dan batu kembali bersatu Di sini kita juga kaku, membantu atau membatu? nukilan : Mokai

Tejatat Tejasen

Image
Hari ni aku pergi 1 kuliah. Kuliah ni selama 2 jam tapi aku rasa sekejap sangat. Dr Danial yang conduct kuliah ni...Korang kenal tak sape Dr Danial ni? Die seorang penulis buku dan juga seorang Doctor perubatan yg sedang memahami isi kandungan Al-Quran. Dr Danial Pernah tak anda semua dengar nama Prof. Tejatat Tejasen ??? Ok lah hari ni aku nak cerita tentang seorang Professor pakar kulit. Dalam Kuliah kami tadi Dr Danial ada sentuh tentang kisah Professor ni. Prof. Tejatat Tejasen adalah seorang pensyarah anatomi di University of Chiang Mai, Thailand. Specialization adalah kulit manusia. Beliau adalah seorang yang beragama BUddha dan sangat berpegang kepada agamanya. Di sini, marilah kita kongsi bersama-sama kisah Prof. Tejatat. Pada suatu hari beliau menghadiri persidangan Perubatan Dunia yang ke 8 di Riyadh, Arab Saudi. Orang kafir dibenarkan masuk Riyadh tetapi takboleh masuk Tanah Haram, Mekah dan Madinah. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah, ketika Rasulullah menghalau

Men are from Mars and Women are from Venus

Image
Pernah tak anda baca " Men are From Mars and Women are from Venus". Novel ni sangat bagus pada pendapat aku. Aku masih dalam pembacaannya. Tapi kalau kite baca novel ini dan kite fikir kembali. Memang benar apa yang dikatakan oleh penulis. Aku tak nafikannya. Aku dan Dia memang berbeza. Kami memang Kontra...Aku suka outdoor die tak suka. Banyak perkara yang memang kami tak sama dan sering kami terasa hati. Aku banyak menyakitimu tanpa ku sedari. Aku sedar akan kekurangan ku. Aku tak salah kan kamu wahai insan yg ku sayang. Dunia kita memang berbeza. Tapi aku cuba untuk memahami mu. Berikan aku masa untuk aku perbaiki kekurangan ku. Agar aku dpt melengkapi dunia kita. Aku juga amat memerlukan mu dalam melengkapi kekurangan ku. Aku ingin memetik anologi yang menarik berkenaan cinta daripada John Gray yang menceritakan mengenai ketidaksamaan ini. Secara analoginya, lelaki berasal dari planet Marikh, manakala wanita pula berasal dari planet Zuhrah. Sebelum ini mereka hidup da