Tejatat Tejasen

Hari ni aku pergi 1 kuliah. Kuliah ni selama 2 jam tapi aku rasa sekejap sangat. Dr Danial yang conduct kuliah ni...Korang kenal tak sape Dr Danial ni? Die seorang penulis buku dan juga seorang Doctor perubatan yg sedang memahami isi kandungan Al-Quran.


Dr Danial


Pernah tak anda semua dengar nama Prof. Tejatat Tejasen ??? Ok lah hari ni aku nak cerita tentang seorang Professor pakar kulit. Dalam Kuliah kami tadi Dr Danial ada sentuh tentang kisah Professor ni.

Prof. Tejatat Tejasen adalah seorang pensyarah anatomi di University of Chiang Mai, Thailand. Specialization adalah kulit manusia. Beliau adalah seorang yang beragama BUddha dan sangat berpegang kepada agamanya. Di sini, marilah kita kongsi bersama-sama kisah Prof. Tejatat.

Pada suatu hari beliau menghadiri persidangan Perubatan Dunia yang ke 8 di Riyadh, Arab Saudi. Orang kafir dibenarkan masuk Riyadh tetapi takboleh masuk Tanah Haram, Mekah dan Madinah. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah, ketika Rasulullah menghalau orang Yahudi keluar daripada Madinah. Rasulullah bersabda "Tidak akan tinggal di bumi Madinah ini termasuklah Mekah kecuali orang Islam sahaja...".

Okai...kita kembali pada cerita Tejatat..Ooops Prof Tejatat Tejasen. Semasa beliau menghadiri persidangan tersebut. Prof Tejatat telah ditunjukkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabi tentang proses kejadian embriologi. Beliau menerangkan, bahawa dalam KITAB BUDDHA juga ada menyebutkan tentang kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, setelah beliau mengkaji balik semua KITAB BUDDHA, memang xde mengatakan tentang proses kejadian embriologi. Prof Tejatat telah membaca semua artikel Prof Moore, di dalam artikel Prof Moore juga menyatakan pendapat bahawa dalam Al-Quran sangat sinonim dengan Kajian Sains Moden.



Selain itu, Beliau sempat berbual dengan Prof Syeikh Az-Zindi iaitu seorang Pakar kulit Arab Saudi. Berdasarkan perbualan mereka Syeikh Az-zindi telah membacakan ayat 56 Surah An-Nisa. Firman Allah " Sesungguhnya orang-orang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus. Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".

Tahukah anda bahawa dalam kulit kita ada saraf iaitu reseptor kesakitan. Tetapi kita tak kan rasa sakit kalau kulit kita terbakar secara teruk sebab reseptor kesakitan turut musnah pada waktu itu.

menurut Prof Tejatet " Di dalam lapisan kulit kita adanya sel yang mengawal kesakitan. Sel ini juga dapat mengesan deria panas. saraf ini akan menghantar isyarat ke otak. Bila otak reflect dengan msg tersebut, beberapa saat selepas itu kita akan mengangkat tangan daripada api."



Kalau kita tengok orang gila. Kadang-kadang dengan selamba dia akan bakar tangan dia kat api tanpa rasa sakit. Sebab otak dia dah tak berfungsi.

Prof Tejatat memang sangat setuju dengan ayat 56 surah An-Nisa.  Seseorang yang kulitnya terbakar mendalam akan hilang deria sakit dan tak kan rasa sakit lagi. Allah S.W.T tahu akan kejadian ini, dan menjadikan kulit yang baru kepada orang yg kufur agar merasai kesakitan api neraka apabila kulit itu hangus.

Prof. Tejatat berfikir, betul apa yang disampaikan oleh Muhammad iaitu Rasul junjungan kita. Tetapi Muhammad bukan lah saintis. Baginda hanya seorang rasul dan penyampai kebenaran. Tentu ada seseorang yang sangat mengetahui. Jika dilihat dari Al-Quran berusia 1400 teksnya. Ilmu Sains seperti ini tidak diketahui pada zaman itu. Dari mana timbul ilmu tentang kulit? Tidak lain iaitu dari Allah yg mencipta dan dialah mengetahui segalanya.

Dalam persidangan tersebut, Prof Tejatat telah meminta untuk memberi ucapan. Didalam ucapannya, beliau membenarkan segala ayat di dalam Al-Quran. Semua orang tahu bahawa Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan menulis. Ini membuktikan bahawa semua ilmu yang diperolehi adalah daripada Allah S.W.T Kemudia beliau mengumukan pengislamannya di pentas persidangan tersebut. Maka Seorang Pakar Kulit yang sebelum ini berpegang pada agama Buddha telah memeluk Islam.

 


Inilah mukjizat yang diturunkan kepada rasul kita Muhammad iaitu Al-Quran. Mukjizat yang masih dipelihara kehormatan dan kesucian hingga akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T