Posts

Showing posts from May, 2015

kejohanan balapan & padang kebangsaan 2015

Image
Hari ini..22 Mei 2015 Jumaat. Masa meregangkan urat urat yang sangat tegang. Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas baru je habis semalam. Bermula 17 mei hari tu check in hotel Hingga semalam kami semua check out. Baru hari ni terasa penat melampau. Memang giler tak boleh buka mata. Walau bagaimanapun kami semua selaku coach sangat berpuas hati ngan pencapaian atlet kami. Pingat bukan ukuran. Semangat juang kamu yg cikgu sangat harapkan. Kamu dah pecah rekod kamu sendiri dah terbaik bagi cikgu. Cikgu yang lihat sepanjang kamu latihan. Cikgu yang ukur jarak setiap lompatan kamu. Kamu dah buat sehabis baik walaupun kamu tak perolehi emas. PERAK dah cukup bagi cikgu. Kamu semua dah buat yang terbaik. Kalau coach kamu marah tu bermakna mereka sangat sayang kan kamu. Mereka nak yang terbaik buat kamu. Cikgu pun sayangkan kamu semua. Cikgu akan rindu kamu semua yg nakal nakal ni. Ini adalah keputusan keseluruhan. Walaupun hanya dua emas. Tapi emas yg sangat

Hanya Satu

Tiada yang sama. Tiada yang serupa. Satu dalam sejuta. Belum pernah kutemui persis kau.  Apabila aku sedih. Dia menghiburkan. Apabila aku buntu dia  mencari jalan penyelesaian. Apabila aku sendiri, dia menjadi teman setia. Menjadi pendengar setiap butir yg ku ucapkan, yg ku luahkan. Dia tak pernah minta apa-apa. Dia memberi terlalu banyak kepadaku. Masanya, telinganya , pendapatnya. Tak terbalas setiap pemberiannya. Hanya dengan pemberian kecil sahaja yg mampu aku berikan kepadanya.  Apa yg aku boleh katakan, dia boleh baca perasaan aku. Apabila aku ketawa ketawa dan ketawa di hadapan dia. Dia hanya pandang tepat mata aku dan berkata. " Apa yang kau cuba sorok daripada aku sebenarnya Sha?" Sambil  dia memandang tepat mata aku. "Tak ada apa apa. Aku nk sorok apa pula?" Aku bertanya pada dia.  Dia selalu berkata. Aku tak pandai nak tipu. Aku ketawa, aku gelak. Sebenarnya, aku cuba nak sorokkan  sesuatu daripada pandangan org lain. Hakikatnya