Posts

Showing posts from September, 2011

Mana Mak..?????

Image
Inilah mak dan ayah yang amat amat aku sayang. Gambar ni di ambil masa 1st day raya. Selepas bersalam-salam dan kutip duit raya daripada pak ngah dan makcik-makcik yang tercinta. Di sini aku bukan nak cerita tentang mak dan ayah aku. Kat sini, aku nak share satu cerita ngan korang daripada satu cerita yang aku penah baca. Cerita yang berkisah kan tentang pengorbanan seorang wanita yang bernama MAK.............Cerita di sini mungkin ada penambahan mengikut rentak ku sendiri.

Cinta iTu Seperti............

Image
Mencintaimu..aku menyedari cinta itu dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas...sakit menjadi sembuh..penderitaan itu kenikmatan..dan segala yang buruk itu baik.. Kekadang aku menidakkan kebenaran..walaupun  aku telah melihat kebenaran itu. Aku lebih mempercayai kebohongan. Sungguh cinta itu membuatkan aku buta untuk melihatnya dan alpa untuk memahaminya. Dengan mencintaimu..aku sedar bahawa cinta itu membuatkan aku yang sihat ini menjadi sakit....gem0k menjadi kurus....normal menjadi gila. Ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku ke padang pasir, ke laut dan di hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan mati kelemasan serta kekeringan. Ketika aku berduka campakkan lah aku ke gudang roti..pasti aku akan mati kelaparan.. Cintaku padamu tidak bermakna ku tak mencintai tuhan. Namun itulah kelemahan ku. Aku hanya manusia biasa. Segagah gagah aku..kadang kala ku turut lebur kerna cinta mu. Besi akan turut lebur kerna cinta, seorang jahat boleh

Cinta Sehujung Kuku

Image
Pada suatu masa tinggal sepasang suami isteri saling menyayangi.. Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari... Si isteri berkata kepada suaminya, " Bila abang dapat melepasi syarat ini. Saya akan mencintai abang selamanya." Si suami setuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya mempunyai 24 jam untuk hidup, kerana si isteri menghadapi kanser. Keesokan harinya si suami pulang ke rumah... Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan bertulis.. " Kamu berjaya sayang..Boleh kah kamu melakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai mu selamanya." Jangan mencintai seseorang setinggi langit Kerana Langit boleh runtuh Jangan mencintai seseorang sedalam lautan Kerana laut boleh surut..... Jangan mencintai seseorang sebesar dunia Kerana dunia boleh

Titisan Hujan

JIka titisan hujan membasahi jendela, itu tandanya air mataku menitis merinduimu..... Jika ada darah menitis daripada jarimu, itu tandanya sesuatu yang buruk terjadi pada diriku.... Jika kau melihat aku dalam tidurmu, aku ingin mengucapkan selamat malam pada mu.... Jika kau tersedar dari tidurmu terdengar Al-Quran sayup-sayup di subuh hari, itu tanda aku telah pergi sebelum mu.... Jika kau menangis saat melihat aku diselubungi dengan kain putih, maaf kan aku kerana tak sempat bertemu dengan mu lagi..... Titisan hujan ini akan sentiasa menemani mu....

Tulang Rusuk

Tulang Rusuk ADAM yang hilang biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari ADAM. Kamu tetap tulang rusuknya yang hilang. ADAM akan datang mencarimu dan mengambil mu satu hari nanti. Apa yang kamu boleh usahakan HAWA, berdoalah agar ADAM yang datang itu adalah ADAM yang beragama, beramal dengan agamanya dan mempunyai akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing dirimu ke jalan lurus untuk ke syurga.....

Mutiara Kata

‎ ~*Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki..Kamu sebenarnya istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin..maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik baiknya..supaya kelak masing-masing, lelaki dan wanita dapat kembali menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisinya....Insyaallah p/s: A Girl heart is fragile..Plzz handle with care.. 

kisah KASIH, CINTA, SEDIH & KECEWA

KASIH duduk bersendirian di suatu sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain. Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali-kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri. Dari jauh CINTA yang duduk betentangan dengan KASIH asyik memerhatikan KASIH . CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti menghabiskan masanya di perpustakaan. CINTA dah lama meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tak mudah untuk menerima CINTA . CINTA terus memerhatikan wajah KASIH , menyayangi KASIH dalam diam. CINTA sedar KASIH seperti sedang menghadapi masalah besar ketika ini. Wajah KASIH tidak seceria seperti selalu,. KASIH bagai dirundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA .  KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH . CINTA memerhatikan sahaja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH . Nyata, KASIH tak selesa dan rimas dengan kehadiran KECEWA . CINTA dapat lihat api kemarahan

I Miss You

Every moment spent time with you is like beautiful dream comes true..... My favourite place is inside your hugs where's it warm and loving.. I Love You !!!! See into my eyes.. you shall see stars Love me and i will give them to you I Love you with everythin i am more than anyone even thought possible You may not be here with me But thought  of you always in my heart.. I Miss You

Bertukar Status

Image
Pejam celik pejam celik cuti sem aku pun dah nak habis rupanya. Dah hampir 4 bulan cuti sem aku. WaaaAA dah nak masuk sem baru, sem 7.  Aku akan menjadi senior senior kepada bebudak junior. 10hb Sept ni aku balik Penang. USM wait for me...Don't U ever forget me. Selama 4 bulan aku bercuti ni, macam-macam perkara dah aku lalui. Aku pun dah berenti kerja  dari MB. Aku berenti sebelum raya lagi. Maklum la nak beraya sakan ngan family. Sepanjang aku cuti ni..ramai kawan-kawan aku yg dah bertukar status. Ada yang dah bertunang dan ada yang dah kawen... Amerul & Isteri                                                    Amerul ni kawan aku masa kecik-kecik dulu.Die ni  Kawan aku dari tadika sampai darjah 6. Kalau pegi sekolah , time rehat mesti kitorang rehat sama-sama. Masing-masing bawa bekal lepas tu kitorang main tukar-tukar makanan. Die ni dulu kuat nanges. Kalau ada orang nak buli die aku yang back up. Dulu kan aku ala ala tomboy. Tak sangka sekarang dh jd polis kawa

Surat Untuk BINTANG

Image
Apa khabar Bintang ? Lama kita tidak bersua... bukan ku tidak mengingatimu.. bahkan selalu sahaja... menyebut dan mengenang  ..jauh di sudut hati Kamu sihat Bintang ? Lama tidak bertanya khabar.. Bukan ku tak sudi tapi menjaga kadang kala aku fikir kamu tak suka kerana kamu tak balas pertanyaanku lalu ku intai dari jauh melihat kesihatan mu.. Bagaimana hidup kamu Bintang ? lama kamu tidak bercerita.. tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu selalu lepas solat ku tanda ingatan hati buat mu Ku hanya mahu melihat kamu bahagia kerana bahagia mu bahagia ku jua Kamu ingat aku Bintang ? masih ingat kah kamu kepada ku? ..tak mengapa.. kamu tak perlu menjawabnya kerana memadai bagiku pancaran sinar mu.. di kala malam yang pekat Aku rindu kamu Bintang.... Aku rindu kamu... Aku rindu... Rindu....