Bertukar Status

Pejam celik pejam celik cuti sem aku pun dah nak habis rupanya. Dah hampir 4 bulan cuti sem aku. WaaaAA dah nak masuk sem baru, sem 7.  Aku akan menjadi senior senior kepada bebudak junior. 10hb Sept ni aku balik Penang. USM wait for me...Don't U ever forget me.

Selama 4 bulan aku bercuti ni, macam-macam perkara dah aku lalui. Aku pun dah berenti kerja  dari MB. Aku berenti sebelum raya lagi. Maklum la nak beraya sakan ngan family.

Sepanjang aku cuti ni..ramai kawan-kawan aku yg dah bertukar status. Ada yang dah bertunang dan ada yang dah kawen...

Amerul & Isteri




                                                  

Amerul ni kawan aku masa kecik-kecik dulu.Die ni  Kawan aku dari tadika sampai darjah 6. Kalau pegi sekolah , time rehat mesti kitorang rehat sama-sama. Masing-masing bawa bekal lepas tu kitorang main tukar-tukar makanan. Die ni dulu kuat nanges. Kalau ada orang nak buli die aku yang back up. Dulu kan aku ala ala tomboy. Tak sangka sekarang dh jd polis kawan aku sorang ni. Sorang yang kuat nanges dah jadi polis. Wife die pun dalam bidang yang sama, polis gak. 

Biler teringat balik zaman aku kecik-kecik memang kelakar. Kalau aku gadoh ngan die dulu, die yang selalu mengalah. Boy kene lah mengalah ngan Gurl kan.  Masa die call aku jemput untuk majlis die, aku pun terkejut. Maklum lah aku ni bukan lah stalker. Tak rajin nak mengendap FB orang. Alih-alih die call kata nak kawen dah. Apa-apa pun aku doakan kebahagiaan korang berdua hingga ke akhir hayat.


Hidayahtun & Nazman





Ini Puan Hidayahtun dan Encik Nazman. Aku kenal Dayah tanpa di duga. Kami bukan dalam bidang yang sama dan bukan dalam kolej yang sama. Aku kenal die masa aku 1st sem di USM 2008. Aku kenal die masa mula-mula aku turun KSKB. 1st time aku jejakkan kaki di KSKB untuk bertemu insan yang aku amat sayangi. Dayah memang manis orang nyer. 1st time jumpa die, aku suka tengok die senyum. Memang manis cam madu. Sekarang die dah jadi milik Encik Nazman. Diorang satu kolej dan dalam bidang yang sama. Sekarang dah pun bergelar Staff Nurse. Semoga korang berdua menjadi Staff Nurse yang berdedikasi dan dayah  cepat-cepat yer jadi ummi. Aku boleh la jadi Mummy.

Kinah & Ustaz




Ni coursemate aku Sakinah dan ustaz. Maaf lah aku tak tau nama husband die. Aku dan kawan-kawan juz panggil ustaz. Kinah memang sopan orang nyer, lemah lembut. Memang dah ada ciri-ciri untuk menjadi seorang isteri. Walaupun die lebih muda daripada aku tapi dah nampak kematangan die dalam kelakuan, pertuturan. Semoga Kinah menjadi isteri yang solehah dan berbahagia selalu disamping suami tersayang.  Status bertukar pada sept 2011.


Zety & Jas




Ni lagi sorang. Senyap-senyap alih-alih post walimatul urus nak kawen. Zety ni coursemate aku gak. Mereka berdua ni memang sweet couple. Diorang ni bukan dalam course yang sama or uni yang sama tapi join kokay yang sama. Mereka berdua ni Palapes. Memang mantap. Zety ni memang sweet pun orangnyer. Diorang ni baru jer lagi kawen. Majlisnya 5 sept baru-baru ni.. Masih hangat dipasaran. Dalam honeymoon lagi ni.

Aku tumpang gembira dengan kegembiraan kawan-kawan aku. Aku doakan semoga kawan-kawan aku dimurahkan rezeki dan cepat-cepat menimang cahaya mata.

LASTLY.........

AKU.....







Aku masih begini lah.. Menunggu tuan punya tulang rusuk yang aku simpan sekian lama. Aku pasti suatu hari nanti Die pasti akan muncul, menuntut kembali rusuknya yang aku simpan.

Aku hanya boleh menunggu kerana setiap insan telah ditetapkan jodoh masing-masing. Suatu hari nanti  bile hati aku dah terbuka untuk menerima kedatangan kaum  Adam dalam hatiku pasti aku akan diperkenalkan dengan si Die. Rahsia ku, Rahsia Die semuanya terletak di tangan Allah. Sampai masa dan waktunya Allah akan membongkarkannya.





Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir