Cinta iTu Seperti............




Mencintaimu..aku menyedari cinta itu dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas...sakit menjadi sembuh..penderitaan itu kenikmatan..dan segala yang buruk itu baik..

Kekadang aku menidakkan kebenaran..walaupun  aku telah melihat kebenaran itu. Aku lebih mempercayai kebohongan. Sungguh cinta itu membuatkan aku buta untuk melihatnya dan alpa untuk memahaminya.

Dengan mencintaimu..aku sedar bahawa cinta itu membuatkan aku yang sihat ini menjadi sakit....gem0k menjadi kurus....normal menjadi gila.

Ketika aku sedang enak dilamun cinta..buanglah aku ke padang pasir, ke laut dan di hutan rimba...pasti aku akan belajar untuk hidup dan takkan mati kelemasan serta kekeringan. Ketika aku berduka campakkan lah aku ke gudang roti..pasti aku akan mati kelaparan..

Cintaku padamu tidak bermakna ku tak mencintai tuhan. Namun itulah kelemahan ku. Aku hanya manusia biasa. Segagah gagah aku..kadang kala ku turut lebur kerna cinta mu. Besi akan turut lebur kerna cinta, seorang jahat boleh menjadi baik seorang raja boleh menjadi budak gara-gara cinta.

Aku tahu....dan ramai temanku memberitahu...
Cintailah seseorang kerana Tuhan...
Cintailah Tuhan penciptamu kerna cinta kepadanya lebih hakiki....
Cinta kepada manusia itu sakit, menderitakan dan mengalpakan....
Aku tidak mampu menahan diriku daripada mencintai....walaupun ku selalu mengingatkan diriku agar tidak mencintai seseorang itu sepenuh hati.
Manusia itu rapuh..
Cinta itu parah..
Di bibirku..mungkin ku mengatakan..jangan jangan terlalu berharap...jangan terlalu menyayangi...tapi..mampu kah aku menipu hatiku.....Hatiku mengetahui segalanya.

Kekadang cinta itu membuat kan aku hilang pertimbangan...kekadang aku sanggup kehilangan apa-apa pun demi cinta asalkan aku tidak kehilangan insan yang aku sayang..

Kekadang cinta itu membuatkan aku seperti hilang akal...cinta itu membuatkan aku sanggup berkorban apa sahaja tak kira duit, masa, perasaan..air mata...aku tak penah peduli semua tu. Apa yang aku tahu  insan yang ku sayang berada di sisiku.

Cinta menjadikan aku seperti kereta kebal. Tidak kira apa yang datang ku tetap utuh di situ. Cinta juga mengubah aku menjadi kayu dan anak patung....setiap kali dia menyakiti ku...aku sentiasa mengulangi..aku bukan kayu, aku bukan anak patung yang kamu boleh perlakukan sesuka hati.

Anehnya dan sangat aneh aku sendiri yang bertahan menjadikan diriku seperti kayu dan anak patung. Aku biarkan diriku dipermainkan..saban hari saban tahun. Aku pekak kan telinga aku, aku butakan mataku daripada kebenaran sebab aku terlalu mencintaimu. Tapi kau melayan aku seperti anak patung.

Cinta..pergilah jauh dariku...Aku mahu tinggalkan kamu jauh berbatu-batu.....
Hati...kenapa kamu tak boleh membenci insan itu....
Hatiku pedih tika ku mahu membencinya......sedangkan dia tak pernah berpaling tika melangkah pergi. Ketika kamu meninggalkan aku..aku seperti mahu mati disaat itu...

Pada akhirnya....jika kehadiran cinta sekadar mengecewakan dan memedihkan aku..lebih baik cinta itu tak pernah hadir...






Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Men are from Mars and Women are from Venus