Mana Mak..?????


Inilah mak dan ayah yang amat amat aku sayang. Gambar ni di ambil masa 1st day raya. Selepas bersalam-salam dan kutip duit raya daripada pak ngah dan makcik-makcik yang tercinta.

Di sini aku bukan nak cerita tentang mak dan ayah aku. Kat sini, aku nak share satu cerita ngan korang daripada satu cerita yang aku penah baca. Cerita yang berkisah kan tentang pengorbanan seorang wanita yang bernama MAK.............Cerita di sini mungkin ada penambahan mengikut rentak ku sendiri.



Jam 6.30 petang

Mak berdiri di depan pintu. Wajah mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya MAK, "Along mana?"
MAK jawab, "Ada di dapur tengah siapkan makan"
Ayah tanya MAK lagi, " Angah mana?"
MAK jawab, "Angah mandi baru balik main bola"
Ayah tanye MAK, "Ateh mana?"
MAK jawab, " Ateh, Kak Cik tengok TV dengan Alang di dalam."
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
MAK jawab, "Belum, patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau  tak balik juga jom kita pergi cari adik."

MAK jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. MAK jawab penuh perhatian. MAK ambil berat di mana anak-anak MAK dan bagaimana keadaan anak-anak MAK setiap masa dan tiap ketika. 

20 tahun kemudian...
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, " Mana MAK?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana MAK?"
Angah menonton TV. Angah jawab, "Mana angah tahu."

Ayah tanya Ateh pula, "Mana MAK?"
Ateh menjawab, "Entah."
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada ayah.

Ayah tanya Alang,"Mana MAK?"
Alang tidak menjawab. Alang hanya menggoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yg sedang melayan facebook. Ayah tahu ayah takkan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak siapa tahu di mana MAK. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana MAK. Mata dan hati anak-anak MAK tidak pada MAK.. Hanya mata dan hati ayah yang mencari  cari di mana MAK.

Tidak ada anak-anak MAK yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana MAK?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, "MAK ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!"

Tersentap hati ayah mendengar kata-kata adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap MAK apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya mana MAK? Apabila MAK tidak tunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana MAK?". Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. MAK resah apabila anak-anak MAK balik lambat. MAK mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak MAK tak bertanya "Mana MAK?".

Semakin anak-anak MAK besar, soalan "Mana MAK?"  semakin hilang dari bibir anak-anak MAK. Ayah berdiri di depan pintu menunggu MAK. Ayah resah menunggu MAK kerana sudah senja sebegini MAK masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ni MAK selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok MAK berjalan memakai payung yang dah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. HUjan masih belum berhenti. MAK menjinjit 2 bungkus plastik. Sudah kebiasaan bagi MAK, MAK akan bawa sesuatu untuk anak-anak MAK apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah,MAK berhenti dideretan kereta anak-anak MAK. MAK buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak MAK. MAK usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. MAK rasakan seperti mengusap kepala Ateh masa kecik-kecik. MAK senyum. Kedua bibir MAk diketap rapat. Senyum tertahan, hanya ayah yang memahami. Sekarang MAK tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak MAK kecik dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak MAK akan menepis tangan MAK kalau MAK lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak MAK berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. MAK tak tahu apa kehebatan kereta Ateh. MAK cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan MAK.  MAK belum merasa naik kereta anak MAK yang ini.

Baju MAK basah kene hujan. Ayah tutupkan payung MAK. MAK bagi salam. Salam MAK tak berjawab. Terketar-ketar lutut MAK melangkah tangga. Ayah pimpin MAK masuk ke rumah. Lutut MAK sakit lagi.

MAK letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak MAK. Mak Uda tahu, anak-anak MAK suka makan kuih koci dan MAK malu untuk meminta bawa balik. Namun raut wajah MAK dah cukup membuatkan Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan dari MAk Uda tadi, MAK sempat berkata kpd Mak Uda, "Wah berebut-rebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni".

Sekurang-kurangnya itulah bayangan MAK. MAK bayngkan anak-anak MAK sedang gembira menikmati kuih koci sepeti anak-anak MAK kecik dulu. Mereka berebut dan MAK jadi hakim membuat keputusan muktamad. Seringkali MAK bagi bahagian MAK supaya anak-anak MAK puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala MAK.

Ayah suruh MAK tukar baju yang basah itu. MAK akur.

Selepas tukar baju, ayah iring MAK ke dapur. MAK ajak anak-anak MAK makan kuih koci. Tidak seorang pun yang toleh kepada MAK. Mata dan hati anak-anank MAK bukan pada MAK lagi.

MAK hanya tunduk, akur pada keadaan.

Ayah tahu MAK dah tak boleh harapkan anak-anak melompat gembira dan mendakap MAK seperti dahulu.

Ayah temankan MAK makan. MAK menyuap nasi perlahan-lahan. MAK masih mengharapkan anak-anak MAK akan makan bersama-sama. Setiap hari MAK harap begitu. Hanya ayah yang duduk bersama MAK di meja makan setiap malam.

Ayah tahu, MAK penat berjalan jauh. Siang tadi MAK pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. MAK hendak masak rebung masak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak MAK. Ayah tanya MAK, kenapa tak telepon anak-anak minta dijemput petang tadi. MAK jawab, "Saya dah suruh Uda telepon. Tapi semuanya tak berangkat."

MAK minta Mak Uda telepon anak-anak bagitau yang MAK tak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut MAK akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati MAK agar salah seorang anak MAK akan menjemput MAK dengan kereta. MAK teringin kalau Ateh yang menjemput MAK dengan kereta barunya. Tapi tidak ada siapa yang menjemput MAK.

MAK tahu, anak-anak MAK tak sedar telepon berbunyi. MAK ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak dapt merasa naik kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita di bahu mereka."

MAK faham,buah hati MAK semua dah besar. Along dan Angah dah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik dah ada buah hati masing-masing yang sudah mengambil tempat MAK di hati anak-anak MAK.

Pada suapan terakhir,setitik air mata MAK jatuh ke pinggan. 

Kuih koci masih belum diusik anak-anak MAK.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Alang, Ateh, Kak Cik,Adik, "Mana MAK?"

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah takde."
Along, Angah, Alang, Ateh, Kak Cik dan Adik tak sempat jumpa MAK masa MAK sakit.

Kini MAK sudah berada disisi penciptanya bukan disisi anak-anak MAK lagi.

Dalam esakan Along, Angah, Alang, Ateh, Kak Cik dan Adik menerpa pusara MAK. Hanya batu nisan terpacak berdiri. Batu nisan MAK tak boleh bersuara. Batu nisan  takde tangan MAK yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa MAK semasa anak-anak MAK kecik dulu.

MAK pergi semasa Along, Angah,Alang, Ateh, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Mereka kata, mereka tak dengar masa ayah telepon nak bagitau MAK sakit tenat. 

MAK faham,mata telinga anak-anak MAK adalah untuk orang lain bukan untuk MAK.

Hati anak-anak MAK bukan untuk MAK lagi. Hanya hati MAK tak pernah bagi pada sesiapa, hanya untuk anak-anak MAK.

MAK tak sempat merasa diangkat ke atas bahu anak-anak MAK. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah MAK dalam hujan renyai.

Ayah sedih, sebab takde suara MAK lagi untuk menjawab soalan ayah.

"Mana Along?" "Mana Angah?" "Mana Alang?" "Mana Ateh?" "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?" Hanya MAK saja yang rajin menjawab semua soalan ayah. Jawapan MAK memang tak pernah silap. MAK sentiasa yakin dengan jawapannya sbb MAK tahu di mana anak-anaknya berada setiap waktu dan ketika. Anak-anak MAK sentiasa berada di hati MAK tetapi hati anak-anak MAK ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Ditepi kubur MAK, Ayah bermonolog sendiri. "Mulai hari ni, takperlu  bertanya lagi kepada Along, Angah, Alang, Ateh, Kak Cik dan Adik dimana MAK?" 

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa ayah pulang. Along, Angah, Alang, Kak Cik dan Adik ikut dari belakang. Hancur hati ayah bila teringatkan hajat MAK untuk naik kereta Ateh tak kesampaian. Ayah teringat kata-kata MAK malam tu, "Cantiknya kereta Ateh kan Bang....Esok-esok Ateh bawak la kita ke jalan-jalan ke Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci untuk bekal."

"Ayah...Ayah..Bangun." suara Ateh memanggil Ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana MAK?"

ayah tak mampu berhenti bertanya soalan itu. Sudah 10 tahun MAK pergi. Namun soalan "Mana MAK?" Sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita wat tatapan anak-anak. Cerita ini juga peringatan untuk diriku sendiri yang sering alpa. Kata orang hidup IBU waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Sabda Rasulullah: IBU 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali IBU lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila IBU memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan panggilan telepon dari IBU tidak dijawab????

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T