Posts

Showing posts from October, 2011

Andai lelaki tahu....

Image
Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andai lelaki tahu. . Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu. Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin  banyak yang terjadi. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andain lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda l

Kek Kasih Sayang 3 Tangan

Image
Kalau dengar nama ni mesti orang pelik giler kan kan.. Bukan orang dengar je jadi pelik giler. Kami ni yang suka wat keje giler. Tanggal 28 Oct 2011, kami telah wat craziest planned...first experiment untuk hasil kan kek coklat kukus. Lepas wat video Atika Raub n Lay wei pagi tu. Tengahari nyer kami mencari bahan kek di tesco Xtra.. PerggGGhh nama je tesco tapi tak jual baking powder. Hampeh betol. Kerana 1 tin baking powder..kami pergi semua kedai runcit di keliling USM. Macam Xplorace dah aku rasa even naik motor. Dengan cuaca yang panas setiap kedai runcit kami temui, kami masuk. Kecewa giler biler tak jumpa baking powder. Dah la antara barang terpenting kalau wat kek. Bermula lah Xperiment kami petang tu. Semua bahan dah la kene pukul secara manual. Sampai je bilik aku terus pukul telur. Kalau telur tu tak kembang...kek memang spoil..boleh baling dinding tak hancur silap2 kek tu. Kawan aku, Diya. Die tolong ayak tepung, Coco powder n sodium. Aku memang salute kat die..penyabar

Kisah Hanzalah

Seorang kawan aku tetiba tanya kat aku.. "penah dengar kisah Hanzalah tak?" Aku cakap tak..and siap Hanzalah tu..? "Tak pasti la..saya dengar nama Hanzalah dalam lagu Rabbani....Dalam lagu tu ada mengatakan malaikat yang mandikan jenazah die." Aku pun terus la cari siapa Hanzalah.. Malangnya...banyak kisah tentang Hanzalah dalam penulisan indon.. Camne pun aku masih boleh faham lagi.. KISAH HANZALAH : MATI SYAHID Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda. Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali.Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu gentin

Alahai Bangsa Melayu

Image
Bila kita bersatu semuanya menjadi mudah Bismillah.... Sebagai manusia dan insan yang dilahirkan di bumi bertuah ni. Aku berasa teramat bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Aku sangat bangga dan amat amat bersyukur dilahirkan sebagai Melayu even tak sepenuhnya  Melayu, tapi bila dah di darab campur tolak bahagi akhirnya..jawapannya pun Melayu. Bagi aku, kehidupan Bangsa Melayu ni sangat unik dan penuh dengan tradisi. Bila dilihat dengan keadaan Bangsa Melayu ni..kadang-kadang aku geram, bengang pun ada pergghhHHH aaAArrgggGGh!! Bersikap terlalu menghakimi Orang Melayu sifat die suka sangat menghukum orang dengan pandangan yang tak seberapa. Lepas tu memandai-mandai tentang sesuatu perkara....dia suka memandang dari aspek negatif dulu baru nak fikir aspek positif. contoh..... aku ngan kawan aku penah pergi masjid. Dia ni tak bertudung, time nak amik air sembahyang banyak mata memandang dia penuh paisee... Aku tengok pun tak selesa. Semua yang memandang tu memang pandangan ya

Mayat

Image
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Kisah Benar- 22 soalan vs 1 soalan

Image
Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar. Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melalui sebuah gereja. Pemuda kristian telah mengajak pemuda arab masuk ke dalam gereja walaupun agak keberatan tetapi ia masuk jugak dan duduk disalah sebuah kerusi di dalamnya. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di amba

Bintangku

Image
Dahulu bintang ku sentiasa bersinar... Setiap malam ku menunggu kemunculannya... Sinaran bintang ku yang sentiasa menggembirakan aku... Aku tak pernah jemu merenungnya.. Aku tak pernah jemu menunggu nya.. Kini bintang ku telah hilang Tiada lagi sinar di langit ku Langit ku makin suram di pekat malam Aku pasti bintang ku masih ada Bintang ku masih bersinar di langit Walaupun  bukan dilangit ku

Bayi Ajaib

Image
Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lag i, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini. Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut. Sebaik

Betapa berharganya seorang wanita

Image
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat dat ang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???" Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan". Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin! Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." "Untuk apa???", tanya malaikat. Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan keg

Tiramisu

Image
Belek-belek punya belek hp. Niat dihati nak delete gambar-gambar yang dah tak perlu lagi. Ye la beratkan memory hp je. Klu hp aku ni memory die besar xpe..ni memory tak besar mane pun. pastu tengok kat bahagian image. Terjumpa pulak gambar kek Tiramisu ni. Aku tersenyum sorang-sorang macam mane mula-mula boleh terasa nak try wat kek ni. salah satu sebab kenapa aku nak buat kek ni..Sebab..aku suka Tiramisu. Every time lalu depan secret recipe musti aku beli tiramisu. Sebenarnye tak la begitu susah nak buat kek ni. Cuba bahan die jer mahal sikit. Okai jujum kite tengok apa bahan- bahan untuk wat kek ni Bahan-bahan ·          1 biji sponge kek atau apa2 kek ·          250ml whipping cream ·          200ml cream cheese ·          1/2 cawan gula halus ·          1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) ·          1 sudu makan serbuk nescafe ·          serbuk koko untuk hiasan 1.     Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi 2.     Satukan gula, cheese dan cream 3.     Pukul aduna

kenali Wanita melalui warna

Image
Semulajadinya, wanita memang penuh dengan kasih sayang. Hatinya mudah tersentuh. Wanita memang amat jika disayangi dan dimanjakan. Manja di sini tak bermaksud dimanjakan dengan kemewahan sahaja. Dimanjakan dengan kasih sayang amat diharap kan oleh wanita.  Kadang-kadang wanita lebih kepada emosi daripada rasional nya. Memang telah diciptakan, bahawa wanita ini 9:1. Wanita memang telah diciptakan dengan 9 nafsu atau kehendak dengan 1 akal...OLeh itu, kebanyakan tindak-tanduk yang dilakukan oleh wanita mesti dipengaruhi oleh emosi. Kaum Lelaki seharusnya sedia maklum dengan nisbah ini. Seharusnya kaum lelaki sudah tahu kelemahan wanita ini. Oleh itu, Lelaki kene la gunakan 9 akal yang telah dianugerah kan oleh Allah dalam melembutkan 9 kelemahan wanita ini. Jangan la sia-siakan 9 akal tu dengan 1 nafsu atau emosi tu. Jom kenali wanita melalui warna mereka. Ingat, ini sekadar panduan untuk kamu lebih mengenali wanita kamu tapi jangan percaya sangat. Kalau betul tuu mungkin secara kebet

1st task for my handcraft class

Image
Creative Card....that my 1st task we must do. Hoh00 i'm not a creative person how can i make it. Think..think and think to make the creative one. Wakaka Cikgu tu cakap..our creative card must mix with fabric. Dulu time sekolah ada la kena buat Kad Hari Jadi masa subjek Pendidikan Seni. Sekarang masuk U pun kene buat kad juga. Nak tergolek juga aku pikir tentang kad ni. Aku ni bukan la kreatif sangat. Kad biasa-biasa cam bebudak sekolah rendah buat,boleh la.  Finally....aku dapat gak idea yang agak senget dan condong. Jeng!! jeng!!! this is my CREATIVE CARD Front page Next Page Aku juz buat sekeping kad. Depan dan Belakang. Aku ni bukan la rajin sangat. Nak buat kad tu pun dah tergolek-golek aku pikir. Kalau bermuka-muka kad pengsan aku nak pikir. HIshhhh ni la akibat cuti lama sangat. Nak pikir buat kad pun dah pening. Amacam comel tak kad aku(perggh perasan-perasan)?  Saje je aku nak share hasil yang tak kreatif ni.

Cara Sayiidina Umar Menangani bebelan Isteri

Image
 Golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam. Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu. Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu. Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta. Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara. Dari situlah merek